Cara Aktifkan 5G Digi Percuma

Cara Aktifkan 5G Digi Percuma

CARA AKTIFKAN AKSES 5G PERCUMA (Senarai Plan Digi)

AKTIFKAN AKSES 5G

Adakah anda pengguna talco Digi? Berita baik kepada anda kini Digi telah mengumumkan akses 5G untuk pelanggan Digi Postpaid yang terpilih. Dinyatakan juga, naik taraf bagi akses 5G ini tersedia secara percuma.

Dalam usaha dasar pelaksanaan 5G pada masa akan datang, kami sedang meneliti beberapa rakan kerjasama teknologi yang berpotensi dalam membentuk pengalaman yang lebih bermakna buat para pelanggan.

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk aktifkan akses 5G, semoga membantu.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Tarikh Pelaksanaan Akses 5G Digi

Pelaksanaan Akses 5g ini akan tersedia mulai 10 November 2022.

Jenis Peranti Support Akses 5G

Pada masa ini akses 5G hanya tersedia untuk model Android terpilih. Sementara bagi model Apple yang menyokong 5G belum lagi ditawarkan dan dijangka hadir pada masa akan datang.

Cara Aktifkan Akses 5G Digi Percuma

Sekiranya anda pelanggan Digi Postpaid yang berminat untuk mendapatkan akses 5G boleh aktifkan seperti cara berikut:

  • Muat turun dan buka aplikasi MyDigi.
  • Pergi ke Buy Add-Ons.
  • Pilih Free 5G Speed Booster dan sahkan pengaktifan secara percuma.
  • Terima SMS yang 5G telah berjaya diaktifkan pada talian anda.

NOTA: Pengguna boleh akses 5G ini sekiranya menggunakan peranti dengan sokongan 5G serta berada dalam kawasan liputan 5G.

Cara NyahAktifkan Akses 5G

Sekiranya anda ingin nyahaktifkan akses 5G ini, berikut adalah merupakan caranya:

  • Muat turun dan buka aplikasi MyDigi.
  • Pergi ke Buy Add-Ons.
  • Pilih Free 5G Speed Booster dan seterusnya toggle OFF di bahagian Free 5G Speed Booster.

Cara Semak Liputan Akses 5g Digi

Anda boleh menyemak liputan 5G dengan melayari pautan DI SINI https://digi.my/5G

Senarai Plan Akses 5G Digi Percuma

Kepada pelanggan Digi Postpaid, berikut adalah pelan yang ditawarkan naik taraf kepada akses 5G secara percuma, bagi pelanggan sedia ada dan baharu:

  • Digi Postpaid 90
  • Digi Postpaid 120
  • Digi Postpaid 150
  • Family Unlimited 200
  • Digi Business – Go Digi 98
  • Digi Business – Go Digi 128

Ini juga termasuk pelanggan PhoneFreedom 365 dan Pakej PowerJimat dengan pelan Digi Postpaid yang tertera di atas.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cara Aktifkan 5G Digi Percuma ini, anda boleh melayari website rasmi DIGI di pautan https://digi.my/5G

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Aktifkan 5G Digi ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment