Jobstreet : Cara Buka & Daftar Akaun (Cari Kerja Kosong Gaji Menarik)
CARA BUKA & DAFTAR AKAUN JOBSTREET (Cari Kerja Kosong Gaji Menarik)
Akaun Jobstreet
Sekiranya anda ingin mencari pekerjaan, anda boleh cuba mencari di platform Jobstreet. Terdapat pelbagai permohonan jawatan kosong yang ditawarkan secara online di laman Jobstreet ini. Untuk membuat permohonan melalui laman ini seharusnya anda dikehendaki untuk daftar akaun terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buka dan daftar akaun Jobstreet, semoga membantu.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: SPA9: Cara Login & Semakan Permohonan Jawatan Kosong JPA
Apa Itu Jobstreet
Jobstreet merupakan satu platform pencarian pekerjaan yang membantu memadankan peluang pekerjaan di antara pencari kerja dan majikan. Melalui platform ini ia kan memudahkan pencari kerja untuk mencari dan memohon pekerjaan secara online.
Cara Daftar Akaun
Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Install aplikasi Jobstreet (Play Store / Apple Store) atau layari pautan Daftar Akaun JobStreet
- Pada halaman utama klik pada Sign Up
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti Nama (pastikan guna nama sebenar), Email dan Kata Laluan. Setelah lengkap klik pada Sign Up atau anda boleh terus register melalui akaun Facebook
- Seterusnya pilih lokasi pekerjaan yang anda ingin cari pada senarai yang diberikan dan klik continue
- Pada laman seterusnya anda dikehendaki untuk memilih cabang pekerjaan pada senarai yang diberikan. Pastikan anda pilih yang bersesuain dengan kelayakan dan pengalaman anda miliki. Setelah selesai klik pada Continue
- Seterusnya tetapkan sasaran Gaji yang anda perlukan. Pastikan sasaran tersebut anda letak bersesuai dengan kelayakan dan pengalaman anda miliki. Setelah selesai klik Continue
- Seterusnya klik pada Explore Jobs
- Kemudian anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat diri seperti kelayakan, pengalaman kerja dan sebagainya dan klik Next
- Kemudian anda perlu masukkan semua maklumat mengenai latarbelakang Pendidikan anda di ruangan yang disediakan. Isi semua maklumat yang diminta dan seterusnya klik Next.
- Sekiranya anda memilih mempunyai pengalaman kerja, anda perlu mengisi maklumat pengalaman kerja anda dengan lebih terperinci.
- Seterusnya anda perlu klik Complete selepas selesai mengisi semua maklumat tersebut.
Pengesahan Akaun
Setelah selesai proses pendaftaran, semak mesej daripada jobstreet dalam email yang anda daftarkan. Buka mesej jobstreet tersebut dan klik pada link biru yang terdapat dalam email tersebut untuk menegsahkan email anda. Pengesahan ini penting untuk memudahkan pencarian pekerjaan dan menerima maklumbalas dari Jobstreet
Cara Kemaskini Akaun Jobstreet
Setelah anda selesai proses pengesahan, anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat diri seperti berikut:
- Buka aplikasi Jobstreet anda
- Klik pada Me (berada di penjuru kanan bawah)
- Pada laman seterusnya klik pada Manage Your Profile
- Antara maklumat yang perlu diisi adalah:
- No Telefon
- Pengalaman kerja
- Pendidikan
- Kemahiran yang berkaitan
- Dokumen sokongan
- Alamat tempat tinggal
- Dan lain-lain maklumat berkaitan
- Pastikan maklumat yang diisi adalah maklumat sebenar anda. Elakkan mengisi maklumat yang palsu semasa mencari pekerjaan.
Cara Cari Kerja Kosong Melalui Jobstreet
Berikut adalah cara untuk mencari pekerjaan dalam platform ini:
- Setelah selesai kemaskini profile anda, sila klik pada Search job by Title, Skills or Keywords dan taip jawatan kosong yang anda cari dan tetapkan lokasi anda.
- Sila klik pada jawatan kosong berdasarkan senarai yang diberikan dan cari button APPLY NOW selepas anda selesai membaca semua responsibilities dan requirements serta berpadanan dengan kelayakan anda.
- Anda dinasihatkan untuk search dalam lingkungan tempat tinggal anda. Ini kerana majikan pastinya lebih cenderung untuk memilih yang tinggal berdekatan. Oleh itu, tempat tinggal anda juga mempengaruhi peluang untuk anda mendapatkan kerja.
- Pada bahagian minimum month salary, biarkan kosong kerana sesetengah majikan tidak meletakkan range salary dan ini juga penting bagi meluaskan pencarian mencari kerja.
- Jika anda meletakkan min range salary contohnya 1500, pilihan yang keluar hanya kerja yang menawarkan gaji 1500 dan keatas sahaja. Sedangkan ada syarikat yang menawarkan gaji yang lebih tinggi namun mereka tidak meletakkan range salary sahaja. Kebiasaannya syarikat seperti ini tiada button APPLY NOW dan hanya meninggalkan email untuk anda apply kerja.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mengetahui panduan yang lebih lanjut anda boleh melayari website rasmi Jobstreet di pautan https://www.jobstreet.com.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara daftar akaun serta panduan pengguna akaun jobstreet ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com