Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In

Cara daftar vaksin dos penggalak booster dose melalui MySejahtera dan juga walk-in

PENDAFTARAN BOOSTER / DOS PENGGALAK ONLINE & WALK-IN UNTUK MENGEKALKAN STATUS VAKSINASI LENGKAP

Berita baik kepada semua penerima vaksin yang telah lengkap 2 dos, anda kini boleh memohon dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.

Ana kini boleh membuat janji temu suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 menerusi Booking Management System dalam aplikasi MySejahtera dari 21 Mac.

Lakukannya sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada mereka yang hanya terima vaksin primer lengkap (dos 1 & 2) selewat-lewatnya 31 Mac ini.

Selain meluaskan liputan & mempercepatkan suntikan dos penggalak terutamanya kepada warga emas, inisiatif ini juga akan bantu negara laksana fasa peralihan kepada endemik dengan selamat pada 1 April nanti.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Wajib Ambil Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media terkini memaklumkan bahawa penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas dan penerima Sinovac berusia 18 ke atas perlu dapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022 bagi mengekalkan status Vaksinasi Lengkap.

Ini bermaksud, mereka yang terlibat akan mendapat status vaksinasi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan booster yang telah ditetapkan.

Butiran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Pemberian vaksin tersebut adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022.

Untuk makluman, sehingga hari ini Malaysia mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.

5 pengeluar vaksin tersebut adalah:

  • Pfizer/BioNTech
  • AstraZeneca
  • CanSino Biologics
  • Sputnik V
  • Sinovac

Pemberian vaksin tersebut adalah secara sukarela dan percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara. cara daftar booster MySejahtera

Kerajaan telah memberi jaminan bahawa vaksin tersebut adalah selamat kerana Vaksin COVID-19 ini telah mengalami proses analisis dan kajian sebelum diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Senarai Mereka Yang Tidak Sesuai Menerima Vaksin

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori yang tidak sesuai untuk menerima Vaksin COVID-19 iaitu:

  1. Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital. cara daftar booster MySejahtera
  2. Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
  3. Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
  5. Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
  6. Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
  8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera

Dimaklumkan bahawa pautan untuk membuat tempahan janji temu untuk vaksinasi yang dahulunya hanya untuk vaksinasi kanak-kanak, kini di buka untuk semua.

Pastikan akaun MySejahtera anda telah disahkan (verified) untuk menerima pautan ini.

Pautan akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna MySejahtera.

Sekiranya anda tidak mahu menunggu pautan ini, vaksinasi juga boleh didapati secara walk-in.

Sila semak laman sesawang ProtectHealth ( https://vaksincovid.protecthealth.com.my ) untuk senarai PPV yang menawarkan perkhidmatan walk-in untuk vaksinasi.

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:

  • Tekan Helpdesk
  • Mula
  • Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  • Pilih maklumat seterusnya untuk pertanyaan.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.

Pendaftaran Booster Secara Walk-In Kini Dibuka

Selain daftar booster melalui MySejahtera mereka yang ingin mendapatkan suntikan dos penggalak juga boleh berbuat demikian secara walk-in. Suntikan dos penggalak (booster dose) secara ‘walk-in‘ kini dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPS) secara terus tanpa temu janji atau PPV Walk-In. cara daftar booster MySejahtera

Senarai PPV boleh didapati di protecthealth.com.my.

Dengan pendekatan ini, CITF-B percaya ia akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama. cara daftar booster MySejahtera

Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

Pendekatan seumpama ini juga akan membantu Kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima. cara daftar booster MySejahtera

Jenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan

Ringkasan Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 secara homologus dan heterologous syor terkini daripada Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG)

Jenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan

Cara Daftar Dalam Senarai Menunggu (Waiting List) Booster Dose MySejahtera

Mereka yang layak dan memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima temu janji, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka. cara daftar booster MySejahtera

Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini dengan menghubungi klinik terdekat melalui pautan berikut https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Anda juga boleh cara daftar booster MySejahtera dalam senarai menunggu dos penggalak vaksin COVID19 melalui MySejahtera dengan merujuk kepada HelpDesk (Pilih Option A).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara daftar booster dose atau dos penggalak melalui MySejahtera layari: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/vaccineAppointment/

Untuk cara kemaskini kontak rapat atau positif covid 19 di aplikasi MySejahtera anda boleh layari: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/ atau klik: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat Covid 19

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara daftar booster MySejahtera ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment