Cara Keluar Duit KWSP RM10,000:Pengeluaran Khas KWSP Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran

Cara Keluar Duit KWSP RM10,000:Pengeluaran Khas KWSP Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran

Cara Keluar Duit KWSP. Seperti yang diwar-warkan sebentar tadi, Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

Baca Di sini: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:Cara Permohonan & Syarat Pengeluaran

Perincian Cara Keluar Duit KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Maklumat lanjut mengenai cara keluar duit KWSP kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi cara keluar duit KWSP yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

Semak Juga: BKM:Bantuan Keluarga Malaysia

Syarat Tarikh Permohonan Pengeluaran Serta Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Berikut adalah infografik berkaitan cara keluar duit KWSP syarat tarikh permohonan pengeluaran serta tarikh bayaran pengeluaran khas KWSP RM10,000 seperti yang dikeluarkan oleh pihak KWSP.

Syarat Tarikh Permohonan Pengeluaran Serta Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Info penting permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 seperti yang dikeluarkan oleh pihak KWSP adalah seperti berikut:
Syarat Tarikh Permohonan Pengeluaran Serta Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan oleh pandemik.

Ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.  Setakat akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga pengeluaran tersebut.

Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara.

Maklumat lanjut mengenai cara keluar duit KWSP kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dibuat oleh KWSP dengan kadar segera.

Artikel Lain: Permohonan Permit Umrah:Aplikasi Wajib Umrah (Eatmarna & Tawakkalna)

Kenyataan Media Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Baca Juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluarankhas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluarankhas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online. Sila rujuk: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Sila ikuti maklumat lanjut oleh KWSP tentang info selanjutnya tentang cara keluar duit KWSP tidak lama lagi.

Baca Juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Cara Keluar Duit KWSP

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan cara keluar duit KWSP Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 atau perkara lain berkaitan anda boleh layari: https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau kunjungi pejabat KWSP terdekat dengan membuat temujanji online terlebih dahulu. Untuk membuat temujanji KWSP online klik:

Janji Temu Online KWSP

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara keluar duit KWSP Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment