Cara Jual Kereta Guna myTukar (HARGA TINGGI)

Cara Jual Kereta Guna myTukar (HARGA TINGGI)

Cara Jual Kereta Guna myTukar (MUDAH CEPAT HARGA TINGGI)

Sekiranya anda pemilik kereta yang ingin menjual kenderaan anda, seharusnya anda perlukan pembeli yang betul dan juga perlu membandingkan kadar pasaran untuk harga terbaik, sambil menguruskan kertas kerja yang perlu dan dokumentasi yang lancar.

Jadi untuk memudahkan urusan anda menjual kenderaan terkini anda boleh menggunakan platform  myTukar. Bagaimana cara untuk jual menggunakan myTukar? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut Cara Jual Kereta Guna myTukar cepat mudah serta harga yang tinggi.

Baca Juga: Jual Beli Kereta Carsome Malaysia : Panduan Jual Beli Kenderaan Terpakai

Apa Itu myTukar

myTukar merupakan online platform jual kereta yang dipercayai dan telus, menyediakan ruang untuk semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan pembeli melalui myTukar.com iaitu platform pembidaan kereta yang paling berkesan dan cekap dalam talian.

Dokumen Diperlukan

Hanya memerlukan pemilik kereta untuk menghantar maklumat

  • Nama Penuh
  • Nombor pendaftaran kereta

Cara Jual Kereta Guna myTukar

Untuk melakukan proses jual kereta anda dalam my Tukar, berikut adalah caranya:

  • Layari pautan sesawang my Tukar: https://ssl.microsofttranslator.com/bv.aspx?ref=TAns&from=&to=ms&a=myTukar.com
  • Isikan maklumat yang diperlukan untuk menempah masa pemeriksaan kereta di kawasan berdekatan dengan rumah anda.
  • Sebaik sahaja tempahan diterima, pasukan myTukar akan menghantar email pengesahan
  • Pastikan semasa pemeriksaan anda membawa
  • Kereta yang hendak dijual
  • Kunci termasuk kunci pendua
  • AP, borang K1 & JK69 bagi kenderaan recond.
  • Setelah pemeriksaan siap (anggaran 30-40minit),  eksekutif myTukar akan bertanyakan kepada anda berapa harga yang anda mahukan untuk memulakan proses lelongan.
  • Kereta yang melepasi pemeriksaan akan disenaraikan di laman myTukar untuk dibida oleh pembeli yang berminat pada harga yang dimahukan oleh anda dalam tempoh 24 jam.

Selain melayari laman web mytukar anda juga boleh berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan myTukar melalui whatsapp untuk semakan harga kereta anda atau untuk membuat temujanji pemeriksaan kenderaan. Anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan myTukar melalui whatsapp ke no berikut: 01165656106

Proses Pembidaan Kereta myTUKAR

Berikut adalah merupakan proses pembidaan kereta anda:

  • Pembidaan secara live melalui pautan email yang diberikan.
  • Proses pembidaan akan berjalan selama 1 jam 45 minit untuk sesi pertama. Sekiranya kereta anda tiada pembida buat kali pertama, jangan risau kerana ia akan dibida pada sesi seterusnya.
  • Sekiranya kereta anda berjaya dibida, anda akan mendapat satu email tambahan dari my Tukar bagi meminta persetujuan anda. Jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu klik butang Accept bagi menerima tawaran harga.
  • my Tukar mengenakan bayaran RM500 bagi proses bidaan, tapi jika anda boleh menghantar kereta anda ke cawangan my Tukar dalam tempoh 3 hari selepas penerimaan harga, proses ini akan dikenakan caj sebanyak RM 250 sahaja.
  • Apabila anda menghantar kereta ke cawangan my Tukar untuk serahan, terdapat satu borang iaitu Bills of Sales yang perlu ditandatangan oleh pemilik kereta serta proses cop jari untuk pindah milik sementara. Ketika ini anda perlu mendapatkan penyata Full Settlement dari bank pinjaman untuk diserahkan pada my Tukar
  • Bayaran penuh akan dihantar ke akaun pemilik dalam tempoh 24jam dan anda perlu membuat bayaran penuh ke bank pinjaman. Baki duit kalau ada, adalah menjadi milik anda.
  • Satu salinan Tukar Milik Sementara akan dihantar pada anda untuk disimpan. Jika anda masih ada perlindungan takaful, anda boleh surrender polisi takaful anda pada syarikat takaful. Dalam proses ini penulis berjaya mendapat mendapat bayaran balik sebanyak RM 374.

Maklumat Penting Cara Jual Kereta Guna myTukar

Perkara yang anda perlu tahu jika anda ingin jual kereta anda melalui myTukar antaranya adalah seperti berikut:

  • Ketahui harga semasa kereta anda melalui semakan di aplikasi jualan kereta seperti mudah.my dan sebagainya.
  • Jangan terus setuju dengan harga yang ditawarkan oleh pihak myTukar. Anda boleh minta harga yang anda rasa patut untuk kereta anda.
  • Buat semakan di beberapa tempat jualan kereta terpakai ataupun di tempat lain seperti CARSOME.
  • Pastikan anda menghantar kereta yang bersih semasa penilaian kereta anda untuk menaikkan lagi nilai kereta anda.
  • Sila bawa bersama kunci pendua kereta semasa penilaian kereta anda untuk menaikkan nilai kereta anda.

Soalan Lazim Cara Jual Kereta Guna myTukar

1.Bagaimanakah cara berurusan di myTukar?

a. Tempah pemeriksaan

Tempah pemeriksaan kereta di rumah atau kunjungi cawangan myTukar berhampiran.

b. Tawaran terhebat

Dapatkan tawaran terbaik mengikut ciri terperinci kenderaan anda dan situasi pasaran semasa.

c. Pembayaran tunai

Kami akan pindahkan amaun ke dalam akaun anda *serta-merta setelah semua urusan selesai.

2.Cara tahu nilai kereta anda melalui myTukar?

Pemahaman mendalam kami tentang pasaran terkini membantu kami menilai kereta anda secara realistik berdasarkan pembatuan perjalanan, keadaan dalaman dan luaran kereta, tahun dibuat dan permintaan semasa. Memandangkan kereta anda akan dibida di paltform lelongan kami, anda mungkin akan menerima pelbagi tawaran. Jika anda tidak berpuas hati dengan bida yang diterima, tiada paksaan untuk anda menerimanya.

3.Apakah jenis kereta yang diterima oleh myTukar?

myTukar menerima kereta yang berusia tidak melebihi 20 tahun. Berkondisi baik, selamat dipandu uji oleh pemeriksa kami. Sebarang tukar beli kereta melebihi 20 tahun adalah tertakluk pada budi bicara pihak pengurusan.

Kereta yang Dimiliki oleh Bukan Warganegara Malaysia

Bukan warganegara boleh jual kereta dengan myTukar. Jika anda berstatus penduduk tetap, anda boleh menjual kereta seperti warganegara Malaysia tanpa perlu bayar sewa beli terlebih dahulu. Jika anda bukan penduduk tetap dan untuk teruskan proses pindah milik, anda perlu:

  1. Selesaikan semua sewa beli dan lakukan B5 di Puspakom.
  2. Pastikan kereta anda diperiksa oleh myTukar dan lengkapkan transaksi (sama ada jual kepada myTukar atau terima bida tertinggi).
  3. Lakukan proses pindah milik dengan pemeriksa myTukar di mana cap jari anda akan disahkan di JPJ.

Kereta yang Didaftarkan di Luar Malaysia

Buat masa ini, myTukar hanya terima kereta yang didaftarkan di Malaysia (termasuk Sabah, Sarawak, Labuan, dan Langkawi).

Kenderaan Import Selari

Kereta yang dibaiki semula dan kereta syarikat (dengan Permit Kelulusan) adalah diterima oleh myTukar.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp +6011 – 6565 6106 atau e-mel [email protected]

4.Bolehkah saya menjual bagi pihak lain?

Untuk rakan & keluarga: Tidak boleh. Anda hanya boleh bawa kereta untuk diperiksa tetapi pemilik kereta perlu hadir sebagai pengesahan ketika proses pindah milik dijalankan.

Cara jual kereta di myTukar untuk syarikat anda: Ya, anda boleh membawa kereta syarikat berdaftar anda berserta barangan berikut ketika proses pindah milik:-

  1. Kad pendaftaran asal Original registration card Pendaftaran
  2. perniagaan, Borang 49 & 9;
  3. Salinan Nombor Kad Pengenalan Majikan(-majikan);
  4. Invois tunai (jika ada);
  5. Surat penyelesaian JPJ (dengan kepala surat syarikat);
  6. Surat Pemberikuasaan/Hapus (dengan kepala surat syarikat);
  7. Kunci Pendua; dan
  8. Kereta

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai cara jual kereta guna myTukar atau perkara lain berkaitan cara jual kereta guna myTukar, anda boleh layari website rasmi di pautan https://mytukar.com/ atau whatsapp ke 01165656106.

Terima kasih. Semoga perkongsian cara jual kereta guna myTukar ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

cara jual kereta guna myTukar cara jual kereta guna myTukar cara jual kereta guna myTukar cara jual kereta guna myTukar cara jual kereta guna myTukar

Leave a Comment