Cara Kira Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam
Formula Cara Kira Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam
Disebabkan ramai yang bertanya tentang formula pengiraan faedah persaraan, teman suka untuk kongsikan formula pengiraan dengan pautannya sekali.
Klik pada pautan yang dikongsi ini, kalian boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila kalian berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan.
Masukkan maklumat yang tepat, kalian boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul.
Tertakluk maklumat yang kalian masukkan.
Klik pautan di bawah ini bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Wajib
http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html
Klik pautan di bawah ini, bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Pilihan
http://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Semak Penyata Pencen Online (JPA Pencen)
Cara Pengiraan Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam
Adakah anda penjawat awam yang bakal bersara?
Seperti yang kita tahu, penjawat awam akan mendapat pelbagai faedah persaraan apabila cukup syarat perkhidmatan yang ditetapkan.
Di sini kami kongsikan info daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) berkenaan formula cara pengiraan pencen dan faedah persaraan yang akan diterima.
Berikut dikongsikan cara kira pencen bagi bakal pesara kerajaan untuk kemudahan anda.
Artikel Lain: Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM
Formula Pengiraan Pencen & Faedah Persaraan Yang Akan Diterima
Disebabkan ramai yang bertanya tentang formula pengiraan faedah persaraan, berikut disenaraikan untuk makluman bersama:
CARA KIRA GANJARAN PERKHIDMATAN
7.5% x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok Akhir
CARA KIRA PENCEN BULANAN*
1/600 x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok Akhir
CARA KIRA AWARD WANG TUNAI GCR
1/30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji Pokok Akhir
*Terhad kepada 360 bulan (Bagi tempoh perkhidmatan 360 bulan dan ke atas pengiraan pencen bulanan diambil terus 60% dari gaji pokok akhiratau 3/5 daripada gaji pokok akhir)
Di bawah ini kami kongsikan formula cara kira pencen dengan pautannya sekali.
Ketahui Juga: Kerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia Lepasan SPM
Anggaran Kadar Faedah Persaraan Wajib / Pilihan
Untuk cara kira pencen secara automatik, sila klik pada pautan yang dikongsi di bawah, supaya anda boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila kalian berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan.
Masukkan maklumat yang tepat, kalian boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul.
Tertakluk maklumat yang anda masukkan.
Klik pautan di bawah ini bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Wajib
http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html
Klik pautan di bawah ini, bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Pilihan
http://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara kira pencen penjawat awam atau kakitangan kerajaan ini anda boleh hubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam JPA atau layari:
Facebook: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)
Sekian harap bermanfaat.
P/S : Sambil berehat nanti, dah lapang-lapang boleh lah buat anggaran pengiraan. Fikir sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara kira pencen penjawat awam atau kakitangan kerajaan ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com