Jawatan Kosong Guru MARA (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41)

Jawatan Kosong Guru MARA (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41)

PELUANG PEKERJAAN BERSAMA MARA – Permohonan Jawatan Kosong Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41) MARA Kini Dibuka!

Makluman anda yang berminat menjadi guru dan bekerja dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), jawatan kosong kini sedang dibuka dari 12 April 2022 hingga 25 April 2022.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang jawatan kosong yang ditawarkan.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Kerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia Lepasan SPM

Jawatan Kosong Guru MARA 2022

JAWATAN KOSONG GURU MARA DG41

Sesiapa yang berminat untuk sertai kami menjadi pendidik anak bangsa di Maktab Rendah Sains MARA atau mana mana institusi pendidikan MARA seluruh Malaysia boleh membuat permohonan jawatan kosong Guru MARA Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (guru) dalam bidang berikut:

a. Bahasa Inggeris

b. Bahasa Melayu

c. Bimbingan & Kaunseling

d. Biologi

d. Biologi

e. Fizik

f. Kimia

g. Geografi

h. Logistik

e. Matematik

j. Media

k. Pendidikan Islam

l. Pendidikan Islam (Tahfiz)

m. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

n. Pendidikan Makanan / Bioteknologi Makanan

o. Pengurusan Perniagaan

p. Prinsip Akaun / Perakaunan

q. Reka Bentuk / Teknologi

r. Sains Komputer

s. Seni Persembahan

t. Seni Reka Grafik

*Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan subjek yang dipohon tanpa Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan juga layak memohon. Harap maklum.

Artikel Lain: Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan

Syarat Lantikan Guru MARA

Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

Bagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat

Artikel Berkaitan: Bayar Pinjaman Mara Online:Cara Bayar Loan MARA

Syarat Permohonan Jawatan Kosong Guru Mara 2022

1. Warganegara Malaysia;

2. Sihat fizikal dan mental;

3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

4. Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu (1) mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

5. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

6. Bagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

7. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.

8. Mendapatkan surat pengiktirafan sijil / diploma / ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atau

https://www2.mqa.gov.my/mqr/

9. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;

10. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);

11. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain;

12. Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahagunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

13. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.

Baca Juga: Permohonan Kolej Profesional MARA 2021 Online

Cara Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA 2022

Permohonan Dalam Talian boleh dibuat melalui pautan berikut

https://apps.mara.gov.my/vacancy/

1. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan.

2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web MARA di alamat https://www.mara.gov.my mulai 12 April 2022.

3. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar /  anipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumatmaklumat tersebut akan disemak secara  erperinci pada hari temu duga.

4. Tarikh tutup permohonan Jawatan kosong guru MARA adalah pada 25 April 2022 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam.

Tarikh Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA 2022

Permohonan bermula 12 April sehingga 25 April 2022(Isnin) sebelum jam 11.59 malam.

Semak Di Sini: Permohonan Pengurangan Bayaran Pinjaman Pelajaran MARA Melalui eConversion

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk iklan permohonan Jawatan kosong guru MARA melalui pautan di bawah:

https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan_12apr22.pdf

ATAU

Layari laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat di pautan ini http://www.mara.gov.my

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan Jawatan kosong guru MARA ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment