Semak Penyata Pencen Online (JPA Pencen)

Semak Penyata Pencen Online (JPA Pencen)

Adakah anda ingin mengetahui cara mudah menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan online?

Antara kelebihan bagi seorang pesara kerajaan tentulah duit pencen yang diterima setiap bulan.

Bagi pesara, sudah tentulah mereka mahu menyemak penyata wang Penyata Pencen Online bagi duit yang diterima setiap bulan, terutamanya penyata wang bersara bagi bulan Januari memandangkan terdapat kenaikan sebanyak 2% duit persaraan yang diterima setiap tahun.

Kini, segalanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan secara online sahaja.

Kepada semua pesara kerajaan (pesara/penerima pencen/waris pesara Kerajaan), mulai 1 Julai 2017 secara rasminya aplikasi MyPesara telah diperkenalkan. Ini  lebih mudah untuk menguruskan urusan persaraan anda serta dapatkan pelbagai maklumat mengenai hal ehwal persaraan dan informasi terkini, serta semak dan kemaskini status pencen kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, setiap masa, di hujung jari anda.

Bagaimana panduan untuk semakan no akaun dan penyata pencen melalui MyPesara? Disini kami kongsikan cara Penyata Pencen Online, semoga membantu.

Cara Kira Kenaikan Pencen

Kerajaan telah bersrsetuju memberikan kenaikan 2% setiap tahun bagi wang persaraan yang diterima.

Bagaimakah caranya untuk mengetahui jumlah terbaru wang persaraan yang bakal diterima setiap bulan selepas kenaikan ini?

Mudah sahaja.

  • Anggarkan wang persaraan yang anda terima adalah RM1000
  • 2% daripada jumlah tersebut adalah bersamaan dengan RM20. Maka kenaikan yang diterima anda adalah RM20.
  • Dengan kenaikan 2% ini, maka wang persaraan baru selepas kenaikan pada bulan Januari adalah RM1020.

Aplikasi Penyata Bayaran Pencen

Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.

Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari portal Penyatan Bayaran Pencen di alamat https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Masukkan No. Akaun Pencen
  • Pilih pilihan Tahun
  • Tandakan pada kotak pengesahan Captcha
  • Klik pada butang Hantar
  • Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul
  • Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.

Muat Turun Aplikasi MyPesara

Pihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah membangunkan aplikasi MyPesara bagi kemudahan pesara kerajaan menyemak penyata pencen yang diterima mereka.

Untuk memuat turun aplikasi Penyata Pencen Online percuma ini, hanya klik pautan di bawah:

Sila muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai sahaja bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicuri oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab.

APA ITU MyPESARA

MyPesara merupakan aplikasi pintar yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pesara Kerajaan Malaysia mencapai maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan.

MyPesara memberi peluang kepada pengguna untuk merancang dan mengurus persaraan masing-masing dengan cekap dari segi kewangan, kesihatan dan meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh KWAP kepada pesara kerajaan.

SEMAKAN NO AKAUN PENCEN

Sebelum menggunakan aplikasi ini, anda seharusnya  mengetahui no akaun pencen anda. Sebenarnya anda boleh dapatkan no akaun pencen anda di Kad Pesara anda nanti.

PANDUAN MENGGUNAN APLIKASI MyPESARA

Setelah anda mengetahui no akaun pencen anda, berikut adalan panduan mengunakan aplikasi MyPesara:

  1. Buka aplikasi MyPesara anda
  2. Log Masuk MyPesara dengan menggunakan
  3. Nombor Kad Pengenalan
  4. Nombor Akaun Pencen (terdapat di Kad Pesara anda)
  5. Tekan Butan Log Masuk
  6. Setelah anda berjaya Log Masuk, berikut adalah kemudahan yang ada dalam aplikasi MyPesara:
  7. Menyemak maklumat persaraan.
  8. Informasi berkaitan faedah persaraan, tips pengurusan kewangan dan kesihatan.
  9. Tetapkan temujanji dan hubungi kami melalui aplikasi ini.
  10. Pengumuman terkini mengenai aktiviti untuk pesara.
  11. Kalendar tarikh pembayaran pencen.

Semak Penyata Pencen Online (www.jpapencen.gov.my)

Selain itu, anda juga boleh layari Aplikasi Atas Talian yang terdapat di laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan Penyata Pencen Online (www.jpapencen.gov.my). Berikut adalah kemudahan yang disediakan:

  1. Semakan Status Permohonan Persaraan;
  2. Cetakan Surat Persaraan Pilihan;
  3. Semakan Pemberian Taraf Berpencen;
  4. Semakan Kelulusan Faedah Persaraan;
  5. Semakan Penyata Pencen;
  6. Pemakluman Bayaran Ganjaran;
  7. Bantuan Mengurus Jenazah;
  8. Semak Pindaan Potongan;
  9. Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil;
  10. Sistem Maklum Balas;
  11. Surat Akuan Pesara;
  12. Kelulusan Pelantikan Wakil Diri;
  13. Status Permohonan Tuntutan Perubatan; dan
  14. Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan).

SOALAN LAZIM

1.Apakah faedah dan kemudahan yang diberi kepada seseorang pesara?

Faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara ialah :

  • Ganjaran Perkhidmatan (sekali gus);
  • Pencen Perkhidmatan (bulanan); dan
  • Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (sekali gus).

2.Apakah itu Kad Pesara?

Kad Pesara merupakan dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA dan KWAP kepada pesara dan penerima pencen. Antara kemudahan yang diperolehi melalui kad ini adalah :

  • untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan;
  • Diskaun tambang kereta api (tertakluk kepada tawaran dan kuota); dan
  • Sebagai kad diskaun 1Malaysia/kad integrasi rakan dagang perkongsian pintar di bawah NBOS6 berkuatkuasa mulai 21 Mac 2013 (sila rujuk laman web 1mdc.1pengguna.com).

 3.Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pencen ditarik balik?

Sekiranya pemberian pencen adalah akibat dari tidak mengetahui mengenai fakta atau (ada pihak) sengaja menyembunyikan fakta-fakta matan atau memberikan maklumat palsu yang sepatutnya menjadi sebab-sebab yang mencukupi untuk dibuang kerja atau turun gaji pegawai itu (pesara yang menerima pencen).

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Penyata Pencen Online MyPesara, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Semak Penyata Pencen Online (JPA Pencen) ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Penyata Pencen Online Penyata Pencen Online Penyata Pencen Online Penyata Pencen Online Penyata Pencen Online

Leave a Comment