Cara Reset Password Wifi:Lupa Password Wifi? Cara Dapatkan Semula Password

Cara Reset Password Wifi:Lupa Password Wifi? Cara Dapatkan Semula Password

Cara Reset Password Wifi:Lupa Password Wifi? Cara Dapatkan Semula Password

Cara Reset Password Wifi. Ini cara mudah bagi anda yang lupa password WiFi untuk dapatkatn semula password tersebut. Untuk keselamatan sambungan WiFi dirumah, kita biasanya akan menetapkan katta kunci atau password untuk melindungi capaian internet kita daripada digunakan oleh orang luar.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa ketika kita mungkin sudah lupa password yang ditetapkan untuk router WiFi kita dirumah.

Ada kemungkinan, kita perlu mencari semula password tersebut untuk menyambungkan telefon pintar, tablet, komputer atau apa sahaja peranti baru dengan jaringan WiFi kita di rumah.

Apakah solusi yang ada? Bagaimanakah caranya kita ingin menyemak kembali password WiFi yang sudah dihubungkan dengan peranti elektronik kita?

Mungkin anda ada situasi di mana anda membeli telefon baru kemudian anda cuba nak sambung Wifi yang sama pernah anda guna sebelum ini. Tapi masalahnya anda lupa password sebab dah lama tak guna password secara manual. Asyik auto je sebab memang macam tu pun. Kali pertama kita akan masukkan password secara manual. Kali kedua dan seterusnya ia akan auto connect dengan sendiri melainkan anda reset keseluruhan untuk peranti tersebut.

Cara Dapatkan Semula / Reset Password Wifi Guna Smartphone / Tablet

Malangnya tidak ada cara untuk anda melihat password WiFi yang sudah disambungkan ke telefon pintar anda, tidak kira sama ada anda mempunyai sistem operasi Android, iOS atau apa sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah menyambungkan WiFI anda dengan komputer atau komputer riba anda, anda boleh mengikuti salah satu cara dibawah untuk dapatkan semula password WiFi.

Cara 1: Dapatkan semula password dari Windows Reset Password Wifi

Bagi anda yang lupa password WiFI dan menggunakan komputer yang menggunakan sistem operasi Windows, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk dapatkan semula password WiFi.

  • Untuk melihat kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada Windows, buka senarai rangkaian wayarles dalam Control Panel.
  • Anda boleh melakukannya dengan cepat dengan menekan Windows Key + R, menaip ncpa.cpl ke dalam kotak carian dan menekan Enter.
  • Klik kanan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, pilih Status, dan klik butang “Wireless Properties”.
  • Klik pada tab “Security” dan tandakan kotak “Show characters” untuk melihat kata laluan Wi-Fi yang disimpan.
  • Anda mesti mempunyai akses pentadbir kepada komputer untuk melihat maklumat ini. Cara ini
  • Anda mesti mempunyai akses pentadbir kepada komputer untuk melihat maklumat ini. Cara ini hanya berfungsi jika komputer riba Windows anda sedang disambungkan ke rangkaian Wi-Fi.

Cara 2: Dapatkan semula password dari Mac Reset Password Wifi

Bagi anda yang lupa password WiFI dan menggunakan komputer yang menggunakan sistem operasi iOS, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk dapatkakn semula password WiFi.

  • Untuk mendapatkan semula kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada Mac, buka aplikasi “Keychain Access”.
  • Tekan Command+Space, taip “Keychain Access,” dan kemudian tekan Enter.
  • Pilih kategori “Kata Laluan” dan cari nama rangkaian Wi-Fi. Ia muncul sebagai “AirPort network password”.
  • Anda boleh klik kanan nama rangkaian, dan kemudian pilih pilihan “Copy password to clipboard”.
  • Atau, anda boleh mengklik kanan nama, pilih “Get Info” dan kemudian tandai kotak “Show password”.
  • Anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan Mac anda untuk melihat maklumat ini dan ia hanya akan berfungsi jika akaun anda ialah akaun pentadbir.

Cara 3: Cara Dapatkan Semula / Reset Password Wifi Reset Router

Sekiranya mana-mana cara di atas tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kembali password WiFi anda, ini mungkin merupakan cara terakhir yang anda boleh gunakan.

  1. Dengan cara reset router anda kepada tetapan kilang tidak akan memberitahu anda kata laluan semasa, tetapi ia akan menukar kata laluan router kepada kata laluan asal yang didatangkan dari kilang yang dicetak di bahagian bawah atau belakang router.
  2. Menetapkan semula router anda juga akan memutuskan sambungan setiap perantib yang telah anda sambungkan ke router, ini bermakna semua peranti yang disambungkan kepadanya perlu disambung semula. Atas sebab ini, menetapkan semula router harus menjadi pilihan terakhir anda.
  3. Cari butang “Reset” router anda. Butang ini biasanya terletak di belakang router dan sangat kecil.
  4. Tekan dan tahan butang “Reset”. Lakukan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan router diset semula sepenuhnya.
  5. Cari maklumat log masuk asal router anda. Maklumat ini biasanya ditemui di bahagian router merangkumi maklumat berikut:
  6. Nama rangkaian atau SSID
  7. Kata Laluan

Lupa password wifi? Jangan risau, pada artikel kali ini kami anda memberikan panduan untuk mendapatkan semula wifi anda. Betul, kebiasaannya kita akan setkan password kepada Safe password. Jadi memang tak hafal password wifi.

Kadang tu, ada juga password yang panjang sangat hingga kita lupa. Takkan setiap kali lupa password kita nak reset wifi. Mungkin cara itu lebih mudah, namun ada cara yang lebih praktikal untuk mengetahui password wifi. Peringatan ye, ini bukan cara untuk hack wifi jiran sebelah tapi untuk mereka yang lupa password wifi sendiri.

Setelah tahu cara untuk dapatkan semula password wifi, tentu urusan akses internet tidak akan tergendala lagi untuk download, update, streaming dan sebagainya.  Jom kita cuba!

Cara Semak Password WiFi di PC Windows

Jika kita ingin memberi password kepada tetamu atau untuk memasukkan password ke gadet baharu, tapi kita sendiri pun terlupa passwordnya, mungking anda boleh ikuti langkah ini :

Pada bahagian bawah kanan toolbar PC Windows, klik pada logo WiFi, pilih pada menu Network & Sharing Center dan klik WiFi.

Kemudian, pilih Wireless Properties seterusnya tekan Security.

Pada bahagian bawah menu Network Security Key, tick pada kotak Show Character.

Paparan password wifi anda sudah tersedia.

Peringatan ye, mungkin ada sedikit perbezaan cara pada Windows yang berlainan. So, yang paling penting adalah anda cari Network Security key.

Cara Semak Password di Laptop Mac

Bagi pengguna Apple atau MacBook, anda juga boleh mengetahui password Wifi melalui Mac anda.

Untuk itu, pada laptop Mac anda, buka Launchpad.

Launchpad akan menunjukkan palikasi yang terdapat dalam Mac anda, cari keychain Access dan klik aplikasi tersebut.

Kemudian, carilah nama network WiFi yang anda sedang gunakan dan klik dua kali pada nama network (WiFi) tersebut.

Pada menu Attributes, klik kotak Show Password. Akan muncul popup meminta permohonan untuk menunjukkan password dan anda dikehendaki memasukkan password Mac anda.

Setelah itu, password Wifi anda sudah dapat diketahui.

Mudah bukan? tetapi mungkin ada sedikit perubahan cara kerana update terkini yang berlainan. So, lepas ni tak susah dah nak cari password untuk dimasukkan ke peranti yang baru. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu memudahkan urusan anda.

Tips Mudah Ingat Password

Sedikit perkongsian bagi mereka yang selalu lupa password seperti saya, cuba create satu password yang susah dan mempunyai simbol serta nombor melebihi 10 huruf kemudian hafal. Gunakan hanya password ini untuk semua jenis keperluan yang memerlukan password. Semoga membantu anda. Ini cara saya, lain orang lain caranya. Semoga dapat membantu.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Reset Password Wifi ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment