MyTax : Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN & Sekatan Perjalanan
CARA SEMAK STATUS TUNGGAKAN CUKAI LHDN & SEKATAN PERJALANAN
Cara semak status cukai secara online tunggakan cukai dan juga semakan sekatan perjalanan bagi idividu dan juga syarikat untuk memudahkan urusan harian anda.
Ramai pulak yang call dan wasap beritahu ada terima panggilan scammer dan e-mel peringatan daripada pihak yang menyamar sebagai LHDN.
Apa kata lepas ni kalau terima emel, surat atau panggilan telefon dari LHDN, atau dari scammer yang menyamar LHDN, anda semak dulu status percukaian di portal MyTax.
Lebih mudah, selamat dan telus!
Selain itu, pembayar cukai disarankan membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang ke luar negara bagi sebarang tujuan melalui Portal MyTax.
Seperti yang kita sedia maklum, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah dan cukai syarikat boleh dikenakan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara.
Jadi, memang sangat membantu kalau kita daftar di portal ini.
MyTAX HASIL merupakan satu portal yang merangkumi Perkhidmatan Pilihan seperti ByrHASiL , e-Daftar, PCB dan e-Filing. Dengan adanya portal seperti ini, sudah tentulah memudahkan urusan pembayar cukai untuk melaksanakan urusan berkaitan semakan cukai, pengistiharan pendapatan serta pembayaran cukai. Tidak terhad untuk diakses menerusi komputer meja sahaja, kini MyTax juga ditawarkan dalam bentuk aplikasi yang lebih mesra dengan pengguna peranti pintar.
Jom kami kongsikan lebih lanjut cara semak status cukai melalui Portal MyTax LHDN.
Baca Juga: Semak Penyata Pencen Online (JPA Pencen)
Apakah MyTax LHDNM?
Portal cara semak status cukai ini berfungsi sebagai portal maklumat sehenti untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.
Artikel Lain: SULUNG:Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia
Maklumat Yang Boleh Disemak Melalui Portal MyTax
Berikut adalah perkara yang kita boleh semak sendiri di portal MyTax :
- Baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
- Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
- Senarai ansuran CP500
- Rekod SPC
- Selain itu portal ini juga menyediakan pautan terus ke lain-lain perkhidmatan seperti ByrHasil (baca Bayar Hasil), e-Filing, e-Kemaskini dan beberapa ‘e’ lagi.
Lepas ni kalau setakat nak semak status terkini cukai pendapatan kita, atau nak semak PCB yang majikan buat dah masuk ke lejar kita ke belum, cubalah semak di portal ni dulu.
Kalau masih tak faham, barulah pergi ke pejabat LHDN ye.
Ketahui Juga: Statement Akaun Maybank:Cara Dapatkan Penyata Akaun Online & Manual
Cara Semak Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax
Jika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan : https://mytax.hasil.gov.my/
Anda juga akan melihat paparan Dashboard seperti ini.
Bagi yang belum berdaftar, klik pada LOG MASUK KALI PERTAMA.
Kemudian sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
Baca Di Sini: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat Covid 19
DI MANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN / MENYEMAK NO. PIN?
Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak No. PIN untuk akses ke MyTax melalui kaedah berikut :
- Melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Permohonan secara dalam talian melalui pautan (Klik pautan ini)
- Panduan Pengguna MyTAX LHDNMDownload
Semakan Sekatan Perjalanan Imigresen Malaysia
Selain semakan LHDN, semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.
Pembayar cukai boleh menyemak status senarai hitam dan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen (Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/
Anda hanya perlu isikan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
Selepas itu, tekan butang Semak dan keputusan akan dipaparkan serta-merta.
Mudah kan?
Jadi lepas ni jangan kalut kalau ada orang telefon kata kita ada tunggakan cukai semua.
Kita boleh check sendiri status cukai yang terkini dan sahih oleh LHDNM di Portal MyTax!
MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA KALI PERTAMA MyTAX HASIL
- Pastikan anda salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan / menyemak No. PIN
- Sekiranya anda belum mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, sila ke cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Perlu disertakan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Penyata Pendapatan / Slip Gaji terkini
- Atau melalui e-Daftar. Sila klik di sini http://edaftar.hasil.gov.my/
CARA DAFTAR LOGIN MyTAX HASIL SEMAK STATUS CUKAI
- Anda perlu masuk ke laman MyTAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Masukan nombor kad pengenalan @
- Masukan no kata laluan bagi yang mempunyai acc ez.hasil
- Jika anda pertama kali menggunakan , klik bahagian login kali pertama
- Dan tekan butang untuk langkah seterusnya
SEMAK STATUS CUKAI MELALUI MyTAX HASIL
- Anda perlu masuk ke laman MyTAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Klik pada ikon STATUS My TAX
- Sistem paparan tax : lejar
- Tab lejar memaparkan baki mengikut jenis lejar
- Klik pada link “baki lejar”
- Sistem memaparkan maklumat terperinci lejar
- Untuk melihat lejar mengikut tahun, klik pilihan pada tahun yang ada
- Sistem akan memaparkan mengikut lejar mengikut tahun
SEMAKAN STATUS MyTAX HASIL BAYARAN BALIK
- Anda perlu masuk ke laman My TAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Klik pada tab bayaran balik
- Sistem akan memaparkan maklumat bayaran balik jika ada bayaran dibuat
- Data dalam bentuk tracking status
BANTUAN
- Anda perlu masuk ke laman My TAX LHDN
- Klik bahagian log Masuk
- Pada senarai menu, klik bantuan
- Sistem paparkan skrin bantuan
- Klik pautan yang berkenaan bagi panduan pengguna
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sila layari portal rasmi LHDNM melalui perkhidmatan ezHasil dan pautan pantas berikut untuk info lanjut berkaitan Cara semak status cukai dan sekatan perjalanan:
Sekatan perjalanan https://sspi.imi.gov.my/sspi/;
Baki cukai https://mytax.hasil.gov.my/;
Bayaran cukai https://byrhasil.hasil.gov.my/;
Maklum Balas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara semak status cukai dan sekatan perjalanan online ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
cara semak status cukai cara semak status cukai cara semak status cukai cara semak status cukai cara semak status cukai