SULUNG:Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia SULUNG

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

Program digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai unik.

Perdana Menteri berkata, melalui SULUNG pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.

“Menjadi harapan saya supaya dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.

“Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program SULUNG ini,” katanya.

Baca Juga: Senarai Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & BIasiswa Pelajar IPT Terkini

Apakah Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia ?

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bertujuan membantu pelajar B40 dengan membantu memberikan pendidikan yang baik agar dapat keluar dari kitaran B40 seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.

Lebih tepat lagi, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.

Ia merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Artikel Lain: PIDN JPA 2022: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Jenis Bantuan Yang Disediakan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia

  • Tawaran Biasiswa Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia
  • Asrama
  • Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan

Baca Juga: Biasiswa 2022 Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)

Cara Permohonan & Kelayakan

KPT memainkan peranan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang fokus membantu pelajar B40.

Ketahui Juga: Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak

Kenyataan Media Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia

BATU PAHAT: Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

Program digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai unik.

Perdana Menteri berkata, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.

“Menjadi harapan saya supaya dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.

“Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program SULUNG ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Karnival KPT Keluarga Malaysia, di Parit Sulong, hari ini.

Yang turut hadir, Noraini dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pendidikan adalah agenda yang penting bagi mengubah keluarga, kaum dan individu.

Katanya, kerajaan juga menjadikan pendidikan sebagai agenda utama sejak merdeka lagi.

“Walaupun kerajaan bertukar-tukar, tetapi pendidikan tetap menjadi agenda utama kerana pendidikan boleh membantu golongan B40, M40 dan juga masyarakat luar bandar.

“Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai contoh Biasiswa MARA yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang membolehkan sekurang kurangnya 10 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Dengan pendidikan, tanpa mengira latar belakang, anak penoreh getah pun boleh menjadi seorang perdana menteri dan anak tok penghulu boleh jadi menteri besar, berjaya hasil dari dasar yang jelas dari kerajaan untuk tingkatkan taraf pendidikan anak-anak bangsa.

“Penekanan kepada aspek pendidikan, termasuklah pendidikan tinggi perlu menjadi keutamaan, selari dengan nilai Keluarga Malaysia, iaitu menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyeru masyarakat mengambil peluang inisiatif peluang kerjaya yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Katanya, program seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan GetHired@KPT serta MyFutureJobs akan membantu mengurangkan lagi kadar pengangguran di negara ini kepada paras di bawah 4.2 peratus.

“Apa yang pasti, program-program ini adalah berbentuk titik penentu dan bertujuan untuk menyantuni keperluan denyut nadi rakyat,” katanya.

Ismail Sabri berkata, seperti program MYFutureJobs, berdasarkan rekod yang ada sebanyak 63,990 jawatan kosong di Johor ditawarkan melalui portal program berkenaan.

“Untuk tempoh karnival ini sahaja, saya difahamkan lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan. Justeru, saya menyeru semua yang hadir untuk mengambil peluang ini dan menguar-uarkan juga kepada saudara-mara di luar sana yang memerlukan pekerjaan,” katanya.

Baca Juga: Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3000 TEKUN

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan SULUNG ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai rogram Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment