Cara Tanam Durian Musang King Serta Penjagaannya
Cara Tanam Durian Musang King Serta Penjagaannya sangat penting untuk diketahui kerana jenis durian ini sangat sensitif tetapi berbaloi untuk diusahakan. Durian Musang King merupakan tanaman yang semakin digilai ramai pekebun masa kini kerana rasanya yang paling sedap diantara semua durian serta harganya yang mahal.
Klon ini dikenali sebagai raja kunyit sebelum di gelar musang king selepas didaftarkan pada tahun 1993 di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod D197.
Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam durian, saya sarankan anda tanam klon ini kerana isinya yang sangat sedap serta harganya boleh mencecah RM50 ke RM100 sekilo diluar negara.
Durian musang king biasanya mula berbuah sekitar 4 ke 5 tahun dengan penjagaan yang cukup dan baja yang teratur.
Sebelum mula menanam, anda perlu ketahui cara penanaman durian yang betul supaya pokok tumbuh dengan sihat dan subur.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Cara Tanam Durian Musang King Dan Cara Jaga Musang King
1.Mula-mula, pilih benih yang sihat dan dijamin ketulenannya, pastikan tidak ditipu oleh sesetengah penjual yang hanya mahu mengambil komisen (dropshippers). Setiap benih durian mempunyai daun yang berbeza, anda kena belajar bezakan daun musang king dengan durian lain.
2. Sediakan tapak penanaman durian dengan mengorek lubang 80x80x80 cm. Pastikan kawasan penanaman mempunyai cukup cahaya matahari dan berbukit, elakkan menanam di kawasan tanah rendah yang lembab dan sering berair.
3. Sebelum menanam benih, masukkan semua galian ke dalam lubang seperti tinja ayam yang sudah kering sebanyak 2-3 kilo, baja subur NPK 15.15.15 dan CIRP atau hormon akar. Biarkan selama 3-4 minggu untuk membunuh bakteria sebelum memasukkan benih.
4.Selepas menanam benih durian, pastikan pokok disiram dengan air setiap hari atau memasang sistem pengairan automatik (dripping) agar tanah sentiasa lembab untuk mempercepatkan akar tumbuh.
5. Pokok durian perlu di pagar dengan net hitam seluas 2×2 kaki untuk mengelak belalang memakan daun dan mengelak cahaya matahari terus terkena pada benih durian.
6. Untuk mencegah penyakit seperti hawar daun dan seranggan penyakit kulat pada daun, sembur dengan racun kulat seperti Monceren atau Decis sekali setiap 1 bulan.
7. Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 2 atau 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan pokok durian.
8. Bila pokok berumur 5 tahun, tabur dengan baja penggalak buah dan kurangkan baja subur. Paling penting adalah mencegah penyakit kanker batang, jika ternampak daun durian mula kering dan gugur, itu petanda kanker batang atau serangan anai-anai / serangga di bahagian akar.
Cara Tanam Pokok Durian Musang King
- Anak benih durian musang king dalam polibeg sedia untuk ditanam. Tinggi 2 meter Harganya lebih RM100
- Tapak penanaman disediakan seminggu lebih awal Tambahan dolomite, CIRP dan furadan
- Buka bahagian bawah polibeg terlebih dahulu Buangkan akar bergulung di bahagian bawah polibeg
- Letakkan anak benih di tapak penanaman Pastikan bahagian bawah polibeg sama tinggi dengan aras tanah
- Buka plastic Polibeg
- Timbunkan tanah di sekeliling perdu pokok sehingga menjadi busut.
- Bacakan doa menanam pokok.
- Selesai
Ciri Durian Musang King
Terdapat perbezaaan atau cara untuk anda mengenali buah durian musang king sebenar untuk mengelak anda di tipu penjual yang menjual buah durian lain tetapi mendakwa musang king. Berikut ciri-ciri yang terdapat pada buah durian musang king yang boleh anda kenal pasti.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara Tanam Durian Musang King Serta Penjagaannya ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com