Jawatan Kosong MADA:Permohonan Jawatan Kosong MADA

Jawatan Kosong MADA:Permohonan Jawatan Kosong Mada

Pemakluman Iklan Jawatan Kosong MADA Tahun 2022

Sukacita dimaklumkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan mengiklankan jawatan kosong seperti maklumat di bawah.

Untuk makluman pihak MADA mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada di MADA. Mereka yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian melalui pautan http://e-perjawatan.mada.gov.my/.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang jawatan kosong di MADA serta maklumat lain berkaitan.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Tanam Tembikai:Cara Tanam tembikai Penjagaan Pembajaan & Penuaian

Cara Permohonan Jawatan Kosong MADA

Permohonan jawatan kosong MADA boleh dibuat secara atas talian menggunakan Sistem e-perjawatan MADA.

Artikel Lain: Cara Transfer Data Iphone:Tukar Ke Iphone Baru Tanpa Hilang Data

Senarai Jawatan Kosong MADA

Kekosongan jawatan adalah sebanyak 36 jawatan melibatkan lima (5) skim iaitu:

– Pen Pegawai Pertanian G29

– Setiausaha Pejabat N29

– Pembantu Kemahiran H19

– Penjaga Jentera Elektrik J19

– Pemandu Kenderaan H11

Baca Juga: Bantuan Perkahwinan Mengikut Negeri DI Malaysia

Tarikh Permohonan Jawatan Kosong MADA

Permohonan jawatan kosong MADA boleh di isi pada tarikh seperti berikut:

  • Tarikh permohonan dibuka: 18 Mei 2022
  • Tarikh permohonan ditutup: 31 Mei 2022

Sehubungan itu, adalah dipohon jasabaik tuan/puan untuk memaklumkan untuk calon2 yang berminat untuk mengisi jawatan kosong di MADA ini.

Baca juga: Bantuan Musim Tengkujuh:Permohonan BMT RISDA 2022

Tentang MADA

Di peringkat awal pelaksanaan, Rancangan Pengairan Muda adalah sebagai projek kejuruteraan semata-mata. Tanggapan umum dikala itu ialah pembangunan yang berasaskan pertanian akan tercetus dengan sendirinya dengan adanya kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan. Tiada perancangan yang teliti dibuat untuk menyelaraskan secara terperinci peranan yang perlu dimainkan oleh beberapa Jabatan Parit dan Taliair serta Jabatan Pertanian.

Pada pertengahan tahun 1967, iaitu setelah kerja-kerja pembinaan berjalan selama satu setengah tahun, barulah disedari tentang ketidaklengkapan perancangan awal. Ekoran daripada itu sebuah Pejabat Pegawai Penyama Projek telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian pada bulan Ogos 1967 dan ditadbirkan di Kuala Lumpur. Oleh kerana pejabat ini tidak dapat berperanan dengan berkesan, pentadbiran pejabat ini telah berpindah ke Alor Star pada tahun 1969. Sungguhpun demikian, program pembangunan tidak dapat dirancang dan dilaksana dengan sempurna kerana kuasa eksekutif yang ada pada Pegawai Penyama adalah terbatas disebabkan perbezaan bidang kuasa yang wujud di antara beberapa Jabatan Negeri dan Persekutuan. Sementara itu pula, kedua-dua Kerajaan Negeri Kedah dan Perlis menghadapi kesulitan untuk menanggung perbelanjaan pembangunan serta perbelanjaan operasi dan penyenggaraan projek.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah badan berkanun bagi menggantikan Pejabat Pegawai Penyama Projek. Pada 30 Jun 1970 lahirlah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di bawah satu dekri darurat dengan nama mula iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Perasmiannya telah dilakukan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak Hussein selaku Pemangku Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor Star, Kedah Darul Aman.

Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Tahun 1972. Dibawah Akta tersebut, tugas-tugas MADA telah digariskan seperti berikut :-

  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan projek pembangunan ekonomi dalam Kawasan Muda;
  • Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa Kamajuan Pertanian mengikut sebagaiman yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan Perlis;

Dua matlamat utama dibentuk oleh MADA, yang diasaskan kepada aspek-aspek kemanusiaan dan komoditi. Matlamat-matlamat tersebut ialah :-

  • Memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa
  • Melebihkan hasil untuk keperluan Negara

Artikel Lain: Cara Buat Blog Website Dengan WordPress:Jana Pendapatan Dengan Menulis Blog

Peranan Mada

Peranan utama yang dimainkan oleh MADA ialah mendorong, menggerak dan menyatukan petani-petani ke dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Merekalah yang akan mencetuskan pembangunan pertanian, ekonomi dan sosial di mana akan sentiasa berlaku proses keperluan serta peluang-peluang baru. Struktur organisasi MADA telah dibentuk menggabung perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran, kejuruteraan, pertanian dan latihan ke dalam satu pengurusan yang fleksibel.

Perancangan yang bersepadu yang menggabung tenaga kepakaran dari dalam dan luar jabatan telah menjadi amalan utama bagi mencari kata sepakat terhadap menentukan program yang terbaik untuk dilaksana. Menerusi konsep Pembangunan Kawasan, Kawasan Muda telah dibahagikan kepada 27 lokaliti pembangunan yang pengawasannya dikendalikan menerusi pejabat-pejabat di empat daerah MADA. Di setiap lokaliti pula didirikan kompleks geraktani yang juga menjadi pusat gerakan pertubuhan peladang kawasan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang jawatan kosong MADA atau perkara lain berkaitan anda boleh layari https://www.mada.gov.my/ atau hubungi pihak MADA Seperti berikut:

Tel : 04 – 772 8255

Faks : 04 – 772 2667

Bahagian Khidmat Pengurusan

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Bertarikh: 17 Mei 2022

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Permohonan Jawatan Kosong MADA ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment