Daftar Mengundi Online:MySPR Cara Daftar Pemilih
CARA DAFTAR MENGUNDI SPR ONLINE (MYSPR DAFTAR)
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan panduan Daftar Mengundi Online untuk memudahkan urusan anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: SPA9: Cara Login & Semakan Permohonan Jawatan Kosong JPA
Cara Daftar Mengundi / Pendaftaran Pemilih
SPR menjalankan dua (2) jenis cara daftar pemilih :
Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:
Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya. Daftar Mengundi Online
Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
Artikel Lain: SPA9:Cara Daftar Akaun Baru & Cara Log Masuk Akaun SPA9
Syarat Daftar Mengundi Online
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR SPR SEBAGAI PEMILIH ADALAH SEPERTI BERIKUT
- Seorang warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas;
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
- Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa;
Maklumat Lain Daftar Mengundi Online
MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA PENDAFTARAN SPR (MySPR DAFTAR)
- No. Perkhidmatan Polis / Tentera (Jika Berkenaan);
- Nombor Telefon Bimbit yang sah;
- E-mel yang sah;
- Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan / Tempat Bertugas
- Gambar depan Kad Pengenalan* (MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis)
- Gambar swafoto (selfie) bersama MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis;
*Nota: (Format dibenarkan : JPG, JFIF, PNG)
Cara Daftar Mengundi SPR Online
Untuk daftar SPR online bagi permohonan akaun baharu, sila ikuti langkah dibawah seperti berikut:
PERMOHONAN AKAUN BAHARU
- Layari https://myspr.spr.gov.my
- Skrin Log Masuk Akaun MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Klik pada butang [PERMOHONAN AKAUN BAHARU].
- . Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan.
- Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan 12 digit. Daftar Mengundi Online
- Bagi pemohon berstatus Polis atau Tentera, masukkan No. Perkhidmatan pada medan yang disediakan.
- Masukkan No. Telefon Bimbit.
- Masukkan E-mel.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.
- Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan. Daftar Mengundi Online
- Sila muat naik [GAMBAR DEPAN MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] dan [GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA]
- Masukkan CAPTCHA.
- Tandakan di bahagian deklarasi ‘Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.’ sebagai tanda persetujuan dengan syarat-syarat kelayakan pendaftaran sebagai pemilih.
- Klik pada butang [DAFTAR] untuk menghantar borang pemohonan akaun pengguna.
- Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima. Daftar Mengundi Online
- Klik pada butang [KEMBALI] dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu e-mel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Daftar Mengundi Online
- Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.
- Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
- Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
Baca Juga: Bantuan Belia 2022 (Daftar penjanakerjaya.perkeso.gov.my)
Cara Aktifkan Akaun Pengguna MySPR
PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA MySPR
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan sekiranya maklumat yang telah dihantar tiada masalah.
- Setelah Pegawai SPR membuat pengesahan, pemohon akan menerima e-mel pengaktifan ATAU pemohon menerima e-mel peringatan pengaktifan. Daftar Mengundi Online
- Klik pada pautan pengaktifan berwarna biru di dalam e-mel pengaktifan akaun pengguna. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan. Daftar Mengundi Online
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Klik pada butang [MOHON NO. TAC]. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar No. TAC melalui SMS ke telefon bimbit dan e-mel pengguna.
- Pemohon akan menerima satu notifikasi e-mel dan SMS peringatan Permohonan No. TAC yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
- Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR]
- Sistem akan membuat verifikasi dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan. Daftar Mengundi Online
Cara Login MySPR & Kemaskini Profil MySPR
LOG MASUK & KEMASKINI PROFIL
- Masukkan No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA untuk log masuk akaun pengguna dan klik pada butang [LOG MASUK].
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan. Daftar Mengundi Online
- Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Kemas Kini Profil.
- Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Tukar Kata Laluan. Daftar Mengundi Online
Cara Permohonan Daftar Mengundi Online
PERMOHONAN PENDAFTARAN
- Pilih menu PENDAFTARAN Daftar Mengundi Online dan klik pada menu Status Saya.
- Sistem akan memaparkan skrin Dashboard – Halaman Utama dan klik pada butang [BORANG A] untuk membuat PENDAFTARAN BAHARU.
- Skrin Borang A (Pendaftaran Baharu) akan dipaparkan. Daftar Mengundi Online
- Pilih kategori pemilih.
- Lengkapkan alamat seperti dalam kad pengenalan.
- Pilih Jantina.
- Pilih Bangsa
- Pilih Agama.
- Tandakan (/) di bahagian deklarasi ‘Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu ialah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi ……’ sebagai tanda persetujuan. Daftar Mengundi Online
- Klik pada butang [HANTAR] untuk menghantar borang A.
- Ruangan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan akan dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pemohon yang telah didaftarkan dan klik pada butang [MOHON NO. TAC].
- Satu notifikasi SMS dan e-mel Permohonan No. TAC akan dihantar ke no. telefon bimbit dan e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
- Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR].
- Sistem akan membuat verifikasi dan satu notifikasi flash menyatakan ‘Permohonan Pendaftaran Pemilih telah diterima dan sedang diproses. Sila cetak borang A untuk simpanan tuan/puan. Satu notifikasi telah dihantar …….’ akan dipaparkan.
- Pendaftaran Borang A yang telah berjaya dihantar akan menerima satu notifikasi e-mel Pendaftaran Borang A. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Daftar Mengundi Online
Cara Daftar Mengundi SPR Secara Manual
UNTUK PEMILIH BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
- Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
- Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
- Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
Cara Daftar Mengundi SPR Pengundi Tidak Hadir
UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
- Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
- Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda. Daftar Mengundi Online
- Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan. Daftar Mengundi Online
Nota:
Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan). Daftar Mengundi Online
WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
- Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
- Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
- Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan. Daftar Mengundi Online
Nota:
Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan). Daftar Mengundi Online
Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Daftar Mengundi Online
Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia. Daftar Mengundi Online
Semakan Pendaftaran Undi 18 Tahun Secara Automatik
Tahukah anda?
Malaysia telah melakar sejarah apabila RUU Undi 18 telah diluluskan. Pada tahun 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan Perkara 47 perenggan (b), penurunan umur ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta Perkara 119 perenggan (a) fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu penurunan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan pendaftaran pemilih adalah secara automatik. Rang Undang-Undang Perlembagaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.
Dengan pelaksanaan ini, golongan belia diharap lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18. Daftar Mengundi Online
Pemilih Malaysia yang baharu, sila buat semakan butir peribadi melalui 4 kaedah berikut:
1. Web SPR https://mysprsemak.spr.gov.my atau https://www.spr.gov.my
2. Aplikasi: MySPR Semak
3. Web Pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my
4. Hotline SPR : 03-88927018
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Daftar Mengundi Online atau perkara lain berkaitan Daftar Mengundi Online anda boleh layari https://www.spr.gov.my atau hubungi:
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7200
Faks : +603 8892 7001
Email : webmaster[at]spr[dot]gov[dot]my
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Daftar Mengundi Online ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com