Google Wallet Cara Daftar & Guna (Setting Kad)
Terkini aplikasi Google Wallet kini sudah boleh digunakan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Sekiranya anda sudah mempunyai aplikasi Google Pay, anda tidak perlu memuat turun aplikasi baru ini kerana aplikasi tersebut mungkin dipaparkan sebagai Google eWallet atau anda akan diminta untuk membuka Play Store untuk kemaskini aplikasi ini.
Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda ingin mengetahui cara daftar dan guna aplikasi Google eWallet ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apa Itu Google Wallet
Google Wallet ialah dompet digital yang selamat dan peribadi yang memberi anda akses pantas kepada kad pembayaran, pas, tiket, kunci atau ID yang anda mahu untuk disimpan pada aplikasi ini. Penggunaan aplikasi ini bukan hanya digunakan pada telefon Android juga, jam pintar yang menjalankan wearOS juga boleh menggunakan Google eWallet ini.
Bank Yang Menyokong Google eWallet
Berikut adalah merupakan anatar kad bank yang menyokongnya setakat ini:
- CIMB Bank – kad kredit Mastercard
- Hong Leong – kad kredit Visa, kad debit Mastercard
- Hong Leong Islamic – kad debit Mastercard
- Public Bank – kad kredit Visa, kad debit Visa
NOTA: kemungkinan tambahan kad bank dari HSBC dan HSBC Amanah akan menyusul.
Ciri Ciri Google eWallet
Berikut adlaah merupakan anatar kelebihan ciri terbaru yang dapat apa aplikasi ini:
- Akses pantas kepada item anda
- Tambahkan item baharu dengan cepat
- Cari item yang anda simpan dengan lebih cepat
- Semak aktiviti pembayaran terbaharu
- Menu yang dikemas kini dengan ciri baharu
- Atur kad & pas anda
- Kawal data anda merentas Google
Cara Daftar Kad Google Wallet
Berikut adlaah merupakan cara daftar kad bank anda dalam aplikasi ini:
- Muat turun dan install Google eWallet daripada Google Play Store.
- Pilih akaun Google.
- Tekan ‘Add to Wallet’.
- Pilih ‘Payment Card’.
- Masukkan butiran kad.
- Keluar terma dan syarat, tekan ‘More’ dan ‘Accept’ selesai baca.
- Pilih cara pengesahan.
- Masukkan kod.
- Selesai
Cara Daftar Kad Bank Di Google Wallet
Jika anda sudah mempunyai kad kredit atau debit yang disimpan ke akaun Google, ia akan dipaparkan secara automatik dalam Google eWallet dan anda hanya perlu menyediakannya untuk pembayaran tanpa sentuh dengan mengikuti langkah-langkah pada skrin.
Jika anda tidak mempunyai kad yang tersimpan dan ingin menambahkan kad baharu pada Wallet, ketik ‘tambahkan kad’ dalam karusel di bahagian atas halaman bagi menyemak dan menerima terma syarat pengeluar sebelum menggunakannya.
Sebaik sahaja anda menerima dan mengesahkan maklumat, kad akan diberi token dan sedia untuk digunakan dalam Google eWallet.
Privasi Keselamatan Keutamaan Google Wallet
Apabila anda menggunakan Google eWallet, urus niaga dibuat menggunakan nombor kad ganti (token), yang khusus kepada peranti anda dan dikaitkan dengan kod keselamatan dinamik yang berubah dengan setiap transaksi.
Bank juga perlu mengesahkan pemegang kad sebelum anda menambahnya pada telefon di samping boleh menetapkan kunci skrin supaya orang yang tidak dikenali tidak dapat mengakses kandungan pada peranti.
Jika telefon anda hilang atau dicuri, anda boleh menggunakan fungsi ‘cari peranti saya’ untuk mengunci peranti dengan serta-merta dari mana-mana sahaja, selamatkannya dengan kata laluan baharu, atau terus menghapuskan maklumat peribadi dan butiran kad pembayaran tersebut.
Cara Guna Google Wallet
Pastikan anda telah daftarkan kad bank anda terlebih dahulu dalam aplikasi ini seperti di atas dan melakukan pembayaran pastikan telefon anda memenuhi perisian standard mempunyai NFC (yang telah diaktifkan) dan Google Pay menetapkan sebagai aplikasi pembayaran.
Cara Pembayaran Google Wallet
Sakiranya anda ingin membuat pembeayaran menerusi aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranay:
- Buka aplikasi Google eWallet .
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau Akaun anda kemudian Persediaan ciri ketik untuk bayar.
- Semak sama ada anda bersedia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Untuk ciri ciri yang perlu ada bagi membuat pembayaran menerusi aplikasi ini adlaah:
- Komunikasi medan dekat (NFC) mestilah dihidupkan.
- Untuk membuat transaksi ketik untuk membayar menggunakan kad dalam Google eWallet, Google Pay perlu ditetapkan sebagai apl pembayaran lalai anda.
- Tambahkan kaedah pembayaran tanpa sentuhan.
- Sediakan kunci skrin.
- Telefon anda perlu memenuhi keperluan keselamatan.
- Jika semua keperluan ini dipenuhi, telefon anda kini sudah bersedia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Jangan lupa untuk hidupkan ciri NFC sebelum buat pembayaran.
NOTA: Komunikasi medan dekat (NFC) mestilah dihidupkan untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Untuk menghidupkan NFC, semak apl tetapkan telefon anda.
Kenyataan Rasmi Penggunaan Google Wallet Di Malaysia
Dengan pembayaran tanpa tunai yang semakin menjadi pilihan untuk pengalaman yang lancar, Google mengumumkan bahawa Google eWallet kini tersedia di Malaysia.
Google Wallet menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih selamat, mudah dan lebih membantu kepada orang ramai selain menyokong pelbagai item digital seperti pas masuk.
Untuk bermula, pengguna boleh memuat turun Google Wallet daripada Gedung Google Play sekarang.
Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo, berkata berdasarkan laporan e-Conomy SEA 2022, pembayaran digital semakin popular dan dijangka mencecah hampir AS$200 bilion dalam nilai transaksi kasar di Malaysia menjelang 2025.
Dengan jutaan rakyat Malaysia kini menggunakan telefon mereka setiap hari untuk membuat pembayaran, Google teruja untuk membawa Google Wallet ke Malaysia.
Melalui Google Wallet, rakyat Malaysia boleh mengetik untuk membayar di kedai atau membuat pembayaran dalam talian dengan lancar.
Mereka juga boleh mengakses pas masuk dengan mudah apabila keluar untuk percutian akhir tahun. Google Wallet membantu memastikan segala-galanya dilindungi di satu tempat, tidak kira ke mana anda pergi,” katanya dalam satu kenyataan.
Bermula hari ini, pemegang kad CIMB Bank (kad kredit Mastercard), Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (kad debit dan kad kredit Visa serta Mastercard), dan Public Bank (kad kredit dan debit Visa), akan dapat menambahkan kad pada Google Wallet dan membayar menggunakan telefon Android atau peranti Wear OS di mana pembayaran tanpa sentuh diterima.
Pemegang Kad HSBC (kad kredit Visa dan Mastercard) dan HSBC Amanah (kad kredit Visa dan Mastercard) juga akan dapat menambahkan kad mereka pada Google Wallet tidak lama lagi.
Kad-kad bayaran dari Google Wallet dapat digunakan untuk membayar secara dalam talian untuk jenama seperti Airbnb, Al-Ikhsan Sports, Applecrumby, Eat Cake Today, Shopee, atau di mana saja terdapatnya butang Google Pay.
Bagi mereka yang akan bercuti akhir tahun, selain mengetik untuk membayar perjalanan menaiki kereta api ke lapangan terbang, mereka juga boleh menambah pas masuk dari AirAsia dan dalam bulan-bulan akan datang, juga dari Malaysia Airlines.
Dengan pas masuk dalam Google Wallet, mereka akan dimaklumkan mengenai perubahan pada masa berlepas dan perubahan pintu masuk untuk memastikan mereka boleh melalui pintu masuk di lapangan terbang.
Tambahan pula, mereka akan dapat mengetik dan membayar dengan cara yang selamat menggunakan Google Wallet semasa perjalanan ke luar negara, tanpa memerlukan kad fizikal.
Privasi dan keselamatan merupakan asas Google Wallet kerana ia menjamin keselamatan telefon Android dan ia termasuk tokenisasi standard industri.
Apabila menggunakan Google Wallet, urus niaga dibuat menggunakan nombor kad ganti (token), yang khusus kepada peranti dan dikaitkan dengan kod keselamatan dinamik yang berubah dengan setiap transaksi.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Google eWallet ini, anda boleh merujuk pada pautan Google Wallet Bantuan
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Google Wallet ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com