Biasiswa IPTA Zakat Kedah Sesi 2022/2023

Biasiswa IPTA Zakat Kedah Sesi 2022/2023

Biasiswa Pendidikan IPTA Zakat Kedah LZNK Ambilan Oktober 2022/2023

Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Kemasukan Tahun 1 Ambilan Oktober 2022/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah kini menawarkan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK untuk pelajar Tahun 1 yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam.

Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakan mengikut syarat dan jumlah kuota yang ditetapkan.

Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan.

Baca Juga: Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa IPTA Zakat Kedah

Pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 15 Disember 2022.

Artikel Lain: Wang Pendahuluan PTPTN: Semak Kelayakan & Tebus RM1500

Syarat-Syarat Kelayakan Biasiswa IPTA Zakat Kedah

Calon perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Syarat Umum
  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya dua (2) tahun
  • Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin.
  • Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  • Syarat Khusus
  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
  • Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurang-kuragnya Jayyid Jiddan bagi STAM.

Ketahui Juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary Untuk Pelajar Cemerlang

Cara Mohon Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK

  • Layari portal biasiswa di pautan http://biasiswa.zakatkedah.com.my/
  • Daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.
  • Log masuk akaun baharu dan isikan maklumat dengan lengkap dan tepat.
  • Pilih biasiswa yang dipohon dan klik pada butang “Pohon”.
  • Klik pada butang “Hantar”.
  • Anda juga boleh semak maklumat mengenai biasiswa dengan lebih lanjut di pautan berikut :

GARIS PANDUAN BIASISWA PELAJAR IPTA DALAM NEGARA

Dokumen Permohonan Biasiswa IPTA Zakat Kedah Yang Diperlukan

Calon juga perlu muatnaik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Lampiran kad pengenalan ibu/bapa/penjaga 1
  • Lampiran penyata gaji/pencen/pengesahan pendapatan.
  • Lampiran kad pengenalan ibu/penjaga 2
  • Lampiran penyata gaji / pencen/ pengesahan pendapatan
  • Lampiran kad pengenalan/ sijil kelahiran tanggungan ibu bapa/penjaga (termasuk pemohon)
  • Lampiran kelulusan pengajian (PT3/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah)
  • Lampiran surat tawaran / pengesahan pengajian daripada IPT.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak jelas akan ditolak. Status permohonan boleh disemak melalui portal Biasiswa LZNK http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.

DASAR AGIHAN BIASISWA PELAJAR IPTA DALAM NEGARA

1. Lembaga Zakat Negeri Kedah menawarkan Biasiswa Pendidikan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Malaysia

2. Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakkan mengikut syarat dan jumlah kuota ditetapkan.

3. Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.

4. Skim ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.

5. Pelajar yang layak selepas proses saringan diperingkat LZNK akan ditemuduga.

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA DALAM NEGARA) SESI 2022/2023

SYARAT UMUM

1. Pemohon mestilah beragama Islam.

2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurangkurangnya dua (2) Tahun

3. Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin

4. Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja

SYARAT KHUSUS

1. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023.

2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.

3. Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurangkurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa IPTA Zakat Kedah Oktober 2022/2023 LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740.

Alamat : Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Bahagian Pendidikan

Lembaga Zakat Negeri Kedah

Menara Zakat

Jalan Teluk Wan Jah

05200, Alor Setar

Kedah Darul Aman.

Telefon : 047331740

Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

” Zakat Anda Merubah Asnaf “

Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf menyambung pengajian di Universiti Negeri Kedah

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Biasiswa IPTA Zakat Kedah Sesi 2022/2023 ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment