Hadiah Latihan Persekutuan 2022: Semakan Permohonan HLP KPM

Hadiah Latihan Persekutuan 2022: Semakan Permohonan HLP KPM

Pegawai Perkhidamatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dipelawa membuat permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) ambilan Sesi 2022 pada akhir Disember 2021.

Kepada sesiapa yang berkenaan dan berminat untuk mendapatkan hadiah latihan persekutuan ini, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup yang diumumkan.

Baca Juga: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)

Tarikh Semakan Permohonan HLP 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan panggilan temu duga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai 18 Mac 2022 (Jumaat), jam 3.00 petang.

Baca Juga: eGTukar KPM:Semakan & Permohonan Pertukaran PPP Januari 2022

Apa Itu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM)

Kerajaan menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2022/2023.

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

Bidang-bidang yang ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana

B) Peringkat Ph.D

Ketahui Juga: Cara Cetak Sijil SPLKPM:Cara Login & Kemaskini Maklumat

Tarikh Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan HLP KPM

Tarikh permohonan Hadiah Latihan Persekutuan HLP KPM 2022 adalah seperti berikut:

  • Permohonan Dibuka: 24 Disember 2021
  • Permohonan Ditutup: 21 Januari 2022
  • Urusan Temuduga: April 2022

Artikel Lain: Login DELIMa KPM:Portal Online Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah

Program Yang Ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan HLP KPM

Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);

Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);

Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];

Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan

Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

Ketahui Juga: Login EPSA KPM:Cara Login Daftar Kursus KPM (epsa.gov.my)

Cara Permohonan Dan Semakan HLP Hadiah Latihan Persekutuan KPM

Calon – calon yang berminat Hadiah Latihan Persekutuan hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Soalan Lazim Hadiah Latihan Persekutuan

1. Siapa yang layak memohon untuk tawaran program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?

Pelawaan Hadiah Latihan Persekutuan ini hanya meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

2. Saya amat berminat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan HLP namun saya berkhidmat dalam kumpulan sokongan.

Program Hadiah Latihan Persekutuan HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D. Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

3. Antara syarat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan adalah sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama 3 tahun pada tarikh tutup permohonan. Bolehkah tarikh lantikan dikira daripada jawatan/gred/skim lain sebelum jawatan sekarang?

Syarat 3 tahun berkhidmat tidak termasuk jawatan/gred/skim perkhidmatan terdahulu termasuk jawatan kontrak. Selain itu, tempoh perkhidmatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja yang akan diambil kira. 

4. Bolehkah memohon tempat pengajian di Universiti selepas mendapat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan HLP?

Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara. 

5. Sekiranya telah ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan HLP bolehkah bidang pengajian ditukar?

TIDAK DIBENARKAN. Penentuan bidang pengajian adalah berdasarkan keperluan KPM. 

6. Adakah calon wajib lulus terlebih dahulu TOEFL atau IELTS sebelum memohon Hadiah Latihan Persekutuan HLP?

Calon tidak wajib menduduki ujian TOEFL atau IELTS lagi ketika permohonan program HLP ini tetapi calon hendaklah lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 sebelum memulakan pengajian kelak.

7. Adakah ujian TOEFL dan IELTS perlu dipohon sendiri oleh pemohon Hadiah Latihan Persekutuan? Dimana?

Ya. Pemohon boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada MACEE (Malaysian American Commission on Educational Exchange) (http://www.macee.org.my) atau BRITISH COUNCIL (http://britishcouncil.org/malaysia). Semua kos yang terlibat adalah dibawah tanggungan calon sendiri. 

8. Apakah kemudahan dan elaun-elaun yang disediakan melalui HLP Hadiah Latihan Persekutuan ini?

Kadar elaun & kemudahan akan dimaklumkan di dalam surat tawaran kepada calon yang berjaya. 

9. Berapakah tempoh penajaan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana?

Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan gantirugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam Perjanjian. 

10. Adakah terdapat sebarang ikatan kontrak sekiranya berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan HLP?

Ya. Tempoh ikatan kontrak tertakluk kepada terma perjanjian yang akan ditandatangani. 

11. Adakah pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM selepas tamat tempoh pengajian?

Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan gantirugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam Perjanjian. 

12. Apakah kesan sekiranya saya menolak tawaran sementara Hadiah Latihan Persekutuan HLP?

Sekiranya tuan/puan menarik diri atau menolak tawaran selepas tempoh yang dibenarkan, tindakan/penalti akan dikenakan. 

13. Bilakah bulan-bulan pembayaran elaun bagi biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan HLP?

Elaun dibawah program Hadiah Latihan Persekutuan HLP akan dibayar secara pukal empat bulan sekali iaitu pada bulan Februari, Jun dan Oktober setiap tahun.

Soalan Lazim Hadiah Latihan Persekutuan PINJAMAN PELAJARAN

1. Saya ingin membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik?

Berikut merupakan kaedah / saluran bayaran balik pinjaman:

a.      Bayaran tunai di kaunter (Bahagian Biasiswa & Pembiayaan, Cyberjaya);

b.      Dokumen Bayaran (Cek Bank / Kiriman Wang / Wang Pos );

c.      Mesin Deposit Tunai (CDM) Bank Islam;

d.      Bayaran secara atas talian (Bank Islam, Affin Bank);

e.      Arahan Potongan Gaji (APG); atau

f.       Pengeluaran KWSP.

2. Saya tidak berkemampuan untuk membayar balik Pinjaman Pelajaran KPM mengikut kadar ansuran bulanan yang telah ditetapkan. Adakah saya layak untuk memohon pengurangan dan bagaimanakah caranya?

Pengurangan ansuran bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan berdasarkan semakan terhadap komitmen kewangan dan pendapatan bulanan peminjam. Peminjam wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

a.       Permohonan secara bertulis  menerusi surat / e-mel Rayuan; dan

b.       Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan jika bekerja; atau

c.       Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu jika tidak bekerja.

3. Saya telah selesai membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat selesai bayar?

Peminjam boleh membuat permohonan melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian iaitu [email protected] dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

a.         Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);

b.         Nombor Kad Pengenalan;

c.         Nombor Telefon Bimbit;

d.         Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan

e.         Maklumat Penjamin (sekiranya ada).

4. Saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman dan mendapati terdapat lebihan bayaran dalam semakan penyata. Bagaimanakah saya hendak menuntut kembali lebihan bayaran tersebut?

Tuntutan lebihan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

a.         Melengkapkan Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7111);

b.         Salinan kad pengenalan;

c.         Salinan penyata maklumat akaun bank; dan

d.         Salinan slip gaji bagi bulan terakhir dengan potongan dan bulan berikutnya tanpa potongan (bagi pemohon yang membuat bayaran melalui potongan gaji).

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha Bahagian

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok 2251

Jalan Usahawan 1, Cyberjaya

63000, Selangor

(u.p.: Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian)

e-mel : [email protected]

5. Saya ingin membuat penyelesaian baki pinjaman saya secara bayaran penuh (full settlement). Bagaimana sekiranya saya berhasrat mendapatkan penyata baki pinjaman saya?

Permohonan boleh dibuat melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian iaitu [email protected] atau melalui talian 03-8321 7100/03–8321 7112/03–8321 7111 dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

a.         Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);

b.         Nombor Kad Pengenalan;

c.         Nombor Telefon Bimbit; dan

d.         Alamat Terkini Surat-Menyurat.

6. Siapakah yang layak untuk memohon penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM dan bagaimanakah caranya?

Penangguhan bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan berdasarkan semakan terhadap komitmen kewangan dan pendapatan bulanan peminjam. Peminjam wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

          a.       Permohonan secara bertulis  menerusi surat / e-mel Rayuan; dan

          b.       Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan jika bekerja; atau

          c.       Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu jika tidak bekerja.

 7. Siapakah yang layak untuk memohon pengurangan bayaran balik Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan bagaimanakah caranya?

PBU hanya diberikan kepada peminjam bagi peminjam yang layak dan memenuhi syarat-syarat pengurangan bayaran balik PBU iaitu:

  • Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.75 dan ke atas;
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan (tanpa pelanjutan);
  • Bergraduat dalam bidang seperti yang ditawarkan;
  • Menerima pinjaman sekurang-kurangnya enam (6) semester;
  • Tiada tindakan tatatertib dikenakan sama ada oleh pihak universiti atau KPM; dan
  • Mengemukakan permohonan PBU dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Notis Bayaran Penuh (NBP).
  • Peminjam yang ingin memohon PBU wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

Borang A/PP: Borang Pengemaskinian Maklumat (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7100/03-8321 7095);

  • Salinan surat tawaran pinjaman KPM;
  • Salinan ijazah; dan
  • Salinan transkrip penuh (Lengkap dengan muka surat 1 dan 2).

Nota: Semua salinan dokumen disahkan oleh Pegawai Gred 41 dan ke atas.

8. Saya menerima surat pemakluman Arahan Potongan Gaji Mandatori daripada KPM. Mengapa saya menerima surat ini dan bagaimanakah potongan ini akan dijalankan?

Surat makluman ini dikeluarkan kepada peminjam yang dikenal pasti belum atau terhenti melakukan bayaran balik pinjaman kepada KPM walaupun telah dinyatakan dalam Perjanjian Pinjaman; dan

Arahan potongan gaji ini dilaksanakan secara berperingkat melalui kerjasama KPM dengan pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Potongan akan dilakukan secara terus melalui JANM di mana Unit Gaji Sekolah/Majikan peminjam tidak terlibat dengan potongan ini.

9. Bagaimana sekiranya saya berhasrat membuat bayaran penuh sebelum Arahan Potongan Gaji Mandatori ini mula dilaksanakan atau ketika potongan gaji telah/sedang dilaksanakan?

Peminjam digalakkan membuat bayaran penuh (full settlement) melalui mana-mana kaedah bayaran balik yang disediakan oleh KPM. Peminjam diwajibkan untuk memaklumkan dan menghantar salinan bukti bayaran dengan kadar segera kepada KPM. Semakan maklumat peminjam akan dihantar kepada JANM bagi peminjam yang telah selesai membuat bayaran balik pinjaman.

Soalan Lazim Hadiah Latihan Persekutuan BIASISWA/CUTI BELAJAR KPM

1. Saya telah menerima Notis Tuntutan Ganti Rugi Mungkir Perjanjian Biasiswa/ Cuti Belajar KPM. Adakah saya boleh memohon untuk mendapatkan pengurangan jumlah bayaran?

Permohonan pengurangan jumlah bayaran tidak dapat dipertimbangkan kerana telah melanggar syarat-syarat perjanjian. Namun begitu, KPM tiada halangan dan bersetuju menimbangkan bayaran tuntutan ganti rugi mungkir perjanjian cuti belajar dibuat secara ansuran.

2. Bagaimanakah cara jika saya ingin membuat semakan ikatan kontrak ke atas Perjanjian Biasiswa/Cuti Belajar KPM?

Pemegang kontrak perlu mengemukakan maklumat seperti berikut:

  • Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);
  • Nombor Kad Pengenalan;
  • Nombor Telefon Bimbit;
  • Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan
  • Kenyataan Buku Perkhidmatan.

Maklumat tersebut boleh dikemukakan kepada Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian melalui e-mel iaitu [email protected] atau melalui talian 03–8321 7094/03–8321 7092 bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

3. Saya merupakan pelajar pra perkhidmatan/Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima biasiswa/cuti belajar KPM. Apakah kesan sekiranya saya ingin berkhidmat sebagai Pensyarah di IPTA/IPTS selepas tamat belajar atau dalam tempoh ikatan kontrak?

Pemegang kontrak hendaklah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sepertimana yang ditetapkan oleh KPM sebagai penaja. Pemegang kontrak telah dianggap melanggar terma perjanjian dan akan dikenakan tindakan ganti rugi berdasarkan kos perjanjian.

4. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya enggan membayar tuntutan ganti rugi yang dikenakan ke atas saya?

Notis peringatan dan amaran akan dikeluarkan kepada pemecah kontrak dan penjamin-penjamin. Sekiranya masih tiada bayaran atau maklum balas diterima, tindakan undang-undang dan kebankrapan akan dikenakan ke atas pemecah kontrak dan penjamin-penjamin.

5. Sekiranya saya menyelesaikan tuntutan ganti rugi secara bayaran penuh (full settlement), adakah saya layak untuk menerima sebarang pengurangan jumlah tuntutan (rebat)?

Tiada pengurangan jumlah tuntutan akan diberi jika pemecah kontrak membuat bayaran penuh kerana jumlah tuntutan adalah berdasarkan kos perjanjian yang telah ditandatangani antara KPM dan pemecah kontrak.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman/ Tuntutan Ganti Rugi/ Elaun Terlebih Bayar (ETB)

1. Saya merupakan salah seorang peminjam/ pemecah kontrak/ pembayar ETB yang sedang melaksanakan pembayaran secara ansuran kepada KPT. Bolehkah saya memohon untuk penangguhan bayaran balik pinjaman/ tuntutan ganti rugi/ ETB selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkaitan dengan Penangguhan Pembayaran Semua Jenis Pinjaman?

Jawapan : Dimaklumkan bahawa KPT tidak terlibat di dalam moratorium yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam/ pemecah kontrak/ pembayar ETB ingin memohon penangguhan bayaran, perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan secara bertulis kepada [email protected] Pertimbangan penangguhan tertakluk kepada dasar dan ketetapan semasa yang berkuat kuasa.

2. Saya merupakan salah seorang peminjam/ pemecah kontrak/ pembayar ETB yang sedang melaksanakan pembayaran secara ansuran kepada KPM. Bolehkah saya memohon untuk penangguhan bayaran balik pinjaman/ tuntutan ganti rugi/ ETB selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkaitan dengan Penangguhan Pembayaran Semua Jenis Pinjaman?

Jawapan : Dimaklumkan bahawa KPM tidak terlibat di dalam moratorium yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam/ pemecah kontrak/ pembayar ETB ingin memohon penangguhan bayaran, perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan secara bertulis melalui e-mel kepada [email protected] Pertimbangan penangguhan tertakluk kepada dasar dan ketetapan semasa yang berkuat kuasa.

Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2022

Maklumat lanjut tentang syarat permohonan Hadiah Latihan Persekutuan HLP KPM 2022, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:

Cawangan Penawaran Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan Kementerian Pendidikan MalaysiaAras 1, Blok 2251,Jalan Usahawan 1,63000 CyberjayaSELANGOR

(u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151
E-mel : [email protected]

Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan Hadiah Latihan Persekutuan, sila hubungi :E-mel: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Hadiah Latihan Persekutuan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment