Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)

SEMAKAN & TARIKH PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023/2024 KPM

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my/.

Baca Juga: Permohonan Pinjaman PTPTN:Cara Mohon & Login PTPTN Online

Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024

Syarat untuk pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut:

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

PENDAFTARAN

Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1.

Contoh :

Umur Persekolahan Tahun 1/2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.

Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:

Artikel Lain: Semakan Keputusan Permohonan IPG 2022 Online

Dokumen Yang Diperlukan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut:

  • Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  • Sijil Lahir murid
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  • Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Bagi murid yang ingin memohon biasiswa sekolah boleh baca: Biasiswa Kecil Persekutuan:Permohonan BKP Online

Tarikh Permohonan Pendaftaran

Tarikh permohonan dibuka ditutup serta tarikh rayuan untuk pendaftaran murid tahun1 bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut:

  • Tarikh Permohonan Dibuka : 1 Mac 2022
  • Tarikh Permohonan Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022

Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

Baca Juga: SIP GIG PERKESO:Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

Cara Pendaftaran Online

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
  10. Maklumat murid
  11. Maklumat kesihatan
  12. Maklumat penjaga
  13. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  14. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  15. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  16. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  17. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  18. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran murid tahun1 cara memohon anda boleh klik link di bawah:

*Rujuk & muat turun Manual Pengguna Pendaftaran Tahun 1 KPM.

Cara Daftar Tahun 1

Baca Juga: TERKINI:Tarikh Dan Cara Kemaskini BKM Bantuan Keluarga Malaysia

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2022, sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022.

Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah:

Tarikh Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024
Tarikh Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024

Terlupa Kata Laluan Pendaftaran Tahun 1

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi sesi 2023/2024 ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment