Jadual UPKK 2022: Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA

Jadual UPKK 2022: Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022 akan diadakan bermula 9 Mei 2022 bagi penilaian amali dan lisan, manakala bermula 14 November bagi ujian bertulis.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penialaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Apakah UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu

  1. Amali Solat
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  3. Tilawah Al-Quran
  4. Pelajaran Jawi dan Khat
  5. Sirah
  6. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  7. Adab (Akhlak Islamiah)
  8. Lughah Al-Quran

Syarat Kelayakan Menduduki UPKK

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Bentuk Penilaian UPKK 2022

  1. Bentuk Lisan : Al-Quran
  2. Bentuk Amali : Amali Solat
  3. Bentuk Lisan & Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam
  4. Bentuk Penulisan :
  5. Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
  6. Sirah
  7. Adab (Akhlak Islamiyah)
  8. Jawi dan Khat
  9. Asas Lughatul Quran

Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

Jadual UPKK 2022

Berikut dikongsikan jadual UPKK 2022 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.

Jadual UPKK 2022

Jadual UPKK 2022 Amali : 9 Mei hingga 30 September 2022

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Jadual UPKK 2022 Lisan : 10 hingga 31 Oktober 2022

  • Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
  • Hafazan
  • Tafsir

Jadual UPKK 2022 Ujian Bertulis : 14 November hingga 17 November 2022

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab
  • Lughatul Quran

Berikut adalah kenyataan rasmi Jadual UPKK 2022 oleh JAKIM: https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/366603575510619

Format Baru UPKK MPKAFA

MPKAFA ini terdiri dari dua bahagian iaitu Bahagian A yang merupakan kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA Jakim bermula dari Tahun Tiga hingga Lima dengan 75 peratus markah diperuntukkan.

“Bahagian B pula merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon dengan markah yang diperuntukkan adalah 25 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam tempoh penilaian terbabit, PdPR bagi murid Tahun Lima dan Enam hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA sahaja.

Aktiviti penilaian bersepadu ini melibatkan semua guru di setiap premis KAFA dan boleh dilaksanakan sama ada secara dalam talian, luar talian dan ‘off-site’

Cara Muat Turun Dokumen MPKAFA

Dokumen MPKAFA boleh dimuat turun oleh penilai yang akan dilantik melalui portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Jakim pada 8 hingga 10 November 2021

Anda boleh klik di pautan ini : https://simpeni.islam.gov.my/

Tarikh Penting Jadual UPKK MPKAFA 2022

Semua maklumat di dalam Portal SIMPENI hendaklah sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan sekolah melalui Guru Data yang dilantik.

Berikut dikongsikan Jadual Pengurusan Pelaksanaan UPKK bagi Tahun 2022 untuk makluman guru, ibu bapa dan pelajar.

Semak Jadual UPKK 2022 di sini: jadual_pengurusan_upkk2022Download

Format Baru UPKK Secara Penilaian Penuh

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 dan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya dari aspek keselamatan murid dan tenaga pengajar KAFA.

Sehubungan itu, format baru UPKK akan diperkenalkan bagi menggantikan ujian bertulis, iaitu MPKAFA.

Format Pemarkahan Kelas KAFA (MPKAFA)

Terdapat 2 bahagian yang akan dinilai.

Bahagian A : 75 markah

Bahagian B : 25 markah

Cara Penilaian MPKAFA Bahagian A (75%)

  • Penilaian 5 subjek.
  • Guru-guru sekolah anak-anak yang akan menilai MPKAFA mengikut silibus dari tahun 3 sehingga tahun 5 (seperti telah dipelajari).
  • Semua soalan akan diselaraskan 1 malaysia .
  • Penyelia akan memantau guru-guru yang menilai.

Cara Penilaian MPKAFA Bahagian B (25%)

  • Dinilai sepanjang tempoh PDPR yang telah dijalankan.
  • Nilaian 25% ini dibahagi kepada 3;
  • Nilai dan sahsiah 5%
  • Kehadiran PDPR 10%
  • Komitmen dan hasil kerja murid 10%
  • Keseluruhan adalah 100 markah.

*Sijil tetap akan dikeluarkan sama seperti UPKK sebelum ini.

Penting:Tanggungjawab & Komitmen IbuBapa Berkaitan MPKAFA

  • Maklum berkenaan silibus MPKAFA (silibus kafa anak-anak dari tahun 3 sehingga tahun 5).
  • Ibu bapa dan anak-anak akan dimaklumkan jadual hari dinilai sebelum bermulanya penilaian subjek.
  • Pastikan ibubapa dan anak-anak boleh dihubungi oleh guru-guru. Sangat penting untuk memudahkan penilaian dibuat.
  • Memantau kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam PDPR.
  • Elakkan risiko pada anak-anak. Jaga kesihatan.

Secara kesimpulan, topik-topik masih sama seperti mana apa yang dipelajari anak-anak untuk persediaan peperiksaan bertulis sebelum ni.

Hanya saja sekarang, ia akan dinilai secara lisan sama seperti lisan Alquran, amali solat dan PCHI.

InsyaAllah jika sudah ulangkaji dan pelajari semua, anak-anak boleh jawab.

Paling penting doa dan sokongan ibu bapa, persediaan anak-anak dan kerjasama dengan guru.

Pengoperasian KAFA Diteruskan Secara PdPR Hingga Takwim Persekolahan 2021 Berakhir

Sementera itu, dimaklumkan bahawa pengoperasian KAFA bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan diteruskan secara PdPR sehingga takwim persekolahan 2021 berakhir.

Peperiksaan UPKK bagi calon Tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November 2021 akan digantikan dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Jadual UPKK 2022

Untuk Maklumat Lanjut dan pertanyaan berkaitan Jadual UPKK 2022 ini anda boleh layari https://www.islam.gov.my/ms/ atau portal SIMPENI di: https://simpeni.islam.gov.my/index.php

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara Jadual UPKK 2022 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment