JPJeBID:Cara Daftar Daftar Login laman Bidaan No Pendaftaran Kenderaan JPJ pjebid.jpj.gov.my
Khusus untuk anda yang ingin membida nombor pendaftaran kenderaan melalui jpjebid.jpj.gov.my, kini anda boleh membida di JPJeBid dengan cepat dan mudah. Kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda mengenai cara daftar JPJeBid terlebih dahulu sebelum dapat melakukan pembidaan melalui jpjebid.jpj.gov.my.
Artikel Lain: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my
Apakah JPJeBid?
Sebagai tambahan, ini serba sedikit mengenai JPJeBid:
- JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
- Sistem JPJeBid ini dilaksanakan pada 15 April 2019.
- Pelaksanaan JPJeBid dijalankan secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran.
- Proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran, dan ketetapan aplikasi & akaun.
- Semua proses di dalam JPJeBid dilakukan sendiri oleh pembida terlibat dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ.
- Kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time di mana-mana sahaja dan tanpa mengira masa.
- Melalui pelaksanaan JPJeBid, pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga dalam talian JPJeBid.
Baca Juga: Temujanji Pejabat Pos Online:Cara Buat Temujanji Urusan JPJ Pos Malaysia
Cara Daftar JPJeBid Secara Online Di Laman Web (jpjebid.jpj.gov.my)
- Berikut merupakan cara daftar JPJeBid melalui laman web JPJ:
- Layari website JPJeBid di sini: https://www.jpjebid.jpj.gov.my.
- Anda akan dibawa ke laman utama Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian JPJeBid.
- Pilih Bahasa Melayu/English untuk digunakan semasa urusan.
- Tekan Daftar Baru.
- Pada laman seterusnya, sila isikan maklumat yang diminta.
- Masukkan Kategori.
- Masukkan Kad Pengenalan.
- Isi Captcha yang diberikan.
- Tekan Semak.
- Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Nama/Nama Syarikat
- Emel
- Sahkan Emel
- ID Pengguna
- No. Telefon
- Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan Baru
- Jika sudah lengkap, tick pada kotak Saya bersetuju dengan Terma dan Syarat.
- Tekan Daftar.
- Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya.
- Anda akan menerima Notis Pemberitahuan yang bertulis: Pendaftaran berjaya. Pautan pengesahan akaun akan dihantar kepada e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 24 jam sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.
- Sila semak e-mel daripada JPJeBID Support.
- Sila ikuti arahan yang diberikan untuk pengaktifan JPJeBid seperti: Sila tekan di sini.
- Anda akan menerima Notis Pemberitahuan yang bertulis: Akaun anda telah disahkan. Sila log masuk untuk mengakses akaun anda!
- Tekan Kembali.
- Sila Log Masuk JPJeBid seperti biasa.
- Selesai.
Artikel Lain: Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
Cara Daftar JPJeBid Menggunakan Aplikasi JPJeBid Mobile App
Selain daftar JPJeBid menggunakan laman web, anda juga boleh cuba cara daftar JPJeBid melalui aplikasi di telefon pintar.
Mari ikuti cara-cara di bawah:
- Sila muat turun aplikasi JPJeBid di Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi JPJeBid di telefon pintar anda.
- Sila tekan JPJeBid Daftar Baru.
- Pilih Kategori.
- Isi No.Kad Pengenalan.
- Masukkan Captcha yang diberikan.
- Tekan Semak.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Tick pada kotak persetujuan.
- Tekan butang Daftar.
- Pendaftaran anda telah berjaya.
- Sila buat pengesahan akaun melalui e-mel yang telah didaftarkan.
- Buka e-mel anda.
- Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada JPJeBID Support.
- Ikuti arahan untuk pengaktifan.
- Sila tekan butang pengesahan yang disediakan.
- Pendaftaran anda telah berjaya.
- Tekan Kembali.
- Log Masuk seperti biasa.
- Tamat.
PERHATIAN
Sekiranya pengesahan tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pendaftaran akan dianggap terbatal dan pendaftaran baru perlu diulang semula.
Cara daftar JPJeBid melalui laman web atau aplikasi adalah sama.
Ketahui Juga: Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan
Cara Guna & Bayar Di Sistem Pembidaan JPJeBid
Di sini kami tunjukkan cara untuk menggunakan dan membuat pembayaran di sistem pembidaan JPJeBid. Cara-caranya adalah seperti di bawah:
- Layari laman web JPJeBid atau buka aplikasi JPJeBid.
- Pada halaman utama JPJeBid, sila pilih Bahasa untuk digunakan terlebih dahulu.
- Tekan Log Masuk JPJeBid.
- Kemudian, anda perlu masukkan ID Pengguna.
- Isikan Kata Laluan JPJeBid.
- Isi Captcha yang diberikan.
- Tekan Log Masuk JPJeBid.
- Laman utama akaun anda akan dipaparkan.
- Jadual Nombor Siri Terbaru akan dipamerkan.
- Tekan Cari Nombor.
- Kemudian, masukkan nombor yang anda mahu pada bahagian Carian Nombor.
- Hasil Carian akan terpapar.
- Sila pilih nombor pendaftaran kenderaan yang anda inginkan.
- Tekan Lagi.
- Maklumat bidaan mengenai nombor pendaftaran pilihan anda akan terpapar seperti:
- Nombor
- Kawasan
- Jenis Nombor
- Tarikh Mula
- Tarikh Tamat
- Bidaan Minima
- Kenaikan Bidaan
- Sekiranya tiada apa-apa masalah, tekan Bida.
- Anda akan dibawa ke laman Bidaan.
- Jika anda setuju dengan notis Anda perlu membayar caj perkhidmatan bagi nombor kenderaan anda sebelum memulakan bidaan. Tekan Teruskan.
- Seterusnya, sila baca notis Terma & Syarat.
- Tekan Setuju.
- Anda akan dibawa ke bahagian Maklumat Pembayaran.
- Sila tick pada bulatan Jenis Kad pilihan anda untuk membuat pembayaran.
- Jika setuju dengan jumlah dan caj perkhidmatan, tekan Hantar.
- Anda akan dibawa ke laman Secure Payment Page.
- Sila lengkapkan semua bahagian maklumat yang diperlukan.
- Tekan Submit.
- Anda akan menerima notis Pembayaran anda telah diterima!
- Tekan Teruskan.
- Anda akan dibawa ke laman Bidaan.
- Anda akan lihat nombor pendaftaran kenderaan yang anda inginkan untuk dibida.
- Sila masukkan jumlah atau harga bidaan anda pada ruangan Bidaan Anda yang telah disediakan.
- Tekan Bida.
- Sila baca Terma & Syarat.
- Tekan Setuju.
- Pada bahagian Maklumat Pembayaran, sila pastikan butiran pembayaran anda tepat.
- Jika tiada masalah, tekan Hantar.
- Anda akan menerima notis confirmation Anda bersetuju membuat bayaran bidaan sebanyak RM bagi nombor siri anda.
- Jika setuju, tekan Setuju.
- Anda akan dibawa ke Secure Payment Page sekali lagi.
- Lengkapkan maklumat yang diminta.
- Tekan Submit.
- Tunggu seketika untuk pemprosesan.
- Anda akan menerima notis Pembayaran anda telah diterima!
- Tekan Kembali.
- Anda akan dibawa ke bahagian Bidaan.
- Maklumat Kedudukan bidaan anda akan terpapar.
- Sila semak maklumat kedudukan bidaan anda dengan kerap.
- Jika bidaan anda pada kedudukan yang rendah, sila naikkan lagi harga bidaan anda dan tekan Bida.
- Selesai.
PERHATIAN
Sekiranya anda tidak dapat membuat pembayaran harga bidaan anda, duit anda akan dikembalikan semula dalam masa 7 hari.
Jika bidaan anda menang, anda akan menerima emel. Sila cetak, muat turun, atau screenshot emel tersebut untuk tujuan rujukan JPJeBid.
Sila membuat pendaftaran nombor kenderaan tersebut dalam masa 12 bulan selepas hari bidaan anda berjaya dimenangi.
Baca Juga: Baucer Free Shipping Shopee&Lazada:Cara Dapatkan Kupon Penghantaran Percuma
Soalan Lazim JPJeBID
1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?
Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid:
i) Individu: Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
iii) Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
iv) Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
v) Bukan warganegara: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.
2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?
Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.
3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?
3.1. Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:
i) Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa
ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:
a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau
b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)
c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
iii) Syarikat Sdn. Bhd:
a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem JPJeBid sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid. Anda juga disarankan menggunakan akaun emel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.
* Pautan pengesahan akan dihantar ke e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 24 jam sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.
3.2. Bukan warganegara/ Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid
4. Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal JPJebid?
Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan menggunakan e-mel jenis Yahoo dan Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem JPJeBid.
5. Bagaimanakah mengenai keselamatan maklumat pengguna sekiranya pendaftaran telah wujud tanpa pengetahuan pengguna yang ingin membuat pendaftaran?
Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di portal JPJeBid adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis dan menghantar sesalinan kepada pihak kami melalui email aduan Portal JPJeBid untuk tindakan selanjutnya.
6. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal JPJeBid?
Sebarang kemaskini maklumat peribadi kecuali nombor telefon tidak boleh dibuat didalam portal JPJeBid tetapi mestilah dibuat di pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.
7. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal JPJeBid?
Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.
8. Apa yang perlu dilakukan jika capaian semasa proses bidaan sering terganggu dan tidak berjalan dengan lancar?
Pengguna disarankan untuk menggunakan komputer/komputer riba dengan rangkaian internet yang stabil.
9. Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?
RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
10. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor kenderaan berlangsung?
Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 5 hari dan tamat pada pukul 2200Hrs pada hari kelima (5). Namun Kerajaan boleh menetapkan atau mengubah tempoh bidaan mengikut kehendak semasa. Pembida boleh merujuk kepada iklan-iklan bidaan yang dikeluarkan oleh JPJ.
Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu pengesahan bidaan pada pihak bank. Hanya transaksi yang berjaya dan selesai pembayaran dalam tempoh bidaan sahaja akan diterima sebagai bidaan yang sah.
* Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.
11. Adakah pembida perlu meletakkan deposit?
Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.
12. Bolehkah pembida menarik balik bidaan?
TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.
13. Adakah pembida akan menerima apa- apa makluman semasa tempoh bidaan?
Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam peti masuk
Sambungan Soalan Lazim
14. Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?
Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.
15. Bagaimana untuk mengetahui keputusan rasmi jika pembida telah menang/gagal bidaan?
Pentadbir sistem akan menghantar keputusan rasmi samada berjaya atau gagal kepada semua pembida melalui e-mel yang didaftarkan dan di peti masuk akaun JPJeBid.
16. Bagaimanakah kaedah pembayaran bidaan dilakukan?
Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.
17. Bolehkan pembida menggunakan lebih dari satu kad kredit / kad debit semasa membuat tambahan bida?
Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit atau kad debit untuk membuat tambahan bidaan.
18. Apa yang berlaku pada bayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?
Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.
19. Apa yang berlaku pada amaun bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?
Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.
20. Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembayaran bidaan sekiranya bidaan pembida tidak berjaya?
Pihak bank akan membuat pembatalan transaksi amaun bidaan yang gagal dalam tempoh 14 hingga 30 hari bekerja selepas keputusan dikeluarkan bergantung kepada polisi pemulangan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).
21. Sekiranya pembida JPJeBid mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembida rujuk?
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).
22. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran kenderaan selepas bidaan berjaya?
Pemenang ataupun mana- mana wakil pemenang hadir ke JPJ dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:
i) Cetakan Surat Keputusan Berjaya Bidaan yang di E-mel
ii) Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat
23. Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?
Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.
24. Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran?
Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
25. Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?
Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis selepas tamat tempoh dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
26. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama?
Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.
27. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?
Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.
28. Boleh atau tidak menggunakan sistem JPJeBid tanpa ada rekod di dalam sistem MySIKAP?
Tidak boleh. Untuk menggunakan sistem JPJeBid, pastikan anda mempunyai rekod di dalam sistem MySIKAP atau daftar MySIKAP JPJ terlebih dahulu.
Baca Juga: Temuduga Online In-Situ TSOI:Panduan Lengkap Pengalaman TSOI SPA9
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut mengenai cara daftar JPJeBid, anda boleh menghubungi pihak JPJ di talian 03-8000 8000
atau menghantar faks ke nombor 03-8881 0194.
Anda juga boleh merujuk bahagian Soalan Lazim yang disediakan oleh pihak JPJ di sini: https://www.jpjebid.jpj.gov.my.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang JPJeBid ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com