Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor Sesi September 2021

Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor Sesi September 2021

Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor Sesi September 2021

Yayasan Selangor adalah dengan ini membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

Yayasan Selangor dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa tawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 telah dibuka dengan rasminya. pinjaman boleh ubah yayasan selangor

Tawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ini dibuka kepada semua rakyat negeri Selangor yang sedang belajar ataupun yang telah menerima tawaran mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pembiayaan yang ditawarkan ini adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah tanpa faedah dikhususkan hanya kepada pemohon dalam kalangan warganegara Malaysia dan rakyat negeri Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan.

Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Semua rakyat negeri Selangor yang berkelayakan adalah dipersilakan untuk memohon tertakluk syarat dan had peruntukan yang ditetapkan.

Berikut dikongsikan info lanjut dan cara permohonan untuk makluman bersama.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor Sesi September 2021

Baca Juga: Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan

Apakah Bantuan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor?

Yayasan Selangor membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara yang memenuhi syarat kelayakan.

Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Syarat Kelayakan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor Sesi September 2021

Baca Juga: Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022

Syarat Kelayakan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor Sesi September 2021

  1. Pemohon Pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon Pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri / Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
  3. Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00
  4. Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
  5. Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.

Tarikh Tawaran Bantuan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor

  • Tawaran ini adalah dibuka untuk permohonan bermula pada 1 September 2021
  • Tawaran ini adalah ditutup untuk permohonan pada 30 September 2021.

Ketahui Juga: Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini

Cara Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021

  1. Pemohon Pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di pautan : Borang Pinjaman Pelajaran YS
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:

Bahagian Pembiayaan Pendidikan

Yayasan Selangor

Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor

No.18A, Persiaran Barat

46000 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Baca Juga: Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Soalan Lazim

1. Adakah pinjaman pelajaran Yayasan Selangor (YS) sama seperti di bawah Pinjaman Pelajaran – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?

TIDAK. YS merupakan satu organisasi yang berasingan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.  YS merupakan satu organisasi berasingan dan sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan. 

2. Bagaimanakan permohonan pinjaman pelajaran YS boleh dibuat?

Permohonan pinjaman pelajaran YS hanya boleh dibuat sekiranya tawaran pinjaman pelajaran telah diiklankan di laman web YS.  Borang permohonan boleh didapati secara muat turun.   Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Pembiayaan Pendidikan sebelum tarikh tutup permohonan.

3. Apakah syarat-syarat kelayakan permohonan pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor?

Syarat kelayakan permohonan seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon/ ibu/ bapa lahir di Negeri Selangor / di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 / yang telah bermastautin di Negeri Selangor lebih 10 tahun dengan mendapat pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK/Ketua Kampung
  • Permohonan daripada keluarga yang berpendapatan per kapita di bawah RM 3,000.00

4. Saya sedang belajar di Semester kedua dan ingin memohon pinjaman pelajaran YS.  Bolehkah saya mendapat pinjaman bermula semester pertama?

TIDAK BOLEH.  Sekiranya anda memohon pada semester kedua,  pinjaman Pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian anda.

5. Berapakah kadar tajaan yang diberikan?

Kadar tajaan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian. Kadar adalah sama bagi Universiti Awam dan Swasta. Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan:

PERINGKAT PENGAJIANKADAR SETAHUN
Sijil Kemahiran (Institusi milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja)RM 4,000.00 – RM 6,000.00
DiplomaRM 2,000.00 – RM 7,000.00
Ijazah Sarjana MudaRM 3,000.00 – RM 8,000.00

6. Saya telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Kemahiran/Diploma dengan mendapat pinjaman pelajaran YS. Sekiranya saya ingin mengikuti pengajian lanjutan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, bolehkah saya memohon pinjaman pelajaran YS?

BOLEH.  Dengan syarat jumlah keseluruhan pinjaman di peringkat Sijil/Diploma dan Ijazah Sarjana Muda tidak melebihi RM40 Ribu.

7. Saya telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Kemahiran/Diploma dengan mendapat pinjaman pelajaran daripada PTPTN. Sekiranya saya ingin mengikuti pengajian lanjutan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, bolehkah saya memohon pinjaman pelajaran YS?

TIDAK BOLEH.  Pinjaman pelajaran YS hanya akan ditawarkan kepada peminjam yang tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian pinjaman pelajaran dengan agensi penajaan.    Peminjam juga tidak menerima sebarang bentuk penajaan dalam bentuk biasiswa atau dermasiswa.

8. Saya telah berhenti/gagal pengajian di IPT dan ingin menyambung semula pengajian pada peringkat yang sama. Adakah saya masih boleh memohon pinjaman pelajaran YS?

BOLEH,  dengan syarat anda telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman yang diterima sebelum ini.

9. Saya ingin mengikuti pengajian pada peringkat Sarjana/Doktor Falsafah (Phd). Bolehkah saya memohon pinjaman pelajaran YS?

TIDAK BOLEH.  YS hanya menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar sehingga ke peringkat Ijazah pertama sahaja.

10. Saya telah mendaat tawaran pengajian di universiti luar negara. Bolehkah saya memohon pinjaman pelajaran YS?

TIDAK BOLEH . Pembiayaan pinjaman pelajaran YS hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam negara sahaja.

11. Bagaimanakah pembayaran kepada peminjam dibuat?

  • Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun secara pengkreditan terus ke akaun peminjam.
  • Adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk membuat semua bayaran yang berkaitan seperti yuran pengajian, asrama dan lain-lain kepada IPT masing-masing.

12. Bolehkah peminjam Pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor menamatkan pembiayaan sekiranya mendapat tajaan lain?

DIBENARKAN. Peminjam perlu membuat permohonan rasmi secara bersurat kepada Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.

13. Bolehkah peminjam menerima 2 tajaan pada satu masa?

TIDAK DIBENARKAN. Pelajar tidak dibenarkan menerima sebarang tajaan lain seperti Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa daripada mana-mana badan penajaan.  Tawaran pinjaman pelajaran hanya diberikan kepada pelajar yang masih tiada sebarang ikatan perjanjian dengan mana-mana badan penajaan.

14. Bolehkah saya meneruskan tajaan sekiranya bertukar kursus / cuti belajar?

Peminjam perlu membuat permohonan bertulis kepada Bahagian Pembiayaan Pendidikan sekiranya bertukar kursus / cuti belajar. Kelulusan pertukaran kursus / cuti belajar (faktor kesihatan / mewakili universiti dalam sesuatu acara) yang menyebabkan ketidakhadiran di dalam sesi pembelajaran hendaklah mendapat kelulusan atau pengesahan daripada institusi berkenaan.  Kelulusan untuk meneruskan/pelanjutan pembiayaan adalah tertakluk kepada pertimbangan Yayasan Selangor.

15. Apakah yang terjadi sekiranya saya tidak membuat permohonan bagi kes di atas?

Peminjam hanya akan dibiayai mengikut jumlah semester pengajian yang terlibat sahaja.   Sebarang pertambahan bilangan semester pengajian atau terdapat sebarang pertambahan dalam kos pengajian tidak akan ditanggung oleh Yayasan Selangor.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor melalui telefon atau email berikut:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat, kaedah dan borang permohonan Pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor, sila layari laman web rasmi Yayasan Selangor di pautan http://yayasanselangor.org.my/.

Untuk maklumat lanjut berkenaan siaran media Pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Selangor di talian 03-76691 118 / 210 / 117, email: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pinjaman pelajaran boleh ubah Yayasan Selangor ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment