Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan

Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan

Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan

Cara Memohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan Khas untuk Penjawat Awam (Persekutuan)

Tahukah anda, penjawat awam termasuk guru dan polis boleh membuat pinjaman kerajaan untuk membeli kenderaan bagi kegunaan persendirian.

Di sini kami kongsikan maklumat yang berkaitan dengan skim yang dimaksudkan itu.

Pegawai-pegawai yang layak memohon pinjaman kenderaan ialah pegawai-pegawai yang berjawatan tetap dan pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak. Pinjaman adalah bagi membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai yang sesungguhnya memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna. Bagi tujuan ini, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan syarat ini dipatuhi dengan sepenuhnya.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak memohon pinjaman kereta adalah Pegawai yang berjawatan tetap dan sesungguhnya memerlukan kereta untuk menjalankan tugas rasmi. Mereka yang bergaji pokok tidak kurang daripada RM1,620.00 dan memegang jawatan penting seperti Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum dan Warden Asrama layak memohon.

Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan

Baca Juga: Semak Elaun JPA Online:Login MySelf Portal Semakan JPA

Apakah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam?

Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat awam adalah pinjaman bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap atau kontrak.

Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

Pinjaman kepada pegawai yang masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak hendaklah dijamin oleh dua (2) orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya. Bagi perkhidmatan polis, pinjaman hendaklah dijamin oleh dua (2) orang pegawai dari Inspektor ke atas atau dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan dari Gred 27 ke atas yang telah disahkan dalam jawatannya

Baca Juga: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my

Had Kelayakan Pinjaman Kenderaan Kerajaan Penjawat Awam

Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan dan had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan adalah mengikut kategori berikut;

JawatanHad Pinjaman (RM)
Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara70,000
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis65,000
Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah55,000
  • Pembelian motosikal RM 10,000
  • Pembelian Motobot RM 4,000
  • Pembelian enjin motobot RM 3,500
  • Pembelian bot RM 700
  • Pembelian basikal RM 500

Ketahui Juga: Baucer Free Shipping Shopee&Lazada:Cara Dapatkan Kupon Penghantaran Percuma

Syarat-syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan Penjawat Awam

Syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah;

  • membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
  • memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  • jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  • jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  • pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta
  • mempunyai lesen memandu yang sah

Baca Juga: Temujanji Pejabat Pos Online:Cara Buat Temujanji Urusan JPJ Pos Malaysia

Maklumat Penting Pinjaman Kenderaan Kerajaan Penjawat Awam

Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut.

Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur.

Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang.

Misalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-

  • Jika RM65,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.
  • Jika RM55,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.

Artikel Lain: Mohon Sijil Peperiksaan Baru:Cara Permohonan Sijil Pelajaran Baru Rosak/Hilang

Pinjaman Kenderaan Kerajaan Kali Kedua

Pinjaman kenderaan kali kedua dan seterusnya kepada pegawai adalah dibenarkan setelah genap tempoh lima (5) tahun dari tarikh kelulusan dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya.

Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pegawai yang meluluskan pinjaman. Salinan kelulusan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau Pejabat Pembayar yang berkenaan.

Baca Juga: BKC 2021: Semakan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid-19

Borang Permohonan Pinjaman Kenderaan Kerajaan Penjawat Awam

Untuk membuat permohonan pinjaman kenderaan kerajaan untuk penjawat awam anda perlu mengisi borang permohonan. Muat turun borang permohonan pinjaman kenderaan kerajaan untuk penjawat awam di: Borang permohonan pinjaman kenderaan kerajaan penjawat awam

Baca Juga: Daftar SSM Online:Cara Pendaftaran Perniagaan Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut serta Borang Permohonan, pemohon boleh merujuk kepada portal Pekeliling Perbendaharaan di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan pinjaman kenderaan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment