Manifesto PH PRU15 : Tawaran Pakatan Harapan

Manifesto PH PRU 15: Tawaran Pakatan Harapan

Tawaran Pakatan Harapan PRU15 dalam Manifesto PH 2022

Pakatan Harapan (PH) memberi 10 tawaran utama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan.

Tawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah serta menyediakan negara untuk mendepani pelbagai cabaran masa depan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tawaran Pakatan Harapan atau Manifesto PH PRU15.

Baca Juga:

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15

HARAPAN berazam untuk membina semula Malaysia setelah dibelenggu pelbagai krisis termasuk kemelut kesihatan, pekerjaan, makanan, dan pendidikan.

Selama lebih 30 bulan pentadbiran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, kepincangan dasar dan kepimpinan mereka telah membebankan rakyat, mengabaikan cabaran generasi yang tercicir (lost generation) sementara kesenjangan masyarakat, dan krisis iklim kian meruncing. Manifesto PH PRU15

Visi HARAPAN adalah untuk membangunkan Malaysia yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan (MADANI).

Tawaran HARAPAN menggariskan tekad PH dalam menggembleng tenaga sesama penggerak perubahan demi melakar masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia bagi mencapai tiga matlamat berikut:

  • Kita Boleh Menjamin Kesejahteraan Rakyat – Menjana pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan demi kesejahteraan yang holistik buat rakyat.
  • Kita Boleh Mewujudkan Pentadbiran Beramanah – Memulihkan keyakinan dan mewujudkan kepercayaan yang menyeluruh antara rakyat dengan kerajaan.
  • Kita Boleh Mempersiap Negara untuk Masa Hadapan – Memperkasa rakyat untuk menghadapi cabaran perubahan iklim, perpaduan kaum, reformasi pendidikan serta kerancakan daya cipta

Senarai Penuh Tawaran Tawaran Pakatan Harapan MANIFESTO PH PRU15

Senarai penuh tawaran Pakatan Harapan atau MANIFESTO PH PRU15 boleh dilihat pada pada pautan berikut:

Kita-Boleh-Tawaran-HARAPAN-PRU15Download

10 Keutamaan MANIFESTO PH Tawaran Pakatan Harapan PRU15

Berikut 10 keutamaan Tawaran Harapan PRU15 yang diumumkan oleh PH :

  1. Tangani isu kos sara hidup
  2. Perangi Rasuah dan Kukuhkan Institusi Demokrasi
  3. Perkasa Peluang Ekonomi Belia dengan Terokai Sektor Manusiawi
  4. Selamatkan generasi tercicir dalam pendidikan
  5. Bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan
  6. Tangani isu doktor kontrak
  7. Hapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosioekonomi wanita
  8. Perkasa wilayah Sabah dan Sarawak
  9. Tingkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia
  10. Pelihara khazanah alam demi anak cucu kita

MANIFESTO PH PRU15

Manifesto PH PRU15 Hapuskan Kartel

Kita boleh menghapuskan kartel dalam sektor bahan makanan dankeperluan asas bagi menggalakkan persaingan dan membasmi kegiatan kaut keuntungan melampau (profiteering). Tanpa kartel, peluang juga dapat diwujudkan untuk usahawan baharu menceburkan diri dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas.

Bekalan Cukup

Mewujudkan kerjasama dengan pihak pembekal supaya bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi. Usaha ini perlu terutama sekali ketika musim perayaan di mana isu kehabisan bekalan sentiasa menjadi punca kepada kenaikan harga barangan.

Insentif Tingkat Pengeluaran

Memberikan insentif yang secukupnya untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan keperluan asas supaya tekanan kenaikan harga boleh dikurangkan dalam jangka masa panjang. Lebih pengeluaran bermakna harga dapat dikurangkan.

Mengkaji Semula Konsesi Lebuhraya

Kerajaan HARAPAN telah menunjukkan komitmen dengan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik, dengan pencapaian pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2). HARAPAN bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS kepada milik awam.

MANIFESTO PH SEKURITI MAKANAN PRU15

Reformasi Tanah Pertanian

Kita boleh melaksanakan reformasi tanah pertanian melalui Majlis Tanah Negara dengan kerjasama kerajaan negeri untuk memudahkan petani dan penternak memohon atau memajak tanah untuk tujuan pertanian atau penternakan.

Pertanian Moden Dan Pintar

Meningkatkan dan menggalakkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian menerusi geran atau pinjaman mudah. Memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor pertanian dan agromakanan serta meningkatkan pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan.

Malaysia Sebagai Negara Eksport Pertanian

Mengenal pasti beberapa produk pertanian yang berpotensi untuk dimajukan untuk pasaran eksport demi meningkatkan pendapatan para petani. Kita akan berusaha memperluaskan pasaran global untuk produk pertanian Malaysia.

Menarik Pelaburan dan Agropreneur Muda

Memudahcara pelepasan cukai untuk pelaburan dalam sektor pertanian sama ada syarikat atau petani kecil. Memperkasa Program Agropreneur Muda dan program padanan bakat antara industri dan anak muda yang berminat berkecimpung dalam sektor pertanian moden.

MANIFESTO PH KEBAJIKAN KAUM PETANI, NELAYAN DAN PENTERNAK PRU15

Kita boleh memperluas jaringan keselamatan sosial semua petani, nelayan dan penternak secara berperingkat dalam lima tahun.

Mengalihkan subsidi “input” ke subsidi “output” secara berperingkat demi menggalakkan peningkatan pengeluaran. HARAPAN akan meningkatkan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan.

Kad Subsidi atau e-wallet akan diperkenalkan untuk memberi kebebasan petani membeli input pertanian. Manifesto PH PRU15

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut Manifesto PH PRU15 dan melihat senarai lengkap Manifesto PH melalui Tawaran Harapan PRU15, anda boleh rujuk di web https://kitaboleh.my

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Manifesto PH PRU15 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment