BKM Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Diterima
September lalu, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 telah selesai diberikan kepada penErima yang layak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu telah memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang layak. Tahniah kepada anda yang berjaya.
Seperti yang anda tahu, bayaran BKM akan melalui 4 fasa bayaran, dan pada Disember nanti bayaran Fasa keempat akan dilaksanakan. Berapa kadar dan jumlah bayaran yang diberikan?
Berikut adalah jadual penuh kadar bayaran yang diterima. Ikuti perkongsian dibawah.
Baca Juga: Bantuan Baitulmal Kamek Sarawak(Permohonan Tabung Baitulmal Sarawak tbs.org.my)
Bantuan Keluarga Malaysia BKM
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Artikel Lain: Geran Agropreneur Muda :Cara Mohon, Jenis Bantuan & Syarat
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Berikut adalah kadar bayaran BKM bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa 4 nanti :
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
Tiada Anak – RM 300
1-2 Anak – RM 600
3-4 Anak – RM 900
Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
Tiada Anak – RM 100
1-2 Anak – RM 200
3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
Tiada Anak – RM 300
1-2 Anak – RM 600
3-4 Anak – RM 900
Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
Tiada Anak – RM 100
1-2 Anak – RM 200
3-4 Anak – RM 300
3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur
Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
1-2 Anak – RM 600
3-4 Anak – RM900
Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
1-2 Anak – RM 200
3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas
Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
RM 150
Baca Juga: Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama) Cara Mohon
Tarikh Bayaran BKM Fasa 4
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran fasa ke-4 akan dilaksanakan pada
Disember 2022.
Tarikh rasmi bayaran belum diketahui lagi.
Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.
Baca Juga: Permohonan BKSS 9.0 :Perlu Daftar Atau Tidak? bkss.sarawak.gov.my
Cara Semak BKM Fasa 4
Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
- Layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik semakan Status
- Paparan kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai Tarikh Bayaran BKM Bantuan Keluarga Malaysia fasa 4, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.
Selain BKM, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini. Rujuk di sini: https://budget.mof.gov.my/ms/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang BKM Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com