MySejahtera 2.0: Fungsi Baru & Cara Kemaskini Rekod Imunisasi

MySejahtera 2.0: Fungsi Baru & Cara Kemaskini Rekod Imunisasi

Aplikasi MySejahtera 2.0 kini tampil dengan beberapa ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memantau maklumat kesihatan individu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk makluman bersama.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In

Apakah MySejahtera 2.0?

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan orang ramai untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi menggunakan pelbagai perubahan baharu di apps tersebut.

Antaranya, segala rekod vaksinasi COVID-19 pengguna akan diletakkan di bahagian bawah aplikasi dan tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama.

Sebaliknya, butiran tersebut kini telah diasingkan menerusi ruangan lain di aplikasi MySejahtera.

Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera 2.0.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini termasuk kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya dapat dilihat di MySejahtera selepas bayi yang baru lahir diberi suntikan imunisasi Bacilus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Buat masa ini, hanya rekod imunisasi untuk bayi yang lahir selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Baca Juga: Sijil Digital Vaksinasi:Semakan, Download Sijil MySejahtera & Juga Bukti Manual Vaksin

Tarikh Kemaskini Ciri Baharu

Tarikh untuk anda boleh mula mengemaskini kini aplikasi MySejahtera 2.0 anda adalah bermula pada 16 Julai 2022 untuk mendapatkan ciri-ciri terbaru ini.

Baca Juga: Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

Lupa Kata Laluan MySejahtera

Langkah-langkah sekiranya anda lupa kata laluan:-

 1. Buka aplikasi MySejahtera 2.0 anda.

2. Klik pada LUPA KATA LALUAN

3. Masukkan MySejahtera 2.0 ID anda sama ada email atau nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini.

4. Untuk nombor telefon,masukkan kod negara yang betul

5. Untuk Malaysia,bermula dengan 6 sebelum memasukkan nombor telefon anda.

6. Kemudian klik SAYA BUKAN ROBOT

7. Jawab soalan dan ikut arahan yang diberikan

8. Setelah selesai,tekan HANTAR

9. Apabila berjaya,anda akan menerima notifikasi melalui email atau nombor telefon yang telah didaftarkan.

10. Semak email atau sms dan tekan link yang diberikan.

11. Bagi pengguna email, pastikan anda menyemak di Recycle Bin juga.

12. Masukkan kata laluan anda yang baru dan masukkan lagi sekali untuk pengesahan

13. Tekan SET SEMULA KATA LALUAN

14. Anda akan menerima notifikasi BERJAYA apabila kata laluan anda berjaya di set semula

15. Anda boleh menggunakan kata laluan anda yang baru untuk log masuk akaun

Cara Kemaskini Rekod Keputusan Ujian Kendiri Keputusan Covid-19

Langkah-langkah sekiranya untuk Kemas Kini Keputusan Ujian:-

1. Buka aplikasi MySejahtera 2.0 dan pilih Lapor Kendiri COVID-19

2. Pilih Kemaskini Keputusan Positif COVID-19

3. Pilih Kemaskini untuk nama

4. Tekan MULA

5. Jawab semua soalan dengan tepat

6. Muat naik keputusan di soalan 4

7. Setelah selesai mengisi semua jawapan, tekan HANTAR

8. Tekan OK jika pasti

9. Tekan MUAT SEMULA untuk lihat Home Surveillance Order (HSO) yang akan diberikan dalam tempoh 12 jam jika anda melaporkan keputusan positif

10. Patuhi arahan kuarantin mengikut HSO

Kenyataan Media MySejahtera 2.0

KUALA LUMPUR : Aplikasi MySejahtera kini tampil dengan beberapa ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memantau maklumat kesihatan individu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini termasuk kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit.

“Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera 2.0. Kemas kini aplikasi anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini,” katanya menerusi hantaran beliau di Twitter pada Sabtu.

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), perubahan baharu tersebut juga tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama.

Sebaliknya, butiran tersebut kini telah diasingkan menerusi ruangan lain di aplikasi MySejahtera 2.0.

Maklumat Lanjut Berkaitan MySejahtera 2.0

Untuk maklumat lanjut berkaitan MySejahtera 2.0, sila rujuk laman web MySejahtera di pautan berikut : https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/

Jika anda mempunyai soalan anda juga boleh mengadukan soalan di: https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/ms/support/home

Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan MySejahtera 2.0 ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment