Peraturan Cermin Gelap JPJ TERKINI
Ingin mengetahui syarat dan peraturan terbaru cermin gelap JPJ?
Antara isu yang sering dibangkitkan saban tahun oleh pemilik kenderaan terhadap pihak Jabatan Pengangkutan Jalan adalah peraturan cermin gelap di kenderaan mereka.
Isu Peraturan Cermin Gelap JPJ ini mendapat perhatian memandangkan pemilik kenderaan yang secara suka hati memasang cermin gelap di kenderaan peribadi mereka boleh dikompaun oleh pihak JPJ.
Selain itu, kadang-kala pihak JPJ membuat pemindaan terhadap undang-undang cermin gelap di kenderaan ini berdasarakan keperluan mereka dan berikut merupakan perkembangan terbaru mengenai peraturan cermin gelap JPJ.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Kadar ketelusan dan peraturan cermin gelap JPJ 2022 terkini, ini harga saman yang perlu anda bayar jika ingkar Peraturan Cermin Gelap JPJ.
Ramai pasang cermin warna lebih gelap. Dengan harapan dapat mengurangkan haba panas yang terkumpul dalam kereta ketika parking di kawasan panas. Ini berita baik untuk anda. Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengeluarkan satu garis panduan terbaru Peraturan Cermin Gelap JPJ.
Walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk daripada Polis Diraja Malaysia PDRM dan kalangan sesetengah ‘pakar’, pihak kementerian pengangkutan bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ nekad untuk meneruskan kemaskini garis panduan dan peraturan baru cermin gelap jpj ini.
Mereka merasakan peraturan cermin gelap terkini ini mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk hasrat kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan yang mahu menjana pendapatan tambahan melalui peraturan baru ini.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum anda berhajat untuk pasang di kereta anda tanpa melanggar undang undang yang telah ditetapkan baru baru ini.
Baca Juga: JPJeBID:Cara Daftar Daftar Login laman Bidaan No Pendaftaran Kenderaan JPJ jpjebid.jpj.gov.my
PERATURAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP JPJ (Peraturan Ketelusan Cahaya (VLT))
Mulai 8 Mei 2019 dibenarkan gelap sepenuhnya cermin belakang & cermin sisi penumpang belakang dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cermin pemantul kanan & kiri.
Cermin Depan Kekal 70 %
Cermin sisi bahagian pemandu & cermin sisi penumpang hadapan kekal 50%
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
Baca Juga: Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
Permohonan Menggunakan Cermin Gelap Sepenuhnya
1) Peraturan Cermin Gelap JPJ Jikalau anda memilih untuk hanya ambil cermin warna gelap sepenuhnya di bahagian belakang sahaja, tidak perlu sijil kelulusan cermin.
Ya, sekarang anda boleh gelap sepenuhnya di cermin belakang anda. Dengan harapan kurang panas selepas ini. Insyaallah.
2) Tetapi jikalau anda mahu lebih privasi atas faktor-faktor tertentu, boleh ambil pakej premium yang membenarkan anda memakai cermin warna gelap untuk keseluruhan cermin kereta anda.
PERKARA | PAUTANNYA |
Pakej Biasa | Tiada had limit kadar ketelusan cahaya di cermin belakang sahaja (SUMBER: https://www.jpj.gov.my) |
Pakej VVIP | Tiada had limit kadar ketelusan cahaya di cermin belakang dan cermin hadapan dengan caj RM5000 jika diluluskan |
- Syaratnya, anda perlu bayar RM5 ribu untuk mendapatkan sijil kelulusan cermin dari jpj sebagai kebenaran daripada pihak Jabatan pengangkutan Jalan untuk kegunaan sepanjang tempoh 2 tahun yang telah pun ditetapkan.
- Untuk setiap permohonan yang anda hantar, hanya RM50 dikenakan sebagai caj memprosesan.
- 3) Kepada yang tidak mematuhi peraturan baru bagi kadar ketelusan cermin gelap jpj ini, anda diberikan masa sehingga bulan Ogos ini bagi mengelakkan tindakan undang undang selepas ini.
Mengikuti perkembangan terkini bagi tahun 2022, tidak semua rakyat Malaysia boleh sesuka hati memasang “tinted” di cermin kereta mereka.
Rakyat Malaysia yang bercadang menggunakan cermin tinted di kenderaan mereka perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada pihak JPJ dan berikut merupakan golongan yang layak membuat permohonan ini:
- Permohonan Berasaskan KESIHATAN
- Permohonan Berasaskan KESELAMATAN
Artikel Lain: Pengeluaran Duit ASB Online (Transfer Bank Lain)
Syarat Permohonan Cermin Gelap Berasaskan KESIHATAN
Pemilik kenderaan syarikat atau persendirian yang memohon perlulah menghantar bersama laporan perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan/Swasta
Pemohon perlulah membawa bersama borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
Bagi permohonan jenis ini,Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas mereka.
Baca Juga: Cara Semak No Plat Terkini:Semak & Tempah No Plat Online
Syarat Permohonan Cermin Gelap Permohonan Berasaskan KESELAMATAN
Bagi permohonan jenis ini, pemohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk permohonan:
(i) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat:
- Dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu)
- Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
- Fi Permohonan sebanyak RM 50.00
- Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap
(ii) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan:
- Surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
- Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00) Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00
(iii) Kenderaan milikan kakitangan Kedutaan / Kedutaan:
- Surat permohonan daripada Kedutaan
- Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00
- Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bajet 2022 anda boleh baca: Bajet 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan
Proses permohonan Cermin Gelap JPJ
- Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) – mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ
- Permohonan akan disemak satu jawatankuasa kahas
- Surat keputusan akan dikeluarkan
- Setelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ.
Nota: Bagi urusan permohonan cermin gelap JPJ di pejabat JPJ, pastikan anda mendapatkan nombor giliran menggunakan JPJEQ bagi memudahkan urusan.
Maklumat berkaitan TNB online semakan bil: myTNB: Semak & Bayar Bil TNB Online Melalui myTNB
Kadar Saman Cermin Gelap Jpj
Ok. Baik. Tempoh pelepasan sudah pun berakhir. Ini waktu untuk mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Jika tidak mengikut Peraturan Cermin Gelap JPJ….Ini akibatnya
Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ memberikan amaran kepada sesiapa yang masih lagi ingkar, mereka sama sekali tidak akan bertolak ansur dan berkompromi.
1) Peraturan Cermin Gelap JPJ Jika kereta anda masih tidak ikut spesifikasi, tetapi dipandu oleh orang lain pada masa kena tahan, anda sebagai pemilik juga akan dikenakan saman cermin. HATI-HATI!
Maknanya, pemandu yang pinjam kereta anda – MAKSIMUM 3 saman
Peraturan Cermin Gelap JPJ Anda sebagai pemilih kereta tersebut – MAKSIMUM 3 saman
2) Untuk setiap kereta, ada 3 saman menunggu anda. Saman cermin hadapan, saman cermin pintu pemandu dan juga saman penumpang hadapan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk perubahan atau maklumat lanjut berkaitan peraturan peratusan cermin gelap JPJ terkini anda boleh melayari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Peraturan Cermin Gelap JPJ ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com