Pengeluaran Duit ASB Online (Transfer Ke Mana-mana Bank Lain)
Cara Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah
Cara Keluarkan Duit ASB Online (Transfer Ke Mana-mana Bank Lain)
Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB.
Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!
Duit ASB dah boleh keluar secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.
Jom kami kongsikan cara Pengeluaran Duit ASB Online.
Artikel Lain: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my
Pengeluaran myASNB Secara Dalam Talian
Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.
Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.
Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.
Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!
Sila rujuk:
Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter
Pengeluaran Duit ASB Online
Baca Juga; Baucer Free Shipping Shopee&Lazada:Cara Dapatkan Kupon Penghantaran Percuma
Cara Pengeluaran Duit ASB Online
Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.
Jika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen
Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:
- Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
- Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
- Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
- Pilih “Seterusnya”.
- Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
- Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
- Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
- Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.
Artikel Lain; Cara Tukar Had/Limit Akaun online (Maybank2u Cimb Click i-Rakyat MyBsn RHB Online PBeBank)
Cara Transfer Duit ASB Online
Keluarkan duit asb
- Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/
- Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik
- Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.
- Tindakan kotak kecil dan klik Seterusnya.
- Pilih amaun > Klik Seterusnya
- Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.
- Klik Permintaan TAC > Seterusnya
SELESAI!
Artikel Lain: Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan
Had Maksimum Pengeluaran Duit ASB Online
- Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM1000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
- Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
- Pengeluaran boleh dibuat maksima 3 kali setiap bulan.
- Jumlah minimum setiap pengeluaran RM100.
- Anda boleh menjual balik berulang kali dalam talian pada hari yang sama tetapi tertakluk kepada jumlah had maksimum dan had bilangan urus niaga yang dibenarkan. Pengeluaran Duit ASB Online
Tempoh Pemindahan Transfer Duit ASB Masuk Bank
- Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.
- Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
- Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
- Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
- Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
- Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.
- Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.
- Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.
Baca Juga: Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Pengeluaran Duit ASB Online, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php
Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad
Hotline ASNB: 03-7730 8899
Share laju-laju Pengeluaran Duit ASB Online ini. Ramai yang belum tahu!
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pengeluaran Duit ASB Online ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com