PKSK 2022:Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022
Perhatian kepada murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 tahun 2021 yang ingin membuat permohonan sekolah khusus PKSK 2022. Pelanjutan tarikh permohonan kemasukan murid dan tarikh semakan pusat bagi Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) Kementerian Pendidikan Tahun 2022.
bACA jUGA: Soalan PKSK 2021: Soalan Dan Jawapan Terbaik PKSK.
Semakan Pusat PKSK
Semakan pusat PKSK boleh dibuat melalui URL berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 KV: https://spskt4.moe.gov.my/
Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah baharu bagi permohonan sekolah khusus PKSK melalui single-entry point. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah perkongsian berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2022 termasuk semakan PKSK Online.
Untuk makluman, Sekolah Khusus KPM adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menempatkan diri di salah satu Sekolah Khusus KPM hendaklah memohon melalui cara-cara permohonan yang dikongsikan di bawah. Tambahan pula, satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat pada Oktober 2020 digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Baca Juga: Cara Login Google Classroom: Cara Log Masuk Mudah Beserta Gambar
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 PKSK Online
KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem inimelibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.
TERKINI: KPM telah mengadakan sidang media pada 10 November 2020, mengumumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dipinda pada tarikh 17 hingga 27 Januari 2022 bagi kemasukan Tingkatan 1. Manakala pentaksiran bagi kemasukan Tingkatan 4 ditunda dan dilaksanakan pada 7 hingga 17 Februari 2022. Keputusan pentaksiran bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 17 Mac 2021 dan bagi Tingkatan 4 akan diumumkan pada 15 Mac 2022.
Di bawah adalah maklumat seperti tarikh-tarikh penting dan cara memohon kemasukan ke Sekolah Khusus 2022 PKSK Online serta berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk rujukan semua.
Artikel Lain: Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 (2021)
Tarikh Penting Permohonan & Semakan PKSK 2022
Tarikh permohonan PKSK 2022 dilanjutkan sehingga: 31 Diember 2021
Semakan pusat PKSK boleh di buat mulai: 7 Januari 2022
Tarikh menduduki PKSK 2022:
- Tingkatan 1: 17 hingga 27 Januari 2022
- Tingkatan 4: 7 hingga 17 Februari 2022
Tarikh semakan Keputusan PKSK 2022: 15 Mac 2022
Permohonan rayuan PKSK 2022: 15 hingga 19 Mac 2022
Artikel Lain: Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs:Update Maklumat Diri/ No Telefon DLL
Pautan Borang Online Sekolah Khusus
Seperti yang dinyatakan oleh KPM, pelajar yang ingin membuat permohonanm kemasukan ke Sekolah Khusus KPM bagi ambilan tahun 2022 perlu memohon melalui satu applikasi yang sama seperti di pautan https di bawah:
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 (https spskt1.moe.gov.my)
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 (https spskt4.moe.gov.my)
Semasa membuat permohonan, pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid (sama seperti APDM) dan nombor MyKad penjaga utama yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk memasuki sistem. Hal ini supaya padanan dapat dibuat oleh sistem dengan maklumat murid yang terdapat dalam pangkalan data murid APDM. PKSK 2022
Selain itu, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah sama ada SBP, SMKA, SMT, KV atau MTD, jenis aliran, pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan dan pusat pentaksiran pilihan. Beberapa butiran lain yang perlu didaftarkan bagi memohon dan menduduki PKSK secara berpusat bagi kemasukan Tingkatan 1 2022 serta lepasan pelajar Tingkatan 3 2021 yang layak memohon setelah PT3 dibatalkan. PKSK 2022
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus akan menjalani satu pentaksiran berpusat sebagai proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Berdasarkan kenyataan media oleh KPM, sebanyak 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM.
Baca Juga: MPKAFA: Modul Penilaian Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (Format Baru UPKK)
Format Ujian PKSK
Berikut merupakan format ujian PKSK 2022 untuk rujukan pelajar:
- Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).
- Bahagian A akan dilakukan secara dalam talian menggunakan item objektif aneka pilihan dan mempunyai wajaran skor sebanyak 20%.
- Bahagian B juga akan dilakukan secara dalam talian dan menggunakan item objektif aneka pilihan serta mempunyai wajaran skor 70 %. Bahagian ini mencakupi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.
- Bahagian C pula menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai wajaran skor sebanyak 10%.
- Pelaksanaan PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 & 4
Semakan Pusat PKSK bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat bermula 7 Januari 2022 di sistem permohonan sekolah khusus.
Pelajar diingatkan supaya semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan yang dinyatakan diatas dan patuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semakan status PKSK akan dilaksanakan adalah mustahak kerana tiada ujian ulangan. Di bawah adalah Jadual Sesi Pentaksiran Sekolah Khusus PKSK yang ditetapkan oleh KPM:
Sila bawa bersama kad pengenalan, slip dan alat tulis serta berpakaian seragam sekolah lengkap ketika menghadiri pentaksiran PKSK 2022. Pastikan juga pelajar dalam keadaan sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online.
Semakan Keputusan Sekolah Khusus
Sekiranya pelajar berkelayakan dan terpilih untuk mendapat tempat di salah satu sekolah khusus yang dimohon, pelajar boleh melakukan semakan keputusan permohonan PKSK 2022 di:
Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 1: Bermula 15 Mac 2022
Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 4: Bermula 15 Mac 2022
Tarikh Permohonan Rayuan Sekolah Khusus PKSK
Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan boleh membuat rayuan pada aplikasi yang sama untuk membuat semakan tawaran mengikut tarikh berikut:
- Rayuan permohonan kemasukan PKSK 2022 Tingkatan 1 dibuka pada 15 hingga 19 Mac 2022 tarikh yang telah dikemaskini
- Rayuan permohonan PKSK 2022 kemasukan Tingkatan 4 dibuka pada 15 hingga 19 Mac 2022 tarikh yang telah dikemaskini
Carta Alir Permohonan PKSK KPM 2022
Berikut adalah carta alir permohonan PKSK bagi sesi 2022:
Soalan Lazim (FAQ) PKSK
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point ?
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
5. Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)?
PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.
6. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
7. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
8. Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?
Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).
10. Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon PKSK 2022 boleh mengakses sistem permohonan PKSK 2022 di pautan:
- https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan
- https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut Permohonan Sekolah Khusus PKSK 2022
Bagi mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan sekolah khusus PKSK bagi ambilan tahun 2022 sila rujuk pautan di bawah:
- No. Telefon Bahagian Pengurusan SBP : 03 8217 400
- No. Telefon Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional : 03 8884 5154
- No. Telefon Bahagian Pendidikan Islam : 03 8321 7200
- No. Telefon Unit Pengambilan Dan Promosi MTD : 03 8946 5562/ 5565
Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang PKSK 2022 ini dapat membantu anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com