Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran PICK Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun
Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bagi Remaja Berumur 12 – 17 Tahun (PICK Remaja) Di Portal Vaksin Anakku / MySejahtera
Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.
Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.
Justeru, KKM menyasarkan supaya;
- 60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan
- 80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
- Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pendaftaran vaksin remaja melalui Portal Vaksin Anakku.
Baca Juga: Sijil Digital Vaksinasi:Semakan, Download Sijil MySejahtera & Juga Bukti Manual Vaksin
Cara Daftar Portal Vaksin Anakku Untuk Kanak-kanak & Remaja Bawah 18 Tahun
Semua institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal Portal Vaksin Anakku bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
Rujuk langkah berikut untuk mendaftar:
- Layari vaksinanakku.herokuapp.com
- Daftar sebagai pengguna.
- Login dan isikan maklumat untuk mendapatkan vaksin.
- Ibu bapa / penjaga perlu menyerahkan borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah. (Muat turun borang di bawah)
Manakala bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.
Baca Juga: Cetak Sijil Vaksinasi MySejahtera Covid-19:Print Salinan Untuk Rentas Daerah/Negeri
Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun
Berikut merupakan borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 (untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun) dan surat perwakilan ibu bapa / penjaga kepada individu membawa kanak-kanak menerima vaksin COVID-19.
Baca Juga: Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan
Kesan Sampingan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja
Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting).
Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.
Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;
- Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
- Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
- Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
- Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
- Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
- Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
- Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
- Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.
Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Baca Juga: Pendaftaran Vaksin Covid-19:Cara Datar Penerimaan Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera
Kenyataan Rasmi Portal Vaksin Anakku
Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membangunkan portal pendaftaran institusi iaitu Portal Vaksin-Anak-Ku sebagai langkah awal pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja.
Pada masa sama, satu pasukan Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) ditubuhkan di KKM bagi membuat penetapan dasar dan penyelarasan pelaksanaan pelan vaksinasi remaja.
CITF-A yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada kenyataan berkata, ia juga berperanan mengkoordinasi strategi dan tindakan pelaksanaan di peringkat Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan agensi swasta terbabit.
Ia berkata, semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta diminta mendaftarkan institusi masing-masing di portal terbabit, manakala ibu atau bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera.
Kenyataan itu berkata, proses itu adalah bagi membolehkan remaja mendapatkan sijil vaksinasi digital MySejahtera masing-masing.
“KKM menawarkan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 dan 17 tahun, yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.
“Program ini juga mensasarkan murid di sektor pendidikan swasta, remaja dalam institusi perlindungan dan pemulihan serta remaja dalam komuniti seperti remaja gelandangan, pelarian dan bukan warganegara.
“Jenis vaksin yang akan digunakan adalah Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech. Vaksin itu sudah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya. Portal Vaksin Anakku
CITF-A berkata, dua dos suntikan akan diberikan kepada remaja manakala proses pemberian akan dilakukan melalui beberapa kaedah. Portal Vaksin Anakku
Katanya, kaedah pertama ialah secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual dan pemberian vaksin akan dibuat oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, pengamal perubatan swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perubatan. Portal Vaksin Anakku
“Bagi memudahkan remaja yang akan menduduki peperiksaan utama yang bersekolah di sekolah berasrama penuh atau asrama harian, janji temu vaksin bagi dos pertama akan diberikan di klinik swasta atau sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka, manakala dos kedua akan diberikan di sekolah masing-masing atau di lokasi pemberian dos pertama, sekiranya sekolah mereka belum beroperasi. Portal Vaksin Anakku
“Melalui kaedah kedua, ia khusus untuk remaja dengan komorbid dengan mereka perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka. Portal Vaksin Anakku
Ketiga, bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga, mereka akan diberikan temu janji ke klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya. Portal Vaksin Anakku
CITF-A berkata, ia mensasarkan 60 peratus remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November ini dan 80 peratus remaja mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022. Portal Vaksin Anakku
Katanya, ia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai dan kerjasama daripada semua agensi diperlukan. Portal Vaksin Anakku
Sementara itu, pada kenyataan sama, CITF-A berkata, ia dianggotai pelbagai agensi berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Pendidikan, ProtechHealth dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Portal Vaksin Anakku
Ia turut dianggotai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bahagian Pendidikan MARA, Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen Malaysia. Portal Vaksin Anakku
Artikel lain: Jadual UPKK Terkini Bagi Calon Tahun 2021 & 2020
Maklumat Vaksin COVID-19 Comirnaty (Pfizer-Biontech)
Berikut adalah maklumat vaksin COVID-19 Comirnaty (Pfizer-Biontech) bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun.
Baca Juga: Cara Guna Whatsapp Web Di Komputer / Laptop
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut tentang Portal Vaksin Anakku atau pertanyaan lain berkaitan anda boleh layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/ atau hubungi Talian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu 1-800-888-828
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang portal vaksin Anakku ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com