Cetak Sijil Vaksinasi MySejahtera Covid-19:Print Salinan Untuk Rentas Daerah/Negeri

Cetak Sijil Vaksinasi MySejahtera Covid-19:Print Salinan Untuk Rentas Daerah/Negeri

Berikut perkongsian tentang cara cetak sijil vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera untuk memudahkan anda bawa ke mana-mana sama ada untuk rentas negeri atau daerah ataupun jika diperlukan untuk kegunaan lain.

Cetak sijil vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera ini dilihat perlu sekarang ini kerana beberapa perkara dilihat perlu mengemukakan perakuan vaksinasi terlebih dahulu sebelum anda boleh berurusan.

Kerajaan sudah mula mengumumkan kelonggaran kepada golongan yang sudahpun lengkapkan program vaksin COVID-19. Antaranya adalah kebenaran untuk rentas negeri buat pasangan jarak jauh serta ibu bapa yang ingin melawat anak berusia kurang 18 tahun.

Rakyat lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai & bersukan

Maka tentu sekali ramai yang ingin cetak salinan sijil vaksin mereka untuk dikepilkan bersama-sama borang permohonan. Ini adalah langkah yang paling cekap di telefon untuk lakukannya.

Berikut kami kongsikan cara cetak sijil vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera dengan mudah.

Artikel lain: Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

Apa Itu MySejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Ketahui Juga: Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Kelebihan MySejahtera

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Baca : Pendaftaran Vaksin Covid-19:Cara Datar Penerimaan Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera

Screenshot Kod QR Sijil Digital Covid-19 Cetak Sijil Vaksinasi MySejahtera

Buka APP MySejahtera dan pergi ke ruangan Profil. Kemudian scroll ke bahagian bawah sehingga anda jumpa dengan sijil digital vaksin anda.

Tekan butang Show QR dan anda akan dapati sijil itu akan terkalih ke bahagian belakang. Tangkap layar paparan ini untuk lengkapkan bahagian 1.

Screenshot Kod QR Sijil Digital Covid-19
Screenshot Kod QR Sijil Digital Covid-19

Saya nak ingatkan yang kod QR ini adalah unik dan hanya boleh digunakan sekali untuk lihat sijil. Kalau nak tengok untuk kali kedua, anda perlu “refresh” kod QR dengan tutup APP MySejahtera dan ulang langkah di awal tadi.

Baca Juga: Daftar SSM Online:Cara Pendaftaran Perniagaan Online

Cetak Sijil Vaksinasi Baca Kod QR MySejahtera

Macam-macam APP boleh anda gunakan, tapi gunakan saja apa yang sedia terpasang iaitu Google Photos (Android, iOS). Lancarkan Google Photos dan pergi ke bahagian Library, cari folder Screenshots.

Buka folder Screenshots dan buka gambar screenshot yang anda ambil di bahagian Screenshot Kod QR Sijil Digital Covid-19 tadi.

Cara Cetak Sijil Vaksinasi COVID-19 Aplikasi MySejahtera
Cara Cetak Sijil Vaksinasi COVID-19 Aplikasi MySejahtera

Selang beberapa ketika, akan ada butang Search inside screenshot terpacul. Kalau tiada, tekan butang Lens dibahagian bawah paparan. Google Photos akan membaca kod QR itu dan persembahkan kepada anda URL laman web yang mengandungi sijil digital.

Tekan URL dan anda akan dibawa ke pelayar web.

Baca Juga: Cara Daftar Login MyEG:Check Status Roadtax, Semak Saman Renew Lesen Dll

Cara Cetak Sijil Vaksinasi COVID-19 Aplikasi MySejahtera

Anda akan dibawa kepada pelayar web Chrome secara default. Tekan butang titik 3 bertindih di penjuru kanan dan cari butang Open in Chrome untuk dibawa ke pelayar versi penuh.

Tekan semula butang titik 3 bertindih di penjuru kanan dan cari butang Share.

Cara Cetak Sijil Vaksinasi COVID-19 Aplikasi MySejahtera
Cara Cetak Sijil Vaksinasi COVID-19 Aplikasi MySejahtera

Apabila tetingkap Share keluar, cari butang Print untuk dibawa ke tetingkap untuk mencetak. Ada dua benda anda perlu ubah tetapannya iaitu:

Tukar saiz kertas ke A3

Tukar pencetak kepada Save as PDF

Cara Cetak Sijil Vaksinasi COVID-19 Aplikasi MySejahtera
Cara Cetak Sijil Vaksinasi COVID-19 Aplikasi MySejahtera

Macam biasa, beri nama kepada fail PDF yang akan disimpan. Bila dah simpan, cari semula file PDF gunakan APP File Explorer anda.

Dah ada fail PDF, ada macam-macam boleh anda buat dengannya seperti cetak kedalam sijil fizikal ataupun simpan untuk rujukan kelak atau cetak sijil vaksinasi MySejahtera.

Selesai.

Baca Juga: Renew Lesen Memandu MyEG Online:Cara Renew Kaedah Bayaran & Harga Lesen

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang cara cetak sijil vaksinasi Covid-19 atau pertanyaan lain berkaitan anda boleh layari bantuan MySejahtera di: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/registration/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara cetak sijil vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment