SABAH PAY:Cara Daftar Serta Guna SABAH PAY (Lupa Kata Laluan)
SABAH PAY
Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk datang membawa tubuh badan ke kaunter. Anda boleh bayar bil air secara online dengan menggunakan aplikasi @ apps Sabah Pay.
Adakan anda telah daftar SabahPay?Berikut adalah perkongsian tentang cara daftar,register & login SabahPay.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan SABAH PAY cara guna serta maklumat lain berkaitan.
Apa Itu SABAH PAY
Aplikasi SabahPay itu dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd. SabahPay adalah inisiatif sebagai salah satu tindakan strategik untuk mendigitalkan ekonomi negeri Sarawak.
Aplikasi ini membolehkan anda menyimpan wang anda secara digital (e-wallet), membuat pembayaran, memindahkan wang, menerima wang secara digital, dan mempunyai fungsi pintar seperti bil perpecahan (split bill), meminta pembayaran dari rakan, melihat sejarah transaksi, membayar utiliti dan bil majlis tempatan dan banyak lagi.
Cara Daftar Akaun SABAH PAY
Di sini kami akan menunjukkan langkah-langkah untuk anda mendaftar secara dalam talian menggunakan SabahPay:
- Muat turun(download) Aplikasi SabahPay seperti di bawah:
- Pengguna android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.scc.sabah.pay
- Pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/sabah-pay/id1497668220
- Buka aplikasi SabahPay. Klik Register
- Masukkan no telefon yang aktif
- Masukkan maklumat butir-butir diri anda
- Masukkan Password yang anda inginkan, sahkan sekali lagi.
- Tick pada Terms & Condition.
- Anda akan menerima kod yang dari nombor telefon yang anda berikan semasa mengisi butiran tadi. Masukkan kod tersebut.
- Pendaftaran anda telah selesai.
Cara Login Aplikasi SABAH PAY
Pastikan anda telah selesai membuat proses pendaftaran seperti di atas.Berikut adalah cara login SabahPay:
- Buka APLIKASI SabahPay
- Masukkan NO TELEFON anda
- Masukkan PASSWORD anda
- Tekan Login
- Anda telah berjaya Log mauk
Cara Pembayaran Aplikasi SABAH PAY
Setelah anda berjaya Log Masuk berikut adalah cara membuat pembayaran SabahPay:
- Buka balik APLIKASI SabahPay anda
- Pergi ke bahagian Payment
- Terdapat beberapa pilihian agensi, pilih agensi yang anda ingin membuat pembayaran
- Seterusnya anda diberi pilihan sama ada ingin Scan Bar Code / Masukkan No Akaun
- Kemudian pada butang PAYMENT untuk membuat pembayaran
- Anda kemudian diberi pilihan cara untuk membuat pembayaran, pilih salah satu.
- Untuk sah membayar, klik pada butang Confirm
- Dengan ini anda telah berjaya membuat pembayaran
Soalan Lazim
1.Apakah senarai pembayaran yang boleh dibuat melalui ‘SabahPay’?
- Pembiayaan PPS
- Cukai Pintu
- Saman sewa
- Bil Air
- Lesen Import Dan Export Haiwan
- Pembaharuan Sijil Perunding Alam Sekitar
2.Bagaimana cara jika terlupa kata laluan SabahPay?
Pada menu utama aplikasi SabahPay, anda hanya perlu klik pada Forget Password dan ikuti langkah seterusnya
3.Apakah fungsi SabahPay?
Pengguna boleh melakukan sejumlah transaksi dengan mudah, termasuk pembayaran kepada agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Pengguna juga turut boleh membuat pembayaran bil menggunakan aplikasi yang sama.
Nak bayar bila Air Sabah menggunakan SabahPay?rujuk TUTORIAL BAYAR BIL AIR SABAH GUNA APLIKASI SABAHPAY
Kenyataan Rasmi SABAH PAY
KOTA KINABALU: Sabah mengambil langkah setapak ke hadapan apabila menjadi negeri kedua yang mengambil inisiatif melancarkan sistem e-wallet milik kerajaan negeri dikenali sebagai SabahPay.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal berkata, melalui SabahPay, semua urusan pembayaran oleh jabatan dan agensi kerajaan akan dilakukan secara dalam talian bagi mempermudahkan tadbir urus perkhidmatan kerajaan.
Beliau berkata, aplikasi SabahPay bukan hanya dapat dimanfaatkan oleh pengguna di Sabah tetapi juga pelabur yang mempunyai urusan perniagaan di negeri ini.
“Melalui sistem ini, ia akan mempermudahkan pembayaran bil dan akan mengurangkan bebanan kos pengangkutan.
“Sistem ini juga beroperasi selama 24 jam dan keselamatannya lebih terjamin kerana tidak perlu membawa wang yang banyak ke bank,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran e-wallet SabahPay di sini hari ini.
Aplikasi Sabah Pay itu dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd.
Katanya, apabila sistem itu sudah matang kelak, penggunaannya akan diperluaskan kepada pengusaha pelancongan di luar negara supaya urusan tempahan boleh dilakukan melalui aplikasi SabahPay.
Namun katanya, penggunaan aplikasi itu tidak akan diwajibkan bagi semua urusan pelancongan pada peringkat awal kerana masih ada kawasan yang tiada liputan internet 3G dan 4G.
Mohd. Shafie, ketiadaan liputan internet yang baik akan menyukarkan usaha mempromosi dan memasarkan aplikasi SabahPay ini.
“Atas sebab itu kita tidak boleh mewajibkan penggunaannya, namun kita akan menyediakan garis masa.
“Apabila sistem ini sudah matang dan ditambah baik dan semua transkasi agensi dan jabatan kerajaan sudah boleh dilakukan menggunakan Sabah Pay, barulah boleh lihat langkah mewajibkan penggunaannya,” ujarnya.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SabahPay atau pertanyaan lain berkaitan SABAH PAY anda boleh melayari http://sabahpay.co/
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara guna dan login SABAH PAY ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com