MYWIRA LTAT:Semakan Penyata Caruman Dividen & Status Permohonan Pengeluaran

MYWIRA LTAT:Semakan Penyata Caruman Dividen & Status Permohonan Pengeluaran

MYWIRA LTAT SEMAKAN PENYATA CARUMAN,DIVIDEN & STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN

Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, bila-bila masa anda memerlukannya.

Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.

Muat turun aplikasi mudah alih MyWIRA anda sekarang!

“Wira Kami, Kebanggaan Kami”

Apa Itu MYWIRA LTAT?

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah melancarkan Aplikasi MyWIRA bagi memudahkan pencarumnya mengakses penyata caruman, status permohonan pengeluaran serta menyemak maklumat akaun unit amanah dengan lebih cepat, mudah dan mesra pelanggan

Ciri-Ciri Utama MYWIRA LTAT

  • Penyata Caruman – membolehkan anggota melihat maklumat akaun caruman LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya.
  • Pengeluaran – memeriksa status permohonan pengeluaran, sejarah transaksi pengeluaran, senarai semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat kontak kecemasan anggota.
  • Unit Amanah – mengakses maklumat mengenai akaun unit amanah dan pautan semakan dana Affin Hwang anggota.
  • Yayasan LTAT – menyemak status permohonan Yayasan LTAT dan maklumat berkenaan Yayasan LTAT.
  • Pengumuman – paparan pengumuman terbaru dari LTAT.
  • Program Manfaat – akses tawaran dan promosi eksklusif oleh anak syarikat dan rakan kongsi LTAT.
  • MyWIRA Chatbot – Chatbot kami, MyRA sentiasa bersedia memberikan maklumat mengenai pengeluaran caruman LTAT dan senarai Soalan Lazim kami.
  • Hubungi Kami – maklumat lanjut berkenaan alamat, nombor telefon, emel dan waktu operasi.
  • Laman web LTAT – pautan ke laman web LTAT.

Aplikasi MYWIRA LTAT

Aplikasi MyWIRA menjadi penyelesaian mudah lagi cepat untuk para pencarum mendapatkan maklumat mengenai caruman mereka dengan hanya berurusan di hujung jari sahaja.

Selain itu, para pencarum juga boleh menyemak maklumat seperti Yayasan LTAT, tawaran dan promosi eksklusif oleh Perbadanan, anak syarikat dan rakan kongsi.

Muat Turun Aplikasi MYWIRA LTAT

Berikut adalah link untuk muat turun aplikasi MyWIRA:

Semakan Kelayakan Mendaftar i-WIRA

Hanya kepada ahli yang masih berkhidmat sahaja.

Cara Daftar i-WIRA MYWIRA LTAT

Bagaimana untuk saya mendaftar i-Wira?

  • Klik sini>> pendaftaran i-Wira
  • https://iwira.ltat.org.my/ltatonline/login.php
  • Klik butang LOG MASUK
  • Klik pautan ‘Pendaftaran i-Wira’
  • Isikan semua butiran yang dikehendaki dan tekan butang ‘Daftar’.
  • No Tentera – No Tentera semasa anda (tanpa T dll)
  • Emel – alamat emel anda yang aktif dan tetap.
  • Secure Word – apa-apa perkataan tidak kurang dari 5 huruf dan tidak melebihi 20 huruf tanpa ‘special character’.
  • Kata Laluan – masukkan kata laluan pilihan anda.
  • Sah Kata Laluan – masukkan semula kata laluan yang sama untuk pengesahan.
  • Selepas menekan butang ‘Daftar’, satu pautan (link) akan dihantar pada alamat emel yang dimasukkan dan paparan seperti disebelah akan muncul.
  • Klik butang ‘memohon penghantaran’ jika tiada emel pengaktifan diterima dalam masa 5 minit bagi menghantar semula emel pengaktifan.

PERHATIAN: Sila pastikan akaun anda telah diaktifkan untuk menggunakan sistem ini. Sistem tidak boleh digunakan (tidak boleh log masuk) selagi ianya belum diaktifkan.

Log masuk ke emel dan klik butang ‘Klik sini untuk mengaktifkan akaun i-Wira’ untuk mengaktifkan sistem i-Wira. (Mohon untuk diperiksa juga didalam ‘folder SPAM/JUNK’)

*jika tiada sebarang emel diterima dalam tempoh 5 minit selepas paparan di atas muncul, sila hubungi LTAT seperti maklumat dibawah untuk pengaktifan melalui emel atau telefon;

Emel: iwira[at]ltat.org.my / ltatmy[at]gmail.com

Telefon: 1-300-88-5828

Cara Semak Caruman LTAT (MyWIRA)

Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki caruman?

Anda perlu mempunyai Nombor Tentera dan kata laluan i-Wira. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.

Jika anda sudah mendaftar i-Wira, log masuk ke i-Wira dan klik pada pautan tab ‘Penyata’.

Cara Semak Satatus Peneluaran (i-WIRA)

Klik pada tab ‘Pengeluaran’ di paparan utama dan paparan seperti di bawah akan muncul.

Contoh di atas adalah bagi pencarum yang tiada sejarah pengeluaran.

Maklumat sejarah pengeluaran akan dipaparkan jika pengeluaran pernah dilakukan.

Klik pada tab ‘Persaraan’, ‘Perumahan’ dan ‘Haji’ untuk menukar paparan maklumat (jika ada)

Cara Semak Dividen MYWIRA LTAT

Anda juga boleh membuat semakan kadar dividen LTAT.

Nak buat semakan  PENYATA GAJI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA? Sila login LOGIN SPGATM UGAT

Permohonan Pengeluaran Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) RM500

Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah maksimum RM500 bagi meringankan beban. Pengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.

Kadar Pengeluaran Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara ‘one off’.

Tarikh Pengeluaran Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui aplikasi MyWira mulai 10 Oktober ini dan akan ditutup pada 19 Disember.

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Pembayaran pertama pula akan dilaksanakan bermula 19 Disember hingga 23 Disember

Maklumat Lanjut & Pertanyaan MYWIRA LTAT

Maklumat lanjut dan pertayaan,sila rujuk info dibawah:

Telefon: 1-300-88-5828

Tingkat 12, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 50748 Kuala Lumpur, MALAYSIA

03-21489777 / 03-21664311

Emel: iwira[at]ltat.org.my / ltatmy[at]gmail.com

Talian Hotline & Whatsapp LTAT

017-6860 929/ 017-6860 848

Waktu Operasi

KAUNTER

ISNIN – KHAMIS :   8.30 AM – 3.00 PM

JUMAAT :      8.30 AM – 12.00 PM/2.30 PM – 3.00 PM

TOLL FREE

ISNIN – KHAMIS :   8.30 AM – 1.00 PM /2.00 PM – 3.00 PM

JUMAAT :      8.30 AM – 12.00 PM / 2.30 PM – 3.00 PM

HOTLINE

ISNIN – KHAMIS :   8.30 AM – 1.00 PM / 2.00 PM – 4.30 PM

JUMAAT :      8.30 AM – 12.00 PM /2.30 PM – 4.30 PM

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai MYWIRA LTAT ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment