Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024

Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024

MAKLUMAN MURID TAHUN 1 (2022) : SEMAKAN TAHUN 1 & PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN ONLINE BAGI SESI 2023 / 2024

Mohon ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2022, sila buat semakan semula dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.

Surat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Februari nanti.

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2023 / 2024 di sistem SPATKPM akan dibuka mulai 1 Ogos 2022 untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.

Jadi, bagi ibu bapa yang dah lupa dekat mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak bulan Mac 2022 ini, jangan lupa buat semakan dan war-warkan juga pada ibu bapa yang lain ya.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2023 dan 2024 bermula 1 Mac yang lalu.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024

PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau secara dalam talian. Jika ingin membuat pengesahan secara dalam talian anda boleh teruskan membaca artikel ini. Keptennews akan menerangkan cara untuk anda membuat pengesahan penempatan tahun 1 secara online bagi sesi kemasukan tahun 2023/2024.

Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

  • Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2022
  • Tempoh rayuan : 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022
  • Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2022
  • Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022

NOTA:

Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.

Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.

Cara Semakan Pengesahan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024

Proses pengesahan dan semakan penempatan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Log masuk
  3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  4. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

TINDAKAN IBU BAPA

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.

Perakuan Penempatan

Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.

Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Permohonan Rayuan

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi Semakan Penempatan Tahun 1 yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.

sila rujuk panduan di bawah:

  • Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  • Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  • Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  • Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

TINDAKAN PIHAK SEKOLAH

MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).

Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.

Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.

Terlupa Kata Laluan Permohonan Kemasukan Tahun 1 Anak

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Cara Pendaftaran Online

Jika anda masih belum membuat pendaftaran kemasukan tahun 1 sesi 2023/2024 untuk anak anda pendaftaran masih lagi dibuka. Ikuti langkah berikut untuk Cara Daftar Tahun 1 2023/2024 adalah seperti berikut:

  1. Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
  10. Maklumat murid
  11. Maklumat kesihatan
  12. Maklumat penjaga
  13. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  14. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  15. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  16. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  17. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  18. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Maklumat Lanjut Semakan Penempatan Tahun 1

Segala pertanyaan mengenai Semakan Penempatan Tahun 1 dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui sistem SPS di pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara Semakan Penempatan Tahun 1 sesi 2023/2024 ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment