Daftar Tahun 1 2023/2023: Cara & Tarikh Daftar Online
Semakakan cara daftar serta tarikh daftar tahun 1 sesi pembelajaran 2023/2024 serta syarat pendaftaran terkini KPM.
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Daftar Tahun 1 2023/2024 untuk panduan semua.
Baca Juga: Contoh Soalan Jawapan Ujian Psikometrik JPA ( Format Terkini Tahun 2021)
SEMAKAN & TARIKH PENDAFTARAN TAHUN 1 KPM
Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Permohonan kemasukan Ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.
Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 pula boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022.
Kepada ibu bapa yang mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 melalui permohonan online.
Artikel Lain: Semakan Keputusan Rayuan UPU Online
Syarat Daftar Tahun 1 Sesi 2023/2024
Syarat pendaftan tahun 1 bagi sesi pembelajaran 2023/2024 adalah seperti berikut:
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Dokumen Yang Diperlukan Daftar Tahun 1 2023/2024
Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan kemasukan ke tahun 1 sesi 2023/2024 adalah seperti berikut:
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Baca Juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang
Tarikh Permohonan
Tarikh penting permohonan kemasukan tahun 1 sesi pembelajaran 2023/2024 adalah seperti berikut:
- Tarikh Mula : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 30 April 2022
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
Cara Pendaftaran Online
Cara Daftar Tahun 1 2023/2024 adalah seperti berikut:
- Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Daftar Tahun 1 2023/2024 atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:
https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Daftar Tahun 1 bagi sesi 2023/2024 ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com