Shopee eDuit:Cara Tebus Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee

SHOPEE eDUIT:Cara Tebus Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee

Shopee eDuit:Cara Tebus Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee

Kepada mereka yang tidak pernah membeli barangan di aplikasi Shopee, anda berpeluang menerima ganjaran kredit dan baucar berjumlah RM100 bagi pengguna baharu yang menggunakan aplikasi ini melalui program ganjaran shopee eDuit.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang kempen khas eDuit ini dilancarkan bertujuan untuk membantu meringankan beban para pengguna dan memberi mereka akses yang lebih mudah untuk membeli barang keperluan harian ketika dalam masa yang mencabar ini.

Tambahan pula, usaha ini adalah sejajar dengan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong digitalisasi dalam sektor peruncitan melalui e-dagang serta transaksi tanpa sentuh.

Oleh itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan kredit dan baucar RM100 sempena kempen Shopee eDuit ini boleh memuat turun aplikasi Shopee dan mendaftar dengan segera.

Artikel Lain: SPayLater:Cara Aktifkan/ Guna Kaedah Bayaran Secara Ansuran Di Shopee

Shopee eDuit:Cara Tebus Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee

Basa Juga: Baucer Free Shipping Shopee&Lazada:Cara Dapatkan Kupon Penghantaran Percuma

Ganjaran Shopee eDuit

Perincian mengenai ganjaran kredit dan baucar RM100 kepada pengguna baharu adalah seperti berikut:

  • Kredit ShopeePay bernilai RM25 setelah pengguna berjaya mengaktifkan akaun premium ShopeePay. Kredit ini akan dikreditkan pada ShopeePay ewallet pada hari Rabu berikutnya (kredit akan tamat dalam tempoh selepas 7 hari dikreditkan).
  • 11 Baucar ShopeePay Offline bernilai RM60 akan dikreditkan ke ewallet pada hari Rabu berikutnya. Ganjaran ini merangkumi pulangan tunai yang menarik kepada para pengguna untuk pembelian di kedai-kedai luar talian yang mengambil bahagian (baucar akan tamat dalam tempoh 14 hari).
  • 1 Baucar Welcome Voucher berjumlah RM15 akan diberikan bagi membolehkan ia digunakan untuk pembelian pertama di Shopee.
Shopee eDuit:Cara Tebus Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee

Baca Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai

Syarat Kelayakan Menyertai Shopee eDuit

Syarat kelayakan bagi individu yang layak menerima ganjaran ini adalah seperti berikut:

  • Individu tersebut mestilah warganegara Malaysia.
  • Individu tersebut tidak pernah melakukan pembelian di Shopee.
  • Akaun ShopeePay telah diaktifkan dan pengesahan kad pengenalan sudah dilakukan.

Baca Juga: Cara Pilih Kurier Shopee:Cara Pilih Kurier Shopee Kesukaan Anda

Cara Mendapatkan Ganjaran Shopee e-Duit

Untuk mendapatkan ganjaran Shopee eDuit ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web https://shopee.com.my/m/shopee-eDuit.
  • Klik butang ‘Sertai Sekarang.’
  • Imbas kod QR untuk mengisi borang permohonan.
  • Isi borang permohonan dengan lengkap.
  • Aktifkan ShopeePay.
  • Is nama dan no kad pengenalan dengan lengkap.
  • Tangkap gambar kad pengenalan.
  • Hantar permohonan.

Ketahui Juga: BKC Gagal Kredit:Kenapa Gagal Kredit & Semakan Pembayaran Tunai Fasa 1

Kenyataan Media Ganjaran Shopee e-Duit

PETALING JAYA – Platform e-dagang, Shopee memper­kenalkan inisiatif eDuit yang memberi kredit dan baucar bernilai RM100 buat pengguna baharu platform berkenaan dan e-dompet ShopeePay.

Penerima eDuit bakal memperoleh kredit ShopeePay bernilai RM25 selepas meng­aktifkan akaun ShopeePay mereka, baucar alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama di Shopee dan baucar ShopeePay bernilai RM60 untuk pembe­lian di kedai luar talian yang mengambil bahagian.

Ia terhad buat kumpulan yang tidak pernah membuat pembelian di Shopee dan pe­nerima diberi tempoh sehingga tujuh hari untuk menggunakan kredit ShopeePay percuma mereka serta sehingga 14 hari untuk memanfaatkan baucar luar talian.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, usaha berkenaan sejajar de­ngan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong digitalisasi dalam sektor peruncitan melalui e-dagang serta transaksi tanpa sentuh.

“Dengan manfaat eDuit dan tawaran menarik 9.9 Hari Pembelian Hebat, rakan-rakan niaga atas talian dan luar talian kami bakal mendapat manfaat daripada peningkatan aktiviti jualan.

“Selain itu, peningkatan pembelanjaan oleh pengguna dalam tempoh jangka pendek ini juga akan memberi sumbangan positif kepada ekonomi domestik,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Aiza Azreen Ahmad berkata, e-dompet dan e-pembayaran menawarkan kemudahan, tahap keselamatan lebih baik serta ganjaran yang merupakan komponen penting dalam e-dagang dan digitalisasi.

“Kempen eDuit Shopee adalah selaras dengan matlamat MDEC yang mana ia mendorong digitalisasi dan pada masa yang sama, memacu ekonomi serta memainkan peranannya untuk mempertahankan perniagaan dan mata pencarian.

“Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan dan merupakan usaha yang seharusnya disambut baik ketika kami berusaha meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta demi menghadapi cabaran dalam tempoh yang sukar ketika ini,” katanya.

Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Shopee eDuit, sila layari laman web https://shopee.com.my/.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Shopee eDuit ini memudahkan lagi urusan membeli belah anda di shopee. InsyaAllah. SEMOGA BERMANFAAT.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Shopee eDuit Shopee eDuit

Leave a Comment