Temuduga Online In-Situ TSOI:Panduan Lengkap Pengalaman TSOI SPA9
Temuduga Online In-Situ TSOI. Seperti yang kita maklum, dalam tempoh pandemik ini beberapa prosedur terpaksa dilakukan dengan norma baharu, termasuklah juga dengan proses pengambilan kerja dan temuduga.
Ramai antara kita yang berharap dapat menjawat jawatan awam dan telahpun membuat permohonan di Portal SPA9.
Bagi yang telah menerima panggilan Temuduga Online In-Situ TSOI, di sini kami ingin kongsikan tips temuduga online in-situ SPA (TSOI) oleh Khairun Naimah yang dikongsikan di media sosial.
Ia tentunya dapat memberi sedikit pencerahan dan membantu persediaan anda menghadapi Temuduga Online In-Situ TSOI.
Rujuk perkongsian beliau sepenuhnya di bawah:
Baca Juga: SPA9:Cara Daftar Akaun Baru & Cara Log Masuk Akaun SPA9
Tips, Prosedur & Pengalaman Menghadiri Temuduga Online In-Situ SPA (TSOI)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya baru selesai menghadiri Temuduga Online (TSOI) SPA bagi Jawatan Penolong Pustakawan S29 pada 23/07/2021.
Jadi saya nak kongsikan pengalaman saya menghadiri TSOI supaya lebih ramai akan mendapat gambaran yang lebih jelas.
EMAIL PANGGILAN TEMUDUGA (1/3)
Saya menerima email panggilan temuduga pada 05/07/2021, dalam email dinyatakan beberapa perkara PENTING :
Tarikh temuduga (23/07/2021)
- Peringatan untuk melengkapkan MyResume di https://myresume.spa.gov.my/
- LAMPIRAN A (Persetujuan Aku Janji Integriti), calon perlu mengisi borang ini & dimuatnaik dalam ruangan Maklumat Akademik di MyResume
- Diwajibkan menghadiri sesi simulasi (sehari sebelum temuduga)
EMAIL SIMULASI TSOI (2/3)
Calon Temuduga Online In-Situ TSOI akan menerima email selewatnya 1 hari sebelum tarikh simulasi, saya telah menerima email 1 minggu sebelum iaitu pada 16/07/2021.
Dalam email dinyatakan :
- Masa simulasi (10am)
- Pautan (link) untuk menghadiri sesi tersebut
HARI SIMULASI
- Bersedia pada masa yang ditetapkan
- Masuk ke link 10minit sebelum masa yang ditetapkan
- Calon perlu memasukkan Nama & Email kemudian tekan ‘Join As Guest”
- Akan terdapat ‘preview’ & kemudian boleh tekan butang ‘Join Meeting’
- Calon akan melihat paparan “You can join the meeting after the host admits you”
- Cuma perlu tunggu sehingga host admit, tempoh menunggu bagi setiap calon adalah berbeza bergantung kepada situasi
** Saya menggunakan laptop semasa sesi temuduga ini **
AKTIVITI SEMASA SIMULASI
- Petugas SPA cuma nak check keadaan internet calon
- Dia cakap semua ok, gambar nampak clear, suara jelas & video tak tersekat-sekat, cuma minta perbetulkan kedudukan lebih dekat dengan laptop
- Kemudian dia bagi peringatan untuk lengkapkan MyResume, masuk ke link 10minit sebelum masa temuduga & tak dibenarkan membuat rakaman
- PERINGATAN PENTING untuk semak email selepas simulasi pada hari yang sama, info mengenai masa temuduga & link akan diberi
- Kemudian boleh tanya jika ada sebarang persoalan lain
- Sesi simulasi selesai dalam masa 2-3 minit sahaja
EMAIL TSOI BAGI JAWATAN…. (3/3)
Dalam email ini terdapat :
- Masa temuduga 8:20am
- Link untuk temuduga
** Pastikan anda menerima 3 EMAIL penting ini **
HARI TEMUDUGA
- Bersedia awal
- Masuk ke link 10 minit sebelum masa yang ditetapkan & tunggu sehingga host admit
- Sebelum bermula boleh berkomunikasi dengan panel untuk memastikan kelancaran
- Masa saya pada 8:20am, host admit pada 8:30am, sesi temuduga berlangsung lebih kurang selama 30 minit
- Selesai temuduga calon boleh klik ‘leave meeting’ atau boleh tunggu sahaja sehingga di ‘removed from meeting’
Panduan Sebelum Menjalani Temuduga online In Situ
1. Semak Butiran Panggilan Temuduga Online In-Situ TSOI Calon
- perlu membuat semakan dan peka dengan tarikh dan masa sesi temu duga sepertimana yang tercatat dalam dokumen panggilan temu duga.
2. Lokasi Temu Duga
- Calon dikehendaki untuk menduduki temu duga secara maya di kediaman masing-masing. Calon tidak perlu hadir ke mana-mana Pusat Temu Duga SPA.
3.Persiapan Teknikal
Calon Temuduga Online In-Situ TSOI perlu memastikan kelengkapan teknikal untuk menduduki temu duga maya tersedia termasuklah:
i. Peranti (smartphone/laptop/desktop).
ii. Aplikasi temu duga maya yang ditetapkan dalam dokumen panggilan temu duga telah dimuat turun.
iii. Talian internet yang stabil dan kuota mobile data yang mencukupi bagi memastikan kelancaran sesi temu duga.
iv. Kamera pada peranti berfungsi dengan baik bagi membolehkan panel penemu duga dapat melihat imej calon Temuduga Online In-Situ TSOI dengan jelas.
v. Penggunaan peranti sokongan untuk sistem audio (earphone/headphone/external microphone) adalah disarankan bagi membolehkan suara calon dan panel penemu duga dapat didengari dengan jelas.
vi. Calon perlu membuat semakan terhadap tetapan audio dan kamera pada peranti yang digunakan agar ditetapkan dalam mod ‘on’.
4. Pemilihan Ruang dan Persekitaran Temu Duga yang Kondusif
Bagi membolehkan temu duga maya dilaksanakan dengan lancar, calon disyorkan untuk mengenal pasti dan menyediakan ruang persekitaran yang kondusif dan bersesuaian iaitu:
i. Bebas dari bunyi bising yang dapat mengganggu sesi temu duga.
ii. Pencahayaan yang cukup. Elakkan kedudukan yang membelakangkan sumber cahaya bagi mengelakkan kesan backlight.
iii. Penggunaan ruang yang bersih dan kemas bagi mengelakkan konsentrasi panel penemu duga terganggu.
iv. Hanya calon sahaja dibenarkan untuk berada di ruang temu duga. Individu lain yang tidak berkaitan tidak dibenarkan untuk hadir temu duga bersamasama calon.
5. Melengkapkan dan Memuat Naik Dokumen Temu Duga di dalam Sistem MyResume
- Calon perlu melengkapkan dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam Sistem MyResume.
6. Menghadiri Sesi Simulasi
- Calon diwajibkan untuk menghadiri sesi simulasi bagi memastikan kesesuaian peranti dan rangkaian serta kelancaran sesi temu duga.
Baca Juga: BKC 2021: Semakan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid-19
Panduan Semasa Menjalani Temuduga Online In-Situ TSOI
1. Pemilihan pakaian Temuduga Online In-Situ TSOI
- Calon mesti memakai pakaian yang sesuai mengikut Kod Etika Pakaian Temu Duga yang telah ditetapkan. Rujuk laman portal SPA di alamat http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/ASPA/Nota2April2015.pdf
2. Pemakaian Pelitup Muka
- Calon tidak perlu memakai pelitup muka / face shield sepanjang sesi temu duga diadakan.
3. Persediaan Awal Temuduga Online In-Situ TSOI
- Calon dinasihatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal sebelum masa temu duga yang dijadualkan.
4. Rakaman Sesi Temu Duga
- Calon atau pihak ketiga DILARANG untuk membuat sebarang rakaman sesi temu duga.
5. Posisi Tempat Duduk Ideal Calon harus memastikan:
i. Jarak antara tempat duduk dan kamera yang sesuai bagi membolehkan panel penemu duga melihat imej calon secara menyeluruh.
ii. Kedudukan kamera yang ideal adalah pada ketinggian paras mata calon.
iii. Fokus pandangan mata pada kamera (bukannya pada skrin) bagi mewujudkan eye contact yang lebih tepat dengan panel penemu duga.
6. Tetapan Tambahan
- Pada Peranti Nyahaktifkan fungsi notifikasi pada peranti bagi mengelakkan gangguan notifikasi sepanjang sesi temu duga.
7. Tetapan Tambahan pada Peranti Lain (Jika ada)
- Peranti ditetapkan dalam mod senyap
8. Permulaan Sesi Temuduga Online In-Situ TSOI
- Sesi temu duga dikira bermula sejurus sahaja panel penemu duga memulakan perbualan dan mengalu-alukan kehadiran calon.
9. Pemakluman Kepada Panel Penemu Duga Sekiranya Berlaku Gangguan Teknikal Semasa Temu Duga
- Calon perlu memaklumkan kepada panel penemu duga sekiranya terdapat gangguan teknikal semasa sesi temu duga. Contohnya, suara panel penemu duga tidak dapat didengari calon.
10. Penamatan Sesi Temu Duga
- Calon disarankan untuk memastikan talian pada aplikasi yang digunakan diputuskan sejurus sesi temu duga selesai.
Baca Juga: Refinance Rumah:Cara Membuat Pembiayaan Semula Rumah Terkini
Tips Tambahan & Panduan Teknikal TSOI
Saya cuma nak share headphone yang digunakan semasa simulasi Temuduga Online In-Situ TSOI, semasa temuduga ada sedikit kesilapan teknikal di pihak saya yang buatkan saya tak pakai headphone (guna speaker yang sedia ada di laptop sahaja).
Berdasarkan semasa simulasi memang jelas suara kita bercakap & boleh dengar jelas suara orang yang bercakap.
Yang penting semasa temuduga selain kita nak bagi panel dengar suara kita dengan jelas, semestinya kita nak dengar apa yang panel katakan juga dengan jelas.
Cuma nak diingatkan, headphone / earphone / microphone ni hanyalah peralatan tambahan.
Kalau laptop / handphone anda boleh diguna dengan baik, tak perlu pun peralatan tambahan. Guna sahaja apa yang dah sedia ada.
Untuk panduan teknikal & sebagainya sila rujuk 2 panduan yang telah disediakan oleh SPA di bawah:
Semoga sedikit perkongsian tentang Temuduga Online In-Situ TSOIini dapat memberi manfaat kepada calon TSOI yang akan datang.
Baca Juga: Penyata Bank Statement:Print Penyata CIMB,MAYBANK,RHB & BSN Cetak Online
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Temuduga Online In-Situ TSOI
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Temuduga Online In-Situ TSOI hubungi:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000
Faks: +603 8091
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Temuduga Online In-Situ TSOI melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com