Permohonan Kemasukan MRSM 2022 Online Tingkatan 1 & 4

Permohonan Kemasukan MRSM 2022 Online Tingkatan 1 & 4

Permohonan MRSM 2022 Online Tingkatan 1 & 4

Makluman buat ibu bapa, pelajar dan penjaga, permohonan kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2022 kini dibuka mulai 29 Ogos hingga 5 November 2021.

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Bagi pemohon yang membuat permohonan kemasukan ke MRSM program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat ujian UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan permohonan kemasukan MRSM, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

Ketahui Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Permohonan MRSM 2022 Online Tingkatan 1 & 4

Baca Juga: Contoh Soalan KBAT:Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Cara Bina Soalan KBAT Matematik/Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu

Pengenalan Tentang MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Ketahui Juga: Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

1.Premier

  • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA

2.Ulul Albab

  • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran

3.IGCSE

  • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM

4.IB MYP (Middle Years Programme)

  • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM

5.Teknikal

  • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan

6.PKP (Program Khas Pendidikan)

  • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Baca Juga: Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.

Permohonan Kemasukan MRSM 2022

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi permohonan MRSM kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon permohonan kemasukan MRSM daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan Bandar.

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Matlamat MRSM

MRSM merupakan institusi pendidikan untuk mendidik bakal-bakal saintis profesional yang bertaraf Nobel Laureate, usahawan tekno dan pemimpin dalam pelabagai bidang, serta mempunyai personaliti terpuji iaitu berakhlak mulia, cemerlang, serta berdaya saing pada peringkat global , cemerlang dan kompetitif.

Ketahui Juga: Contoh Soalan & Jawapan UPKK Online Terkini

Falsafah Pendidikan MRSM

Sistem Pendidikan MRSM adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Bagi pemohon yang memohon permohonan MRSM program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

Artikel lain: Contoh Soalan KBAT:Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Cara Bina Soalan KBAT Matematik/Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu

Syarat Umum Permohonan Kemasukan MRSM

Syarat umum permohonan kemasukan ke MRSM adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon permohonan MRSM mestilah memohon atas talian (online).
  4. Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  6. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  7. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Baca Juga: Mohon Sijil Peperiksaan Baru:Cara Permohonan Sijil Pelajaran Baru Rosak/Hilang

Lokasi MRSM Seluruh Malaysia

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.

Lokasi MRSM Seluruh Malaysia

Baca Juga: Cara Guna Whatsapp Web Di Komputer / Laptop

Tarikh Permohonan MRSM 2022 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Tarikh permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi pembelajaran 2022 di buka da ditutup adalah seperti berikut:

29 Ogos – 5 November 2021

Tarikh Permohonan MRSM 2022 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Artikel Lain: Skim Bantuan Pelajaran MAIPk:Cara Mohon Bantuan Pelajaran Zakat Negeri Perak

Cara Permohonan Online MRSM Kemasukan 2022 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang bakal menduduki Tingkatan 1 pada tahun 2021.

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/ atau klik https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan kemasukan MRSM.
  3. Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya.
  4. Bagi memulakan proses permohonan kemasukan MRSM, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  5. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  6. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  7. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  8. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon permohonan kemasukan MRSM, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  9. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  10. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  11. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Baca Juga: Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Bagi pemohon permohonan kemasukan MRSM yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.

Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.

UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon permohonan kemasukan MRSM, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

Pemohon permohonan kemasukan MRSM akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Baca Juga: Kelab Nuri Bank Rakyat:Cara Daftar Buka Akaun/Syarat Serta kelebihan Nuri

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang permohonan kemasukan ke MRSM sila layari portal MARA

http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel : [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan kemasukan MRSM ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment