Ujian Genius@Pintar UKM1:Pencarian Murid Pintar & Berbakat
Kepada pelajar atau murid yang berkelayakan atau bernakat ingin memasuki Pusat Genius@Pintar UKM, anda seharusnya menyertai ujian asas terlebih dahulu iaitu Ujian Genius@Pintar UKM1 yang diadakan secara dalam talian. Berikut dikongsikan sedikit perincian tentang ujian Ujian Genius@Pintar ini, semoga membantu.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apa Itu Ujian Genius@Pintar
Ujian Genius@Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diperkenalkan bagi mencari murid yang pintar dan berbakat di seluruh Malaysia bagi memasuki Pusat Genius@Pintar UKM. Tujuan mengambil ujian bagi mengenal pasti dan dikembangkan bakat akademik mereka menerusi program yang dijalankan di pusat ini.
Pusat GENIUS@Pintar Negara atau Malaysian National Gifted Centre, terletak di dalam Kampus Universiti Kebangsaan, menawarkan Program Pengayaan Sekolah Rendah (JSEP). Pada awal penubuhannya, pusat itu hanya menawarkan Program Pengayaan Muda (JSEP) untuk pelajar berbakat dan berbakat Malaysia. Program-program ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dan memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka khususnya dalam STEM.
Program Pengayaan Sekolah Rendah (JSEP) kami membantu pelajar mengembangkan potensi mereka dan menjadi pemikir kritis yang kreatif dan aktif dalam aktiviti inovatif. Ia juga menyediakan pengalaman pembelajaran holistik di mana pelajar boleh meneroka program akademik di luar kurikulum sekolah. Ia menawarkan peluang kepada pelajar untuk menjalin rangkaian antara satu sama lain dan menyediakan aktiviti pembelajaran yang akan mencabar keupayaan kognitif pelajar. Pelajar akan diberikan sokongan psikologi sepanjang pengalaman pembelajaran. Kem kami membolehkan pelajar mengalami aktiviti pengayaan pembelajaran yang menyeronokkan selama 3 hari berasaskan STEM.
Pada tahun ini, program JSEP telah diperluaskan kepada dua siri di mana pelajar Malaysia boleh merasai pengalaman perkhemahan semasa cuti sekolah, pada bulan Mei dan November. Pelajar dibenarkan memilih hanya satu kursus yang ditawarkan dalam setiap siri atau kedua-dua siri berdasarkan kumpulan umur mereka. Mereka akan menyertai aktiviti kursus selama 3 hari. Mereka akan dibimbing oleh tenaga pengajar dan pembantu pengajar sepanjang perkhemahan. Pelajar juga akan diberikan pembantu pengajar yang akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rutin perkhemahan. Kem ini mempunyai nisbah guru kepada pelajar yang sangat rendah (1:5). Nisbah yang rendah membolehkan guru dan pembantu pengajar memberi lebih perhatian kepada setiap pelajar. Aktiviti akademik akan melibatkan kuliah, perbincangan kumpulan kecil, kerja makmal, pembentangan pelajar, lawatan ke makmal dan institut penyelidikan, dan mendengar ceramah yang dikendalikan oleh pakar. Aktiviti akademik dijadualkan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pelajar akan menginap di kampus Pusat GENIUS@Pintar. Makanan istimewa boleh disediakan (cth. Makanan vegetarian) untuk pelajar atas permintaan. Atas sebab keselamatan, pelajar tidak digalakkan membawa komputer riba sendiri. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit mereka tetapi dengan penggunaan terhad.
Kurikulum Pusat Genius@Pintar
Berikut adalah merupakan Kurikulum (compacting curriculum) yang digunakan di Pusat Genius@Pintar iaitu:
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- Kursus Advance Placement (AP)
- Kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus
- Pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).
Kepada murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan iaitu:
- Pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu
- Pecutan berdasarkan subjek
- Pecutan gred
Syarat Kelayakan Pusat Genius@Pintar
Bagi murid yang berminat ingin memasuki pusat ujian GENIUS@Pintar UKM perlu melepasi syarat kelayakan berikut:
- Lulus Ujian UKM1
- Lulus Ujian UKM2 serta Menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah dan
- Lulus ujian UKM3.
Tarikh Ujian Genius@Pintar
Ujian Genius@Pintar UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) bermula 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun.
Tatacara Kemasukan Pusat Genius@Pintar
Berikut adalah merupakan tatacara bagi kemasukan ujian Genius@Pintar UKM1:
- Ujian UKM 1 diadakan pada 1 Februari sehingga 31 Mei setiap tahun bagi murid di Malaysia berumur 8 hingga 15 tahun.
- Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa dan jika terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenarai hitam dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.
- Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2 untuk ujian saringan kedua.
Cara Permohonan Ujian Genius@Pintar
Sekiranya murid yang berminat boleh membuat permohonan Ujian Genius@Pintar UKM1seperti berikut:
- Layari laman web ujian Genius@Pintar UKM1: http://ukm1.permatapintar.ukm.my/
- Pada menu utama klik Ujian UKM1
- Masukkan no kad pengenalan dan klik seterusnya
- Isi maklumat murid dengan lengkap dan klik Daftar Pelajar Baru
- Jawab ujian tersebut sehingga tamat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai ujian Genius@Pintar, UKM, sila merujuk laman laman rasmi UKM di pautan https://www.ukm.my/geniuspintar/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Ujian Genius@Pintar UKM1 ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com