Cara Daftar GrabPay Malaysia, Kelebihan & Promosi Terkini

Cara Daftar GrabPay Malaysia, Kelebihan & Promosi Terkini

Cara Daftar GrabPay serta panduan cara aktif dan juga cara guna grabpay Malaysia. Pada masa kini terdapat banyak penyedia perkhidmatan eWallet dan antara yang paling popular adalah GrabPay.

Sekiranya pada awalnya Grab yang memperkenalkan perkhidmatan e-hailing atau seru pandu sahaja di Malaysia, Grab maju setapak lagi dengan memperkenalkan GrabPay bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan pembayaran secara cashless atau nirtunai.

Cara Daftar GrabPay serta menggunakannya juga tersangatlah mudah namun bagi pengguna sedia ada aplikasi Grab, anda perlulah mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.

Baca Juga: Cara Daftar Lalamove: Hantar Barang,Menjadi Rider/Driver Di Malaysia

Muat turun GrabPay Malaysia

Bagi anda yang berminat menggunakan kemudahan ini, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:

Cara Daftar GrabPay dengan memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak dipercayai boleh mendedahkan gajet anda diserang oleh virus dan malware.

Cara Daftar dan Aktifkan GrabPay Malaysia

  1. Buka aplikasi Grab anda
  2. Klik pada tab “Payment” pada menu yang terletak di bahagian bawah
  3. Kemudian, ada popup akan muncul dan klik pada butang “Activate”
  4. Pada halaman berikutnya, klik pada butang “Activate Now”
  5. Kemudian klik kad untuk di link dengan akaun anda, sekiranya tiada senarai kad anda dikehendaki memasukan maklumat kad baru yang ingin di link dengan akaun anda
  6. Tandakan pada kotak “Terms and Conditions”
  7. Klik pada butang “Continue”
  8. GrabPay anda sudah didaftarkan dan diaktifkan untuk digunakan di mana-mana sahaja premis yang menerima pembayaran menggunakan GrabPay!

Kelebihan GrabPay

Secara ringkasnya, terdapat 5 kelebihan menggunakan GrabPay:

  1. 3x mata ganjaran GrabRewards – Lebih ganjaran lebih kelebihan untuk anda
  2. GrabPay Price – Nilai lebih baik sepanjang masa di mana-mana sahaja untuk farmasi, kedai runcit, restoran, pawagam dan banak lagi
  3. Beli insurans perjalanan dengan mudah – Dapatkan pemulangan wang 25%
  4. Segala perkhidmatan harian – Pembayaran lebih mudah dan lancar untuk barangan runcit, perkhidmatan kenderaan, tambah nilai prabayar dan banyakk lagi
  5. Selamat – Anda tidak perlu risau dengan adanya keselamatan anti penipuan sepanjang masa

Promosi Terkini GrabPay Malaysia

Grab sentiasa bermurah hati dengan promosi-promosi terkini. Untuk promosi terkini, boleh lawati halaman rasmi mereka di https://www.grab.com/my/pay/

CARA AKTIFKAN GRABPAY WALLET 2022 (Daftar & Cara Guna)

Kini di Malaysia kebanyakkan orang sudah mula menggunakan perkhidmatan di dalam talian (online) yang lebih memudahkan pelbagai urusan termasuklah transaksi pembelian online tanpa menggunakan wang tunai, salah satunya adalah GrabPay wallet.

Bagaimana cara aktifkan Grabpay wallet? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU GRABPAY WALLET

Grab, merupakan salah satu syarikat perkhidmatan yang menyokong penggunaan e-wallet dan syarikat ini sangat inovatif dalam melengkapkan penggunaan e-wallet digital di dalam kehidupan seharian pengguna.

Hal ini kerana Grab telah menaiktaraf serta mengemaskini ciri – ciri GrabPay yang boleh menghubungkan penggunaan kad kredit serta kad debit pada aplikasi Grab serta turut memperkenalkan ciri – ciri baru yang sangat efektif bagi transaksi harian.

CARA AKTIFKAN GRABPAY WALLET

Setelah anda install aplikasi Grab, berikut adalah cara pengaktifan GrabPay wallet anda:

  1. Bukan aplikasi Grab anda dan log masuk
  2. Klik pada tab “Payment” di bar menu di bawah.
  3. Seterusnya klik pada “Set up GrabPay wallet”
  4. Isikan butiran yang diperlukan seperti “Nama & Nombor MyKad” anda
  5. Pada bahagian pengesahan grabpay wallet, anda dikehendaki:
  6. Ambil gambar ID anda (MyKad) dan muat naik
  7. Ambil gambar ‘selfie’ bersama Kad Pengenalan anda
  8. Lengkapkan maklumat peribadi anda
  9. Anda akan terima pengesahan wallet anda berja diselesaikan di aplikasi Grab anda
  10. GrabPay Wallet anda sudah siap dan anda sudah siap untuk diisi!
  11. Tahniah, kerana mengaktifkan dompet anda. Anda sekarang akan dapat menggunakan dompet anda dengan ciri-ciri asas

CARA GUNA GRABPAY WALLET SELEPAS DAFTAR

Setelah anda selesai proses pengaktifan seperti di tas, berikut adalahc ara penggunan GrabPay Wallet:

  1. Anda dikehendaki membuat tambah nilai GrabPay Credits terlebih dahulu.
  2. Untuk membuat tambah nilai, pengguna perlu klik pada ikon huruf G yang terletak di penjuru kanan atas skrin dan pilih butang Top Up.
  3. Kemudian, pilih cara untuk membuat tambah nilai sama ada menggunakan wang tunaidi In-Store, perbankan atas talian (online banking) dan menggunakan kad kredit atau kad debit.

Cara Daftar & Buat Bayaran Guna GrabPay Wallet

  1. Bagi membuat pembayaran di kedai – kedai terpilih, kaedah Scan and Pay akan digunakan di mana pengguna hanya perlu memilih ikon Pay di halaman utama GrabPay.
  2. Kamera pada aplikasi tersebut akan mengimbas kod QR di kedai tersebut.
  3. Sekiranya pembayaran berjaya dilakukan menggunakan GrabPay, notifikasi [email protected] akan terpapar di skrin dan e-resit transaksi yang telah berjaya akan dipaparkan.

TIPS KESELAMATAN GRABPAY WALLET

Berikut dikongsikan langkah – langkah keselamatan pada GrabPay Wallet anda:

  • Set kan kata kunci keselamatan Grab anda. Pergi ke tetapan dalam menu aplikasi Grab dan pilih Setup A PIN.
  • Pastikan kata kunci anda sukar diceroboh
  • Rahsiakan PIN anda dan jangan kongsikan dengan orang lain
  • Sekiranya anda mendapati seseorang telah cuba mengakses ke Grab anda, sila laporkan kepada khidmat pelanggan Grab dengan segera

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara Daftar GrabPay ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Cara Daftar GrabPay Cara Daftar GrabPay Cara Daftar GrabPay Cara Daftar GrabPay Cara Daftar GrabPay Cara

Leave a Comment