Cara Daftar Lalamove: Hantar Barang,Menjadi Rider/Driver Di Malaysia

Cara Daftar Lalamove: Hantar Barang,Menjadi Rider/Driver Di Malaysia

CARA DAFTAR LALAMOVE

Kini, sesiapa saja boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.

Lalamove merupakan penyedia servis penghantaran barangan pada hari yang sama dengan hanya beberapa langkah mudah.

Sehingga kini, Lalamove turut digunakan untuk pelbagai jenis segmen pelanggan antaranya restoran, kedai tradisional dan syarikat e-dagang.

Bagi yang berminat untuk daftar Lalamove dan berminat untuk menjana pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa, teruskan bacaan.

Baca Juga: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online ByrHASIL Mytax

Latar Belakang Lalamove

Kecewa dengan pengalaman menghubungi talian untuk menempah kenderaan penghantaran dan kekurangan ketelusan dengan harga perkhidmatan, sekumpulan usahawan telah bekerjasama untuk mencipta penyelesaian digital yang memudahkan penghantaran.

Lalamove lahir dari aspirasi untuk memudahkan penghantaran on-demand dengan hanya beberapa langkah mudah dari telefon mudah alih. Hanya dari satu aplikasi yang ringkas, pengguna boleh dihubungkan dengan flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dipandu oleh penghantar-penghantar yang terlatih.

Kini, sesiapa saja boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.

Jejaki proses penghantaran dari mula hinggalah selesai, gunakan pilihan pembayaran secara digital dan lihat rekod semua aktiviti di satu aplikasi.

Lalamove telah menjadi rakan strategik penghantaran jarak terakhir untuk perniagaan pelbagai saiz. Dari kedai tradisional, restoran, dan syarikat e-dagang, Lalamove boleh membantu perniagaan dari pelbagai industri untuk menskalakan penghantaran berdasarkan keperluan mereka.

Artikel Lain: MyTax:Cara Semak Status Tunggakan Cukai LHDN & Sekatan Perjalanan

Kelebihan Hantar Barang Dengan Lalamove

Barang apa yang boleh dihantar?

Contoh barang-barang yang boleh anda hantar menggunakan Lalamove adalah:

  • Barang-barang kecil
  • Barang-barang besar
  • Barang-barang berharga & mudah pecah
  • Makanan & barang runcit

Antara kelebihan membuat tempahan penghantaran dengan Lalamove adalah:

  • Bersedia untuk anda, bila-bila masa – Dapatkan padanan dengan penghantar dalam beberapa saat
  • Rakan penghantar profesional – Kepuasan dijamin dengan rakan-rakan penghantar yang terlatih
  • Harga yang berpatutan – Dapatkan penghantaran pantas serendah RM4 dengan motosikal. Buat penghantaran yang lebih besar dengan lori 1-tan dari RM60
  • Perkhidmatan tambahan – Lebih dari sekadar penghantaran satu hala, pilih penghantaran pelbagai perhentian, penghantaran ulang-alik, atau pembantu berpindah untuk kemudahan anda
  • Lalamove beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Buka saja aplikasi Lalamove pada bila-bila masa untuk memesan penghantaran on-demand atau berjadual.

Baca Juga: Semak Penyata Pencen Online (JPA Pencen)

Cara Daftar Lalamove Sebagai Pengguna & Menempah Penghantaran

Langkah menempah penghantaran adalah mengikut cara berikut:

1.MUAT TURUN APLIKASI LALAMOVE

https://web.lalamove.com/

2.TETAPKAN LOKASI PENGHANTARAN

Masukkan alamat pengambilan dan destinasi penghantaran anda. Anda boleh tetapkan sebanyak 20 destinasi dalam satu penghantaran. Buat penghantaran segera atau aturkan penghantaran seawal 30 hari.

3.PILIH JENIS KENDERAAN

Pilih kenderaan penghantaran mengikut keperluan anda, sama ada motosikal, kereta, 4 x 4, van atau lori

4.SAHKAN PENGHANTARAN ANDA

Masukkan catatan untuk rakan penghantar anda. Pilih kaedah pembayaran dan gunakan kupon, jika ada. Sahkan pesanan anda

5.JEJAKI PESANAN DI MASA NYATA

Tiada kerisauan dengan penjejakan GPS untuk penghantaran anda

Harga Penghantaran Lalamove

Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan, dan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai kadar penghantaran Lalamove.

Kriteria Daftar Sebagai Rider / Driver Lalamove

Berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider dan jana pendapatan harian anda?

Lalamove sangat teliti dalam menapis permohonan sebagai rider/driver mereka bagi memastikan kualiti servisnya kepada para pelanggannya.

Sekiranya anda berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider atau driver, pastikan anda memenuhi syarat-syarat asas yang berikut:

  • Memiliki kenderaan – Memiliki motosikal/kereta/van/4 x 4/lori 1-tan/lori 3-tan
  • Umur dan lesen – Berumur 18 tahun ke atas dengan lesen memandu yang sah. Penghantar van dan lori perlu mempunyai lesen GDL
  • Memiliki telefon pintar – Dengan iOS 11 dan ke atas, Android 6.0 dan ke atas

Cara Daftar Sebagai Rider / Driver Lalamove

Sekiranya anda memenuhi syarat minimum yang dinyatakan di atas, anda boleh teruskan permohonan anda dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  • Layari laman rasmi Lalamove di alamat https://www.lalamove.com/ms-my/driver
  • Klik butang “Daftar” pada halaman tersebut
  • Isikan maklumat anda
  • Anda akan diwajibkan untuk mengikuti Latihan Maya
  • Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya yang diberikan
  • Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan.
  • Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi Admin Operasi Pemandu di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk membantu dengan permohonan anda.
  • Untuk info lanjut, sila layari pautan https://www.lalamove.com/careers

Cara Daftar Lalamove Driver Malaysia (Register Online di lalamove.com)

Kalau anda ada kereta sendiri, anda boleh jadi Lalamove driver yang buat kerja-kerja delivery. Izinkan kami kongsi cara daftar Lalamove driver yang ringkas. Setidak-tidaknya boleh dijadikan panduan untuk tambah pendapatan.

1. Syarat dan kelayakan jadi Lalamove driver

Keperluan untuk menjadi pemandu atau driver Lalamove:

  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen P dibenarkan)
  • Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident (PR) tidak dibenarkan)
  • Mempunyai kenderaan sendiri.

2. Cara daftar Lalamove driver

Jika anda mempunyai kereta, berikut ialah cara daftar sebagai driver Lalamove:

  1. Layari laman web rasmi Lalamove driver di sini: https://www.lalamove.com/en-my/driver
  2. Masukkan nombor telefon anda di ruangan Mobile number
  3. Tekan butang Get Started
  4. Anda akan menerima 4-digit code melalui SMS di telefon bimbit anda
  5. Di ruangan Verify phone number, masukan 4-digit code tadi
  6. Jika ada masalah untuk menerima SMS, klik Call me instead
  7. Sekiranya semua berjalan lancar, anda akan dibawa ke Step 1, iaitu bahagian Create your account
  8. Masukkan Basic information seperti dipinta:
  9. Name (as shown on ID)
  10. Email
  11. Driving information
  12. Kuala Lumpur
  13. Penang
  14. Johor Bahru
  15. Pilih Vehicle type:
  16. Motorcycle All Type
  17. Car All Type
  18. Pickup Truck 4×4
  19. Lorry 10-ft
  20. Tick I agree
  21. Seterusnya, anda akan dibawa ke Step 2, iaitu bahagian Tell us about yourself
  22. Masukkan maklumat Tell us about yourself seperti dipinta:
  23. IC No
  24. Date of Birth
  25. Driver License Expiry
  26. Tekan butang Next
  27. Seterusnya, anda akan dibawa ke Step 3, iaitu bahagian Add vehicle information
  28. Masukkan maklumat Add vehicle information seperti dipinta:
  29. Vehicle Brand
  30. Vehicle Model
  31. Vehicle Plate Number
  32. Tekan butang Next
  33. Sekarang, anda akan dibawa ke Lalamove Virtual Training

3. Cara lulus ujian Lalamove Virtual Training

Selepas anda mengisi borang yang disediakan tadi, ia masih lagi belum selesai.

Anda diwajibkan untuk mengikuti Virtual Training dengan menonton video yang disediakan. Sila ambil perhatian bahawa anda mesti menjawab soalan dan diwajibkan lulus Virtual Training ini sebelum akaun anda diaktifkan.

Anda perlu mendapat 70% untuk lulus. Markah minimum ialah 28 dan anda hanya diberikan 3 kali peluang untuk mencuba. Fahamkan apa yang diajar dan jawab elok-elok.

Jangan sesekali skip video training. Lalamove kata, ujian ini mengambil masa lebih kurang 4 minit sahaja. Pada kami, ia lebih lama iaitu dalam 10-20 minit.

Tekan butang Start untuk mulakan latihan.

Harga Perkhidmatan Penghantaran Lalamove

Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat “Standard Bayaran” dalam aplikasi.

Kelebihan Menggunakan Khidmat Lalamove

Adakah anda berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider atau driver?

Sebelum itu, mari ketahui beberapa kelebihan mendaftar dengan Lalamove terlebih dahulu seperti yang berikut:

  • Kebebasan dan fleksibiliti masa bekerja
  • Jana pendapatan sampingan
  • Tentukan hala tuju anda sendiri

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara daftar lalamove menjadi rider atau menggunakan khidmat lalamove untuk menghantar barang layari: https://www.lalamove.com/ atau hubungi:

Ibu Pejabat

No 32, Jalan 16/1, Seksyen 16,

46350 Petaling Jaya, Selangor

Pejabat Penghantar Lalamove

Bumi Bukit Jalil, No 2-1, Jalan Jalil 1,

Lebuhraya Bukit Jalil, Sungai Besi,

57000 Kuala Lumpur

Maklumat lanjut Lalamove driver

Sekiranya anda gagal sebanyak 3 kali ujian semasa Virtual Training, anda perlu hubungi Driver Operation Admin di talian 011-25387688 atau 017-2617688. Mereka akan membantu proses registration.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara Daftar Lalamove ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove

Leave a Comment