Bantuan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang
AGIHAN PRIHATIN ZAKAT MANGSA BANJIR PAHANG 2021
Program agihan bantuan ini adalah sebahagian inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam negeri PAHANG tahun 2021/2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 ini.
Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022
Agihan ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir.
Syarat Permohonan Zakat Mangsa Banjir
Syarat permohonan bantuan zakat mangsa banjir adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Pemastautin/Menetap di dalam negeri Pahang
- Mangsa Banjir di dalam negeri Pahang Yang Disahkan
- Telah Berkahwin/Duda/Ibu Tunggal
Tarikh Permohonan Bantuan Zakat Mangsa Banjir
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup untuk permohonan bantuan zakat mangsa banjir adalah seperti berikut:
- Permohonan untuk bantuan ini dibuka mulai 3 Januari 2022.
- Tarikh TUTUP permohonan adalah pada 15 Februari 2022.
Cara Permohonan Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022
KIR mangsa banjir di Negeri Pahang yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web http://easnaf.muip.gov.my.
- Klik butang ‘Tidak, Daftar Pengguna’ bagi mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Baharu.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat di pautan ini:
NOTA: Bagi mangsa banjir yang masih bujang, boleh terus buat permohonan di pejabat MUIP berhampiran tidak melalui online.
Sebagai makluman pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang hanya mengendalikan urusan kutipan atau bayaran dan penerangan kewajipan zakat sahaja. Manakala urusan bantuan dan agihan zakat dikendalikan oleh MUIP.
Kenyataan Banjir Negeri Pahang
Kuantan, 3 Januari 2022 – Bencana banjir besar yang melanda negeri Pahang baru-baru ini telah memberi kesan kepada beberapa buah daerah antaranya daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Jerantut dan beberapa daerah lain.
Turut terkesan adalah berbelas rumah kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Antara penempatan kakitangan yang ditenggelami banjir adalah di Taman Inderapura, Perumahan Bukir Rangin Perdana, Perumahan Cenderawasih dan Mentakab. Ada di antara mereka yang mengalami dua kali banjir sepanjang tahun 2021 sehingga tenggelam keseluruhan rumah. Zakat Mangsa Banjir Pahang
PKZ Pahang telah menubuhkan 2 kumpulan skuad pembersih bagi menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah kakitangan dan mangsa banjir lain. Antara gerak kerja yang dilakukan adalah membersihkan rumah, membasuh peralatan rumah dan melupuskan sampah sarap hasil daripada kesan banjir. PKZ Pahang juga turut memperuntukkan bantuan khas kepada kakitangan yang terlibat.
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini, ianya sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mangsa banjir dan mendatangkan sedikit keceriaan kepada mereka. Hikmah di sebalik kejadian musibah banjir adalah menyuntik semangat tolong-menolong dan merapatkan lagi ukhuwah di kalangan masyarakat. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan semua mangsa banjir dan menggantikan rezeki yang lebih baik daripada sebelumnya.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan bantuan zakat mangsa banjir negeri Pahang ini anda boleh layari: http://easnaf.muip.gov.my atau
Sebarang pertanyaan boleh whatsapp di sini:
http://www.wasap.my/601130163882
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Istana Permai, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 6+09 4221311 | Fax : 6+09 4221885
e-mail: info@muip.gov.my
Bantu sebarkan atau “share” kepada mereka yang amat memerlukan.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Zakat Mangsa Banjir Pahang ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com