Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan
Tawaran Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan InsentifMakanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) kini dibuka.
Insentif yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini memberi peluang kepada penternak kecil untuk mendapatkan manfaat harga bekalan makanan ruminan yang lebih rendah.
Bantuan ini selaras dengan usaha JPEV untuk membantu penternak kecil dalam meringankan beban mereka.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, permohonan bantuan insentif Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) kini dibuka ini dibuka sehingga 31 Mei 2022.
Baca juga: Pendaftaran Kursus Kahwin Online:Cara Daftar Kursus Kahwin Online Seluruh Negara
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil
Permohonan ini terbuka kepada penternak kecil yang menepati syarat-syarat seperti berikut :
- Pemohon berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID Premis (Pendaftaran hendaklah dilakukan pada atau sebelum 31 Disember 2021)
- Makanan ternakan mestilah menggunakan Dedak Isirong Sawit (PKC)
- Mestilah penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah :
- Lembu / Kerbau : 50 ekor dan ke bawah
- Kambing / Bebiri : 100 ekor dan ke bawah
Baca Di Sini: Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT PerantiSiswa 2022 Bermula 15 April
Cara Mohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan
Penternak kecil yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor / Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran pada atau sebelum 31 Mei 2022.
Artikel Lain: Dual Language Programme Malaysia:Pengenalan & Maklumat Penting DLP
Borang Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan (PKC)
Borang permohonan bagi bantuan ini boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berdekatan atau dimuat turun di bawah :
Borang-permohonan-PKC-update-05042022Muat Turun
Baca Juga: Bantuan MRSM Pelajar B40:Program Budi MARA
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah :
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan resit pembelian dedak isirong sawit (PKC)
- Salinan nombor akaun Agrobank pemohon
- Penghantaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
Baca Juga: Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan Tawaran Bantuan InsentifMakanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan ini sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat.
Atau hubungi Jabata Veterinar seperti berikut:
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
Kementerian Pertanian & Industri Makanan Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya
- Tel: (603) 8870 2000
- Faks: (603) 8888 6021
- Email: pro[at]dvs.gov.my
Bagi mengetahui perkembangan serta pengumuman terkini, sila ikuti laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Semoga insentif ini dapat menjadi batu loncatan bagi penternak untuk kembangkan lagi perusahaan mereka dalam bidang penternakan ruminan.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com