Bantuan MRSM Pelajar B40:Program Budi MARA

Bantuan MRSM Pelajar B40:Program Budi MARA

Secara ringkasnya Bantuan MRSM Pelajar B40, program Budi MARA merupakan inisiatif pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi para pelajarnya yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhususkan bagi mereka yang layak.

Melalui program Bantuan MRSM Pelajar B40 Budi ini, pelajar daripada keluarga golongan B40 berpeluang mendapat kesamarataan dengan para sebaya mereka melalui pelbagai kemudahan yang diberikan agar mereka dapat menjalani pembelajaran dengan sempurna.

Perlaksanaan program Bantuan MRSM Pelajar B40 ini juga selari dengan dasar pengambilan pelajar MRSM dimana sekurang-kurangnya 60% pelajar adalah daripada golongan B40.

Baca Juga: Rayuan MRSM:Tarikh & Cara Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023

Pengenalan Program Budi MARA Di MRSM

Bagi yang tidak tahu, program Budi MARA bukanlah satu program baru sebaliknya sudah diperkenalkan sejak tahun 2005.

Pada awalnya program Bantuan MRSM Pelajar B40 ini dikenali dengan nama Program Bantuan Khas (PBK) sebelum dijenamakan semula kepada program Budi pada tahun 2006.

Sejak tahun 2005, pihak MARA telah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi kepada lebih 6,000 orang pelajar yang layak diberi bantuan berdasarkan kritera yang ditetapkan.

Bantuan yang diberikan tidak terhad kepada yuran persekolahan semata-mata tetapi mencakupi pelbagai perbelanjaan lain seperti pakaian sekolah dan keperluan peribadi lain.

Ketahui Juga: Semakan UKKM MRSM 2022: Tarikh, Masa & Tempat Ujian Kemasukan MRSM

Syarat Kelayakan Program Budi MARA Bantuan MRSM Pelajar B40

Tidak semua pelajar yang masuk melanjutkan pelajaran ke MRSM automatik layak menerima Bantuan MRSM Pelajar B40, sebaliknya para pelajar ini akan disaring mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Pendapatan isi rumah kurang RM1,500
  • Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
  • Keluarga mempunyai tanggugan 5 orang dan ke atas
  • Pihak pengurusan MRSM sendiri akan mengenalpasti calon-calon yang layak dan akan disenarai pendek untuk dimajukan ke dalam mesyuarata bagi pertimbangan untuk program Budi MARA ini.

Baca Di sini: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Bentuk Bantuan MRSM Pelajar B40 Yang Diberikan

Pelajar yang terpilih Bantuan MRSM Pelajar B40 mengikut kriteria yang ditetapkan seperti di atas akan menerima bantuan RM1,100 yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Yuran persekolahan
  2. Pakaian sekolah
  3. Barangan keperluan harian
  4. Peralatan pembelajaran
  5. Tambang perjalanan cuti semesta
  6. Pakaian sukan
  7. Barangan keperluan peribadi
  8. Wang saku bulanan RM50
  9. Pengecualian bayaran wang caruman

Program Bantuan MRSM Pelajar B40 Secara Menyeluruh

Melalui program Bantuan MRSM Pelajar B40 ini, pegawai MARA Negeri, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima BUDI MARA.

Program Bantuan MRSM Pelajar B40 ini juga melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat.

Baca Juga: Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online

Kenyataan MARA Program Budi Bantuan MRSM Pelajar B40

BUDI MARA merupakan inisiatif keprihatinan MARA yang memfokuskan bantuan penuh persekolahan kepada pelajar kurang berkemampuan daripada keluarga B40. Program ini memberi peluang kesamarataan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan terbaik di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Pelaksanaan program ini selari dengan dasar pengambilan pelajar iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus dalam kalangan keluarga B40. Di samping itu, kriteria status sosioekonomi dan kecemerlangan pelajar diambil kira menerusi sistem merit.

Program ini telah bermula pada tahun 2005 yang dikenali dengan Program Bantuan Khas (PBK). Menerusi program PBK, MARA telah membelanjakan sebanyak RM10 juta yang memberi manfaat kepada seramai 6,000 orang pelajar bermula dari tahun 2005 sehingga 2015.

Penjenamaan PBK kepada BUDI MARA dilaksanakan pada tahun 2016. Program BUDI MARA diperkasakan melalui dua pendekatan iaitu penambahan bilangan pelajar BUDI MARA yang mencecah 2,000 orang pada tahun 2020 serta pelaksanaan program pembangunan pelajar BUDI selari dengan keperluan pelajar.

Pelajar BUDI MARA akan menerima bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian sekolah, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan, tambang perjalanan pulang cuti semester, yuran dobi, pakaian sukan, keperluan peribadi dan sebagainya.

Program BUDI MARA juga melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak.

Selain itu, pelajar di bawah program ini turut menerima wang saku sebanyak RM50 sebulan serta dikecualikan membayar yuran caruman seperti yang dikenakan kepada setiap pelajar di MRSM.

Pegawai MARA Negeri, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima BUDI MARA.

Program BUDI MARA ini juga telah melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak yang menjadikan penajaan sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial badan korporat dan juga pengeluaran zakat syarikat.

Antara penaja yang terlibat pada tahun 2020 ialah MARA, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Pusat Zakat Selangor, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Takaful Ikhlas dan UMW Holdings.

Penajaan pada tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 3,077 orang pelajar. Penglibatan penaja telah memberi ruang kepada lebih ramai pelajar B40 untuk menerima bantuan dan seterusnya membantu mereka mendapat peluang pendidikan yang terbaik di MRSM.

Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, bagi memastikan tidak ada keciciran dalam proses pengambilan pelajar ke MRSM daripada kumpulan B40 sehingga akar umbi, MARA sejak dahulu lagi sentiasa membantu proses permohonan dan pengambilan pelajar terutamanya bagi pelajar luar bandar dan yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Selain itu, MARA sentiasa membantu dan memberi peluang terutamanya kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke universiti di dalam dan di luar negara.

“Bantuan pembelajaran yang disediakan MARA bermula daripada pendidikan menengah di MRSM sehingga peringkat tertinggi dan profesional di Institusi Pendidikan MARA (IPMA),” katanya.

Azizah, Melalui program BUDI, katanya, para pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah berpeluang untuk menerima bantuan tajaan daripada MARA dan juga pihak luar termasuklah badan korporat.

Sehubungan itu, Pengerusi MARA turut mempelawa syarikat-syarikat korporat lain untuk turut sama menyumbang kepada pembangunan dan memperkasakan pendidikan pelajar yang kurang berkemampuan ini.

“Semakin besar sumbangan yang diterima, maka semakin ramai anak daripada kumpulan B40 dapat dibantu sepanjang pembelajaran mereka di MRSM,” katanya lagi.

MARA sentiasa prihatin untuk memastikan hasrat kerajaan dalam membantu dan memberi akses pendidikan terbaik kepada anak B40 dapat dilaksanakan.

Keprihatinan seluruh masyarakat sememangnya amat dihargai dan usaha harus digembleng bagi menjayakan aspirasi nasional ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan PROGRAM Bantuan MRSM Pelajar B40 BUDI, permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my

Telefon : 03-2613 2000

Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan MRSM Pelajar B40 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment