Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online

Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online

Info Rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus 2022

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pengoperasian sekolah dan lanjutan PdPR, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh semakan keputusan kemasukan Sekolah Khusus beserta tarikh rayuan.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan rayuan kemasukan Sekolah Khusus bagi tahun 2022.

Baca Juga: Semakan Keputusan PKSK / Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 & Tarikh Pendaftaran

Tarikh Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus 2022

Permohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh dibuat bermula 15 hingga 29 Mac 2022.

Ketahui juga: Contoh Soalan PKSK:Contoh Soalan & Jawapan PKSK

Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus 2022

Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan kemasukan Sekolah Khusus melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.

e-Rayuan boleh diakses secara online melalui:

Pemohon perlu mengisi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.

Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM dan memaparkan keputusan rayuan PKSK.

Artiel Lain: PKSK 2022:Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus

Pendaftaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2022

Pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus bagi calon yang membuat permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh KPM melalui sidang media khas tidak lama lagi.

Soalan Lazim

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point ?

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

5. Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)?

PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.

6. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

  • Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
  • Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
  • Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

7. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

8. Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?

Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).

10. Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

Pemohon PKSK 2022 boleh mengakses sistem permohonan PKSK 2022 di pautan:

  • https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan
  • https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) atau rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus, sila rujuk poster di bawah:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya Selangor.

Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546

(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM

Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya Selangor.

Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371

(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM

Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 WP Putrajaya.

Tel: 03- 8884 3509 / 3684

(8.00 pagi – 5.00 petang)

Info terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/

ATAU

Hubungi hotline 03-8000 8000

Bagi mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan rayuan kemasukan sekolah khusus PKSK bagi ambilan tahun 2022 sila rujuk pautan di bawah:

  • No. Telefon Bahagian Pengurusan SBP : 03 8217 400
  • No. Telefon Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional : 03 8884 5154
  • No. Telefon Bahagian Pendidikan Islam : 03 8321 7200
  • No. Telefon Unit Pengambilan Dan Promosi MTD : 03 8946 5562/ 5565

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment