Bantuan Komputer FELDA
Bantuan Komputer FELDA. FELDA menyediakan kemudahan bantuan pinjaman komputer kepada peneroka FELDA bagi kemudahan kepada semua peneroka FELDA. Bantuan pinjaman komputer ini diberikan secara pinjaman tanpa faedah yang dilihat amat membantu para peneroka untuk memiliki komputer atau untuk kegunaan anak peneroka bagi menyambung pelajaran.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaian Bantuan Pinjaman Komputer ini untuk makluman semua.
Baca Juga:Cara Mohon PerantiSiswa Laptop Tablet Percuma Pelajar IPT (Tarikh Terima)
Kadar Bantuan Komputer Peneroka FELDA
Pinjaman kepada peneroka yang layak berjumlah RM2,400 dan tiada faedah dikenakan.
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Bantuan Komputer Peneroka FELDA
FELDA telah menetapkan tempoh bayaran balik bagi bantuan pinjaman komputer kepada peneroka ini yang dilihat sangat tidak membebankan peneroka. Tempoh bayaran balik bantuan pinjaman komputer peneroka FELDA ini adalah seperti berikut:
- Tempoh bayaran balik adalah 35 bulan
- Kadar minimum bayaran sebulan adalah sebanyak RM 69.00
Artikel Lain: Peranti Siswa Fasa 2 : Cara Permohonan & Semakan Tarikh Terima Peranti
Syarat Bantuan Pinjaman Komputer FELDA
Syarat pinjaman bantuan pinjaman komputer adalah seperti berikut :
- Peneroka menyertai program tanam semula bersama FELDA
- Pendapatan bersih bulanan melebihi RM500
- Mempunyai tanggungan melebihi 3 orang dan sekurang-kurangnya seorang bersekolah
- Bebas dari sebarang tindakan tatatertib
Baca Juga: Bantuan Pelajaran FELDA : SIAP FELDA 2022
Cara Permohonan Bantuan Komputer
Tatacara permohonan yang perlu diikuti untuk memohon adalah seperti berikut:
- Dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.
Baca Juga: MySejahtera 2.0: Fungsi Baru & Cara Kemaskini Rekod Imunisasi
Biodata FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas – Akta 530) dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.
Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 ditempatkan di 317 buah rancangan di seluruh negara. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1996 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan operasi kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV). Untuk memastikan pertambahan pendapatan Warga Peneroka dan petugas-petugas FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan, yang pada mulanya juga terlibat dalam operasi bersama FELDA Holdings. Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA telah juga menubuhkan FELDA Investment Corporation (FIC).
Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka. Seterusnya di rancangan, FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program usahawan, tanaman-tanaman buah dan sayuran serta ternakan (dibawah Gedung Makanan Negara) di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Visi FELDA adalah untuk menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif sambil menjalankan misinya iaitu menambah nilai untuk kepentingan peneroka.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Komputer FELDA atau pertanyaan lain berkaitan Bantuan Komputer FELDA anda boleh layari https://www.felda.gov.my/ atau hubungi FELDA seperti berikut:
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan,
Menara FELDA, Platinum Park,
No. 11, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191
No. Faks: 03 2191 2590
Emel : jkk@felda.net.my
Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Bantuan Komputer FELDA ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com