Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM bagi asnaf fakir dan miskin negeri Melaka.

Jumlah bantuan dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang layak – Tak perlu bayar balik!

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara mohon bantuan peralatan perniagaan MAIM Melaka untuk panduan anda.

Baca Juga: Bantuan IKS Sabah BAIKS Untuk Usahawan Sabah

Objektif MAIM

1. Mendorong dan menggerakkan masyarakat Islam ke arah peningkatan ilmu dan amalan yang cemerlang sesuai dengan tujuan mewujudkan masyarakat berdaya maju, berakhlak dan bercita-cita tinggi  berdasarkan syariat Islam.

2. Menjadikan MAIM sebagai organisasi penyatu ummah dan rujukan masyarakat Islam dalam permasalahan yang timbul.

3. Menjalinkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan budaya melalui dakwah yang berkesan dan mantap.

4. Memaju dan membangunkan Baitulmal untuk memantapkan ekonomi secara berperancangan yang rapi dan berhati-hati dalam bidang pelaburan, pembinaan dan perniagaan yang tidak  bercanggah dengan syarak.

 5. Membangunkan dan mengembangkan institusi zakat untuk manfaat Masyarakat Islam. 

MAIM sebagai organisasi peneraju Pengurusan Baitulmal yang unggul, cekap, mesra dan berkualiti bagi memperkasakan pembangunan ekonomi umat Islam di Melaka menjelang 2022 seiring perkembangan teknologi dan keperluan semasa serta berlandaskan syarak.

MAIM sebagai pemacu dan pemertabatan pengurusan zakat dan pembangunan hartanah Baitulmal Negeri Melaka dan meneraju sosio ekonomi umat Islam melalui tadbir urus yang sistematik dan memelihara prinsip maqasid syariah seiring dengan perkembangan teknologi semasa secara telus dan efisyen 

Artikel Lain: eRumah Johor 2022:Daftar,Permohonan & Semakan Rumah Mampu Milik Johor

Bantuan Disediakan Program Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Contoh bentuk bantuan yang disediakan termasuklah meja lipat, kerusi, mesin jahit dan sebagainya.

Sila rujuk info berikut untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan.

Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka.

Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Syarat Umum Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Syarat Umum Pemohon Bantuan Alat Perniagaan MAIM Melaka adalah seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di Melaka
  • Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka
  • Pendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM

Baca Juga: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan

Cara Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Permohonan bantuan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022 adalah melalui pengisian borang permohonan. Borang boleh didapati di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM seperti alamat di bawah:

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,

Badan Sukarelawan Al-Taqwa

No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,

Bukit Baru 75150 Melaka.

Telefon: 06-286 8109 / 011-5891 4140

Artikel Terkini: Biasiswa ISMP 2022 (Permohonan & Semakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

Dokumen Diperlukan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022 adalah seperti berikut :

  • Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)
  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia
  • Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif
  • Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)
  • Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)
  • Sebut Harga Alat Perniagaan

Dokumen Sokongan :

Dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk menguatkan lagi permohonan anda adalah seperti berikut:

  • Gambar Perniagaan / Produk Jualan
  • Kertas Kerja Perniagaan
  • Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)

Baca Juga: Roda Darul Ehsan RiDE 2022 :Permohonan Subsidi Lesen Motosikal RM350

Makluman Kepada Pemohon

  • Jumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.
  • Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap.
  • Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja)

Semakan BKM: Duit BKM Tak Masuk :Kenapa Belum Masuk Akaun (Lulus Tapi Tak Dapat Lagi)

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya ingin mendapatkan bantuan zakat daripada pihak MAIM?

Bantuan zakat daripada pihak MAIM boleh dimohon melalui Borang Permohonan Bantuan yang boleh didapati pada kaunter Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka serta cawangannya.

Apakah syarat-syarat untuk saya mendapatkan bantuan daripada pihak MAIM?

Syarat-syarat kelayakkan untuk mendapatkan bantuan bolehlah merujuk pada menu Zakat<Permohonan Bantuan Fakir/Miskin> atau boleh merujuk kepada pegawai Agihan Zakat di Majlis Agama Islam Melaka.

Apakah jenis-jenis bantuan yang boleh saya dapati daripada pihak MAIM?

Jenis-jenis bantuan yang boleh diperolehi daripada pihak MAIM adalah seperti:-Rujuk menu

*Zakat<Permohonan Bantuan Fakir/Miskin>Bantuan Agihan Zakat>.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022 ini, sila rujuk pautan https://maim.gov.my/index.php/my/ atau hubungi MAIM seperti berikut:

Majlis Agama Islam Melaka

Pusat Islam Melaka, Bukit Palah

75400, Melaka.

Timbalan Pengerusi MAIM : +606 282 5981

Setiausaha MAIM : +606 288 3011

Talian am : +606 283 7416, 283 2077, 284 9809

Faksimili : +606 282 6033

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment