Bantuan Perkahwinan Johor : Bantuan Raja Sehari RM1000
Bantuan Raja Sehari RM1000 Untuk Perkahwinan Pasangan Pengantin Di Johor
Bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali berkahwin di negeri Johor kini dibuka untuk bukan anak jati Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata bantuan di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ) itu diberi kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan syarat, pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah.
“Bukan anak jati Johor juga boleh mohon dengan syarat pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah dan salah seorang pasangan sudah menetap di negeri ini melebih tiga tahun.”
Kerajaan negeri Johor mengalu-alukan semua masyarakat yang tinggal dan berkhidmat di Johor memohon bantuan berkenaan dengan dana RM10 juta diperuntukkan kerajaan negeri.
“Bagi bantuan berkenaan, RM6 juta diperuntukkan kepada pasangan Islam, manakala RM4juta untuk pasangan bukan Islam. Sejak permohonan dibuka April lalu, 200 pasangan sudah menerima bantuan berkenaan,” katanya.
Bagi orang muda Negeri Johor beragama Islam yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan bantuan khas kepada orang muda di Negeri Johor yang telah atau akan melangsungkan perkahwinan kali pertama menerusi Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor.
Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada April yang lalu.
Menerusi bantuan ini, Kerajaan Negeri Johor akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi orang muda Negeri Johor yang kali pertama berkahwin (Islam) yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Permohonan bantuan ini dibuka mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan perkahwinan Raja Sehari Negeri Johor untuk maklumat bersama.
Baca Juga:
- Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu: WalimatulUrus Perdana
- Bantuan Perkahwinan Selangor: Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)
Untuk bantuan perkahwinan negeri-negeri lain boleh baca di:
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apakah Bantuan Raja Sehari 2022 (Bantuan Perkahwinan Johor)?
Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif menerusi Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.
Menerusi bantuan ini, pasangan yang berkahwin akan menerima bantuan RM1000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan berumahtangga.
Syarat Permohonan Bantuan Perkahwinan Johor
Syarat permohonan bantuan raja sehari Negeri Johor adalah sepeti berikut:
- Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
- Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun
- Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri
- Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
- Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah
- Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
- Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendirimenghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
- Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.
Cara Permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022
Untuk memohon, sila isikan borang seperti yang dilampirkan di bawah berserta dokumen yang diperlukan. Anda boleh muat turun Borang Permohonan Bantuan Raja Sehari Negeri Johor melalui pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/1RDCUioCywt4Qeqis7c0fiTegsJYAepOW/view
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022 adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan (Lelaki dan perempuan)
- Salinan buku bank / penyata bank (Lelaki dan perempuan)
- Salinan surat perakuan nikah (Sijil nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah / Pejabat Agama Islam Daerah
- Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung
- Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung atau Penghulu.
MUAT TURUN BORANG PDF :
BORANG-TUNTUTAN-RAJA-SEHARI-RM1000Download
Proses Pembayaran
Setelah permohonan berjaya, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak.
Adalah diingatkan, hanya satu pasangan layak untuk menerima sekali sahaja bantuan ini.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Perkahwinan Raja Sehari Orang Muda Johor, sila hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32.
Facebook: Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Laman web: https://jainj.johor.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Perkahwinan Rakyat Negeri Johor ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com