Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu: WalimatulUrus Perdana

Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu: WalimatulUrus Perdana

WalimatulUrus Perdana: Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu

Adakah anda atau pasangan anda merupakan rakyat Terengganu yang sedang mencari bantuan perkahwinan Terengganu?

Dalam Islam, proses perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita sebenarnya amat mudah iaitu melalui perkahwinan.

Namun, sepanjang, sebelum dan selepas pernikahan untuk ada kalanya pasangan yang mendirikan rumah tangga ini perlukan bimbingan dan bantuan sama ada dari segi kewangan, ilmu, emosi dan sebagainya.

Atas sebab ini, kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan program WalimatulUrus Perdana khas buat rakyat Terengganu yang memerlukan bantuan perkahwinan.

Adalah menjadi matlamat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan sistem pengurusan kualiti yang diwujudkan dan undang-undang serta peraturan yang berkaitan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan program Bantuan Perkahwinan Terengganu WalimatulUrus Perdana untuk makluman anda.

Baca Juga: Bantuan Perkahwinan Selangor: Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)

Kenyataan Media WalimatulUrus Perdana Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma atau Majlis Walimatul Urus Perdana yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu kembali diteruskan pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.

Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata setelah dua tahun ditangguhkan, ia akan dianjurkan semula bagi meringankan beban golongan belia untuk mendirikan rumah tangga.

“Perbelanjaan tersebut bakal melibatkan 400 pasangan di seluruh parlimen di negeri ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2022 Terengganu sempena Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 (Bajet) di Wisma Darul Iman Hari ini.

Tambah Ahmad Samsuri, peruntukan berkenaan bagi meningkatkan kesejahteraan institusi kelurga dan masyarakat di Terengganu.

Untuk rekod, Majlis akad nikah dan resepsi dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bertujuan membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain memudahkan proses perkahwinan.

Untuk bantuan perkahwinan bagi negeri lain anda boleh baca: Bantuan Perkahwinan Mengikut Negeri DI Malaysia

Objektif Program Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu

Program WalimatulUrus Perdana inii diwujudkan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

  • Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
  • Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
  • Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
  • Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.

Artikel Lain: Kursus PSV Percuma: Cara Mohon & Syarat Permohonan

Kriteria Pemilihan Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu

Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah anda layak untuk menyertai program ini.

Bagi memastikan hanya pasangan yang benar-benar layak sahaja, mereka mestilah memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria berikut untuk dipertimbangkan bagi program WalimatulUrus Perdana ini.

Baca Juga: Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon

Bantuan dan Faedah Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu

Setiap pasangan pengantin yang terpilih untuk program ini akan menerima bantuan dan faedah-faedah berikut:

  • 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
  • Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
  • Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
  • Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  • Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
  • Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.
  • Cenderahati untuk tetamu yang hadir.

Objektif Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Program bantuan perkahwinan rakyat Terengganu melalui walimatlurus perdana ini diperkenalkan selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu iaitu:

  • Memantapkan kualiti kehidupan keluarga ke arah melahirkan insan yang syumul dan seimbang.
  • Memperkukuhkan keluarga sebagai satu institusi sosial yang menjadi tonggak kestabilan dan perpaduan negara.
  • Meningkatkan daya pengeluaran negara berasaskan kepada suasana kehidupan kekeluargaan yang positif dan stabil.
  • Menjadi agen perubahan ke arah pemantapan sikap dan daya fikir

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu ini atau mungkin mempunyai pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas di talian 09-624 9355

Untuk maklumat lanjut mengenai program bantuan perkahwinan untuk rakyat Terengganu ini juga, sila layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di alamat https://www.ypkt.gov.my/index.php/ms/walimatulurus-perdana atau hubungi:

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar,

20300 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58

FAKS : 09-624 1078

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment