Bayaran BKM Fasa 3 Tahun 2022
Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM fasa 3 akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Jun 2022. Bayaran BKM fasa 3 melibatkan kategori isi rumah dan juga kategori warga emas bujang atau tiada pasangan.
Bagi kategori bujang mereka tidak akan menerima bayaran BKM bagi fasa 3 ini.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan bayaran BKM bagi fasa 2 serta maklumat berkaitan untuk makluman semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Tarikh Bayaran BKM Fasa 3
Bayaran bagi BKM fasa 3, pembayaran dijangka akan dibayar kepada penerima pada bulan September 2022. Masih tiada tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak LHDN tentang bayaran BKM fasa 3 ini..
Manakala, jumlah pembayaran pula boleh anda lihat melalui jadual-jadual yang tertera di dalam artikel ini.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 Tahun 2022
Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah bayaran setiap kategori BKM Fasa 3:
A) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
i) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
0 Anak : RM200
1-2 Anak : RM300
3 Anak dan Ke atas : RM400
ii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM5000
0 Anak : RM100
1-2 Anak : RM100
3 Anak dan Ke atas : RM100
B) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
i) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
0 Anak : RM200
1-2 Anak : RM300
3 Anak dan Ke atas : RM400
ii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM5000
0 Anak : RM100
1-2 Anak : RM100
3 Anak dan Ke atas : RM100
C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
i) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
1-2 Anak : RM300
3 Anak dan Ke atas : RM400
ii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM5000
1-2 Anak : RM100
3 Anak dan Ke atas : RM100
D) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
i) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
Tiada
ii) PENDAPATAN RM2500-RM5000 (Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
RM150
Baca Juga: Cara Tukar Nama Kenderaan Online (MySikap JPJ)
Kaedah Bayaran BKM Fasa 3
Kaedah bayaran adalah sama seperti pembayaran fasa 1 & 2 sebelum ini.
Tahukah anda, kita boleh membuat semakan jumlah bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima secara terperinci seperti berikut:
- Caranya, anda hanya perlu log masuk ke akaun BKM anda di pautan https://bkm.hasil.gov.my/
- Kemudian isikan kata laluan seperti biasa dan pergi menu Peti Mel. (*Rujuk gambar di bawah).
- Anda boleh membuat cetakan surat tersebut untuk memudahkan anda merujuknya bagi fasa pembayaran seterusnya nanti.
Semak Di Sini: Cara Mohon Lesen Memburu Burung
Cara Semak Status BKM? Kenapa BKM Tak Masuk Akaun?
Semakan Status Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3
Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM. Atau baca Semakan Status BKM
Sila rujuk langkah di bawah:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
*NOTA: Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik [Semak].
- Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
- Sila masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
*NOTA PENTING: Jika anda menerima status sila rujuk cawangan LHDM berhampiran, pastikan anda menghubungi pihak LHDNM dengan segera
Baca Di Sini: Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas
Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut Rayuan BKM, sila rujuk FAQ BKM di bawah:
1.Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?
Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.
Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank
2.Bilakah tarikh rayuan BKM?
Permohonan rayuan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.
3.Bagaimana cara membuat rayuan BKM?
Permohonan Rayuan BKM boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/
4.Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. Rayuan BKM
5.Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?
Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.
6.Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka adakah saya layak BKM 2022?
Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.
7.Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?
Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula bulan Mac 2022.
8.Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?
BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.
9.Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?
Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.
10.Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?
Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.
11.Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?
Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.
12.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?
RM350
13.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?
- RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
- RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas
Baca Juga: BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan bayaran BKM fasa 3 anda boleh layari https://bkm.hasil.gov.my. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747
Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM fasa 3 dan Rayuan BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html
ATAU rujuk: soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bayaran BKM fasa 3 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com