Biasiswa Kecil Persekutuan:Permohonan BKP Online

Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online

Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2022

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) online. Mungkin ramai pelajar sekolah menengah yang tidak sedar dengan kemujudan biasiswa ini.

Ramai yang layak tetapi tidak tahu cara untuk membuat Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan ini.

Biasiswa ini biasanya ditawarkan setiap tahun untuk pelajar. Sekolah anda tahu bila Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan. Biasiswa ini dibuka.

Jika anda berminat anda perlu selalu bertanya dengan guru tentang Permohonan BKP ini.

Artikel kali ini adalah perkongsian maklumat mengenai Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan untuk makluman dan panduan pelajar.

Untuk lain-lain bantuan pendidikan anda boleh baca: Aplikasi Pengurusan Bantuan KPM

Apakah Biasiswa Kecil Persekutuan

Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2022

Sebenarnya BKP telah mula diberikan / ditawarkan kepada para pelajar yang layak dan memerlukan sejak tahun 1970-an.

Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

Ramai pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai prestasi dan potensi pencapaian akademik yang cemerlang bermasalah untuk meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Dengan adanya biasiswa ini diharapkan boleh membantu sedikit sebanyak meringankan beban tersebut.

Jadi dinasihatkan kepada anda supaya mengetahui cara Permohonan (BKP) Online ini dan berkongsi dengan pelajar-pelajar lain yang tidak tahu tentangnya.

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan satu anugerah daripada kerajaan kepada pelajar – pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendapat keputusan yang cemerlang disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.

IbuBapa juga perlu tahu: Login Portal DELIMa KPM 2021

Jumlah Bayaran Biasiswa Kecil Persekutuan

Jumlah tajaan BKP yang diberikan kepada pelajar yang layak adalah berbeza-beza seperti berikut. Jumlah tajaan adalah mengikut tingkatan dan aliran pengajian pelajar terlibat.

TingkatanJumlah BKP
Tingkatan 1 – 4 RM70.00 sebulan x 12 bulan.
Tingkatan 5 RM70.00 sebulan x 11 bulan.
Tingkatan 6Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
Tingkatan 6Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 11 bulan.
Tingkatan 6Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
Tingkatan 6Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP

Untuk Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan pelajar perlu memiliki / memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah.

Warganegara Malaysia.

  • Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di SK & SBK.
  • Pendapatan ibu bapa/penjaga RM1500 sebulan dan ke bawah.
  • Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

Syarat / Kaedah Bayaran Biasiswa Kecil Persekutuan

Biasiswa disalurkan oleh KPM terus ke akaun murid yang layak. Pelajar layak dikehendaki untuk membuat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan biasiswa.

Cara Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.

BKP Kementerian Pendidikan Malaysia – https://sps1.moe.gov.my

Anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID Pengguna dan kata laluan di laman portal yang disediakan untuk dapatkan akses. Selepas mendaftar akaun pengguna anda boleh mengemukakan permohonan anda.

Untuk semakan dan permohonan anda juga boleh ikuti langkah berikut:

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi BKP termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

 Tarikh Permohonan : *Akan dikemaskini

Aplikasi Permohonan:

KLIK:  https://apb1.moe.gov.my/

Cara Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan Online

1. Anda perlu layari Laman Web Rasmi

    KPM melalui pautan seperti berikut:

https://apb1.moe.gov.my/

2. Kemudian, anda perlu muat turun borang permohonan dan lampiran melalui pautan dibawah anda boleh terus cetak melalui pautan ini:

3. Anda perlu isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap.

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan

Baca Juga:Biasiswa YDPA 2022:Cara Mohon & Semakan Kelayakan BYDPA 2022

Soalan Lazim Permohonan

1.Bila tarikh kemasukan Biasiswa Kecil Persekutuan 2022 untuk penerima?

Pembayaran BKP kepada penerima biasanya akan dibuat sekitar bulan Mei setiap tahun. Pembayaran akan dibuat ke akaun penerima di Bank Simpanan Nasional (BSN)

2.Di mana boleh baca pekeliling Biasiswa KecilPersekutuan (BKP) untuk tahun ini?

Anda boleh baca dokumen pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tahun 2017 di sini >> https://www.moe.gov.my/pekeliling/888-spk-bt-10-pengurusan-biasiswa-kecil-persekutuan-bkp/file

3.Bagaimana cara buat semakan biasiswa BKP sama ada berjaya atau gagal?

Pemohon boleh membuat semakan di portal di mana anda memohon secara online atau boleh bertanya kepada guru yang menguruskan biasiswa tersebut di sekolah anda.

4.Berapa had pengeluaran Biasiswa BKP yang dibenarkan?

Buku akaun bank pemegang biasiswa mestilah disimpan oleh pihak sekolah dan pengeluaran duit biasiswa oleh pelajar dibuat dengan mengisi borang permohonan pengeluaran wang biasiswa.

 Kad ATM BSN adalah dipegang oleh pelajar. Had maksimum yang boleh dikeluarkan melalui kad ialah RM150.00 sahaja dalam tempoh 2 bulan.

5.Kenapa duit biasiswa tidak boleh dikeluarkan oleh penerima?

Sebagai mana yang telah dijelaskan pelajar hanya dibenarkan mengeluarkan wang biasiswa sebanyak RM150.00 sahaja untuk sebulan bagi tujuan yang berkaitan dengan pelajaran penerima biasiswa sahaja.

Walau bagaimanapun Pelajar boleh mengeluarkan lebih daripada RM150.00 dengan syarat menunjukkan resit pembelian kepada guru biasiswa untuk pengesahan.

 Duit biasiswa tidak boleh dikeluarkan untuk tujuan selain dari berkaitan pelajaran penerima atau pelajar.

Bantuan kepada mereka yang kehilangan pendapatan & penganggur boleh baca di: SIP GIG PERKESO:Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan Tentang BKP 2022

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di Bahagian Pengurusan BKP:

1. Pn. Azita Binti Ab Aziz

Emel: [email protected]

2. Pn. Hasnah binti Ismail

Emel: [email protected]

No. Tel: 03 – 8889 7081

Mohon like dan share info penting ini.

 Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai  (BKP) untuk sekolah menengah ini bermanfaat insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

2 thoughts on “Biasiswa Kecil Persekutuan:Permohonan BKP Online”

  1. adakah pelajar didenda jika mengeluarkan duit bkp tidak mengikut syarat iaitu rm150 dlm tmpoh 2 bulan? cthnya,pelajar tu keluarkan duit setiap bulan kerana tidak mengetahui syarat

    Reply
  2. Berapa had sebenar pengeluaran yg dibenarkan setiap bulan? Apakah tindakan jika melebihi had pengeluaran?

    Reply

Leave a Comment